Patron-client relationship in peasant society: a theoretical critique and a re-evaluation of its application to Malay peasant society

Shamsul Amri Baharuddin

Abstract


Keadaan hubungan patron-client yang wujud dan berfungsi dalam masyarakat tani telah diperhatikan oleh ramai sarjana sebagai hasil "jurang sosial". Pada kebiasaannya jurang ini adalah jurang fizikal yang selari dengan jurang rural-urban, dan memisahkan penduduk-penduduk kampung dengan dunia luar. Andaian mengenai perseimbangan antara ruang sosial dan geografi telah menjadi model yang popular dan terpenting bagi menghuraikan hubungan patron-client. Kertas ini mengutarakan satu kritik terhadap konsepsi seumpama itu dan sebaliknya menyarankan dua alternatif. Pertamanya tidak ada jurang dalam struktur sosial masyarakat. Apa yang memisahkan antara penduduk-penduduk kampung, dan di antara mereka dengan penduduk-penduduk dunia luar ialah perbezaan peluang bagi mengumpul harta dan memiliki kuasa yang jelas kelihatan dalam kedudukan struktur kelas ekonomi dan kekuasaan politik. Keduanya hubungan patron-client dan juga perkara-perkara yang terlibat di dalamnya ialah aspek ideologi tani di mana kedua-dua kumpulan percaya dan berpegang kepadanya sebagai satu model yang disedari. Ideologi mereka membantu untuk mengekalkan status quo yang memberikan huraian yang kuat tentang hubungan struktur. Dalam kertas ini reformulasi model patron-client ini dijelaskan dengan merujuk kepada masyarakat tani Melayu khususnya dan masyarakat-masyarakat tani yang lain umumnya.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694