Dialek Ulu Terengganu: pemetaan dan kesimpulan awal

James T Collins,, Naseh Hassan

Abstract


Kertas ini membincangkan hasil awalan mengenai kajian dialek Ulu Terengganu yang telah dimulakan baru-baru ini. Pada peringkat ini kedua-dua penulis mendapati bahawa ada sekurang-kurangnya tiga ciri fonetik yang kelihatan membezakan dialek Ulu Terengganu ini daripada dialek-dialek lain. Dalam pada itu terdapat juga suatu jenis inovasi yang mungkin menarik minat para penyelidik lain mengenai perkara ini. Akhirnya penulis-penulis kertas ini telah menyediakan peta-peta yang kira-kira dapat menunjukkan penyebaran dialek Ulu Terengganu ini dalam daerah yang dikajinya itu.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694