Pilihan Bahasa Pelajar dari Negara China dalam Mandala Pendidikan di Universiti Sains Malaysia

Mohd Khaidir Abdul Wahab

Abstract


Kajian ini meninjau pemilihan bahasa dalam kalangan pelajar dari negara China dalam mandala pendidikan, iaitu ketika mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di Universiti Sains Malaysia dan mengenal pasti faktor-faktor pemilihan mereka terhadap bahasa tersebut. Selain itu, kajian ini turut mengkaji sikap bahasa mereka terhadap bahasa-bahasa pilihan. Kaedah ini adalah kajian lapangan. Borang soal selidik diedarkan secara dalam talian dengan menggunakan Google Form kepada responden. Kaedah ini menggunakan pautan yang tersedia dan dikongsikan secara dalam talian melalui aplikasi WhatsApp dan WeChat bagi mendapatkan jumlah responden yang ditetapkan. Responden yang terlibat berjumlah 100 orang. Pendekatan Fishman (1972) tentang pemilihan bahasa mengikut mandala dipilih sebagai kerangka kajian. Kajian mendapati bahawa pola hieraki pemilihan bahasa pelajar dari negara China ketika membentangkan tugasan adalah (BM > BI > B.Mandarin>BM +B.Mandarin), berinteraksi dengan pensyarah adalah (BM > BI >BM +BI), ketika berbincang berkaitan tugasan dengan pelajar dari Malaysia adalah (BM > BI >B.Mandarin> BM +BI), pilihan bahasa ketika berinteraksi dengan rakan dari negara China di dalam kuliah dan  tutorial adalah (B.Mandarin> BM>BI), pilihan bahasa ketika berada di desasiswa/hostel menyiapkan tugasan bersama pelajar dari Malaysia adalah seperti berikut (BM > BI >B.Mandarin> BM +BI). Bahasa yang dianggap sebagai bahasa paling berprestij adalah (BI >B.Mandarin>BM> Semua Bahasa), bahasa yang membuatkan berasa bangga apabila menggunakannya adalah (B.Mandarin>BM> BI> B.Mandarin + BM+Semua Bahasa) dan bahasa yang paling efektif dalam bidang pekerjaan adalah (BI> B.Mandarin> BM> BI+BM+B.Mandarin).Secara keseluruhannya, pelajar antarabangsa dari negara China yang belajar di USM masih memilih bahasa Melayu dalam setiap submandala pendidikan. Dapatan ini menunjukkan kelompok pelajar yang belajar di USM mempunyai semangat yang tinggi untuk menyesuaikan diri mereka dengan bahasa dan budaya sesebuah negara dengan baik.

 


Full Text:

PDF

References


Ammar Asyraf Mansor dan Sa’adiah Ma’alip. 2020. Sikap bahasa terhadap bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Melayu Singapura. Jurnal Wacana Sarjana, 4(2): 1-17.

Chew Fong Peng. 2018. Sikap bahasa Melayu dalam kalangan siswa/i China. Jurnal Kurikulum & pengajaran Asia Pasifik, 6(4): 1-11

Dilah Tuah, Chong Shin, Remmy Gedat, dan Mohammed Azlan Mis. 2021. Pemilihan bahasa dalam kalangan etnik minoriti Kedayan di Bekenu, Sarawak: Satu penelitian awal. GEMA Online® Journal of Language Studies, 21(2): 177-195.

Fishman, Joshua A. 1972. The sociology of language. Rowley, Mass: New Bury House.

Fishman, J.A. 1972. Language in sociocultural change. California: Stanford University Press.

Fishman, J.A. 1972. Domains and the relationship between mico and macrosociolinguistics. Dalam Directions in sociolinguistics: The ethnography of communication, ed. J. Gumperz dan D. Hymes, 435-453. New York: Holt, Rinehart dan Winston.

Fishman, Joshua A. 1991. Sosiologi bahasa. Diterjemah oleh Alias Mohammad Yatim. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Hoh Sook Kuan. 2011. Sikap dan Pemilihan Bahasa Kaum Cina di Malaysia: Disertasi sarjana, Universiti Malaya.

Irwan Shafrizan dan Ihsan Norzali. 2023. Pelajar asing dari China paling ramai di Malaysia. BH Online. Bahan diakes pada 29 Disember 2023, daripada https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2023/07/1133951/pelajar-asing-dari-china-paling-ramai-di-malaysia.

Liew Chei Siang. 2011. Pendidikan merentasi sempadan: Satu kajian kes pelajar China, Iran dan Indonesia di Malaysia. Prosiding Perkem V, Jilid 2(2011): 494-505.

Mohd Khaidir Abdul Wahab. 2023. Sikap bahasa dan pemilihan bahasa dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Jurnal Melayu, 22(22): 22-53.

Mohammed Azlan Mis dan Nur Syafiqah Muhammad Situl. 2022. Pemilihan bahasa dalam situasi rasmi di pejabat kerajaan. GEMA Online, Journal of Language Studies, 22(3): 213-235.

Sa’adiah Ma’alip. 1996. Sikap bahasa pelajar di Britain terhadap bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di Britain. Seminar Tahunan ke-3 Jabatan Linguistik. FSSK. UKM

Sa’adiah Ma’alip. 1999. Bahasa Melayu dan pekerja asing di sektor perkilangan: Pemerhatian terhadap penerimaan dan sikap bahasa mereka. Jurnal Dewan Bahasa, 43: 1004-1018.

Sharin Selva Raj. 2005. Language as a salient identity marker of ethnicity: Tesis sarjana, Universiti Malaya.

Su Yingying dan Hen Xiao. 2022. Bahasa Melayu bantu perkukuh persahabatan China-Malaysia. BH Online. Bahan diakes pada 29 Disember 2023, daripada https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2022/05/959736/bahasa-melayu-bantu-perkukuh-persahabatan-china-malaysia.

Tan Hua An dan Tan Tiam Lai. 2021. Sikap dan persepsi terhadap pembelajaran bahasa mandarin sebagai bahasa asing di Universiti Teknikal. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3): 450-460.

Tee Beng Ann dan Liew Chei Siang. 2010. Analisis persepsi tentang malaysia sebagai destinasi pengajian di kalangan pelajar China. Prosiding Perkem V, Jilid 2(2010): 286-299.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694