Animasi Boboiboy Episod “Jagalah Bumi”: Mengurus Sisa Buangan Pepejal Menggunakan Kaedah 3R
Abstract
Peningkatan kuantiti sisa buangan pepejal domestik memerlukan cara penyelesaian yang lebih baik bagi mengelakkan masalah alam sekitar yang lebih rumit. Amalan 3R (reuse, reduce dan recycle) merupakan antara langkah dilaksanakan untuk mendidik masyarakat menguruskan sisa buangan pepejal domestik. Sesuatu amalan yang ingin dibudayakan dalam masyarakat perlu diterapkan seawal usia kanak-kanak lagi. Mendidik perlu dari rebungnya. Penerapan amalan penjagaan alam sekitar kepada golongan muda boleh dilaksanakan mengguna kaedah berbentuk hiburan dengan menyisipkan mesej dalam animasi yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Kajian ini menganalisis kaedah pengurusan sisa buangan pepejal menggunakan kaedah 3R dalam animasi Boboiboy. Analisis ini melibatkan tiga episod animasi Boboiboy episod “Jagalah Bumi” yang dijadikan sebagai teks kajian utama (episod 21, 22 dan 23). Kajian ini menggunakan kritikan eko untuk melihat hubungan karya (animasi Boboiboy) dengan alam sekitar (amalan 3R yang berkonsepkan menjaga kelestarian alam) dan bagaimana amalan ini dipersembahkan kepada kanak-kanak. Berdasarkan analisis didapati bahawa animasi ini berjaya mengetengahkan konsep 3R dalam tiga episod “Jagalah Bumi” termasuk memaparkan tentang bagaimana proses pengurusan sisa buangan pepejal dilaksanakan di tapak pelupusan sampah. Kupasan kaedah ini berjaya disampaikan dengan jelas dan mudah difahami oleh penonton kanak-kanak. Ini berupaya mempengaruhi dan meninggalkan kesan awal kepada penonton secara tidak langsung. Kesimpulannya, siri animasi Boboiboy episod 21, 22 dan 23 berupaya menyampaikan pesan berkaitanpengurusan sisa buangan pepejal menggunakan penyampaian yang mudah, ringkas dan menarik. Pada masa hadapan, dicadangkan kajian kuantitatif tentang keberkesanan penggunaan animasi untuk menyampaikan masej alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.Keyword: Pengurusan alam, sisa buangan pepejal, animasi, Boboiboy, alam sekitarDownloads
Additional Files
Published
2025-07-31
Issue
Section
Regular Articles
License
It is the author's responsibility to ensure that his or her submitted work does not infringe any existing copyright. Furthermore, the author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of a manuscript. This journal does not allow the author(s) to hold the copyright without restrictions or retain publishing rights without restrictions.