Gaya Bahasa Pertautan dan Kekuatannya dalam Mencorakkan Keindahan: Syair Dagang Adanya Karya Sheikh Hamzah Fansuri
Abstract
ABSTRAK
Syair Dagang Adanya merupakan puisi Sheikh Hamzah Fansuri yang sarat dengan nilai-nilai Islam. Namun, kajian tentang kepenyairan Sheikh Hamzah Fansuri menerusi syair ini kurang dikaji secara tuntas sehingga menimbulkan kelompongan kajian yang ketara khususnya yang berkaitan aspek keindahan gaya bahasa. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meneliti keindahan gaya bahasa pertautan yang digunakan oleh Sheikh Hamzah Fansuri dalam syair ini. Kajian kualitatif ini mengaplikasikan analisis kandungan terhadap manuskrip MSS 3160 Syair Dagang Adanya. Pengumpulan data dilakukan dengan melibatkan beberapa proses, iaitu; (1) Pembacaan secara berulang-ulang Syair Dagang Adanya untuk mengenal pasti kata kunci yang berkaitan gaya bahasa pertautan; (2) Mencatat dan menulis kata kunci gaya bahasa pertautan yang terdapat dalam Syair Dagang Adanya; (3) Mengelompokkan kata-kata kunci dengan gaya bahasa pertautan berdasarkan model Tarigan untuk dianalisis; dan (4) mengenal pasti kesan keindahan penggunaan gaya bahasa tersebut. Model Gaya Bahasa oleh Henry Guntur Tarigan (1983) digunakan sebagai kerangka analisis dengan tumpuan terhadap gaya bahasa pertautan yang merangkumi metonimi, alusi, eufemisme, epitet, sinekdok, antonomasia, paralelisme dan asindeton. Dapatan kajian mendapati Sheikh Hamzah Fansuri berjaya memanipulasikan kesemua gaya bahasa pertautan tersebut dalam mencorakkan keindahan Syair Dagang Adanya. Kekuatan gaya bahasa pertautan ini membolehkan Sheikh Hamzah Fansuri menyampaikan isu-isu berkaitan keagamaan secara berkesan. Kajian sistematik ini diharap dapat mencambahkan kajian-kajian sarjana tentang penggunaan gaya bahasa dalam pengkaryaan Sheikh Hamzah Fansuri yang lainnya.
Kata kunci: Gaya bahasa pertautan; Henry Guntur Tarigan; manuskrip; Sheikh Hamzah Fansuri; Syair Dagang Adanya
ABSTRACT
The poem Syair Dagang Adanya by Sheikh Hamzah Fansuri is rich with Islamic values. However, studies on the poetry of Sheikh Hamzah Fansuri through this poem have been insufficiently conducted, leaving a significant gap in research, particularly in relation to the linguistic stylistic beauty. Therefore, this study aims to examine the beauty of conjunctive stylistic devices employed by Sheikh Hamzah Fansuri in this poem. This qualitative study applies content analysis to the MSS 3160 manuscript of Syair Dagang Adanya. Data collection was conducted through several processes, namely: (1) Repeated reading of Syair Dagang Adanya to identify keywords related to conjunctive stylistic devices; (2) Recording and noting the conjunctive stylistic device keywords found in Syair Dagang Adanya; (3) Grouping the keywords by conjunctive stylistic devices based on Tarigan’s model for analysis; and (4) Identifying the aesthetic impact of these stylistic devices. The Stylistic Devices model by Henry Guntur Tarigan (1983) was used as the analytical framework, with a focus on conjunctive stylistic devices including metonymy, allusion, euphemism, epithet, synecdoche, antonomasia, parallelism, and asyndeton. The findings of this study reveal that Sheikh Hamzah Fansuri successfully manipulated all these conjunctive stylistic devices to enhance the beauty of Syair Dagang Adanya. The strength of these devices allowed Sheikh Hamzah Fansuri to effectively convey religious themes. It is hoped that this
systematic study will encourage further scholarly research on the use of stylistic devices in the literary works of Sheikh Hamzah Fansuri.
Keywords: Conjunctive stylistic devices; Henry Guntur Tarigan; manuscript; Sheikh Hamzah Fansuri; Syair Dagang Adanya
Full Text:
PDFReferences
Alib Astuti, Lusy Novitasary & Edy Suprayitno. 2023. Gaya bahasa dalam kumpulan cerpen Tak Semanis Senyummu karya Sirojuth. Jurnal Bahasa dan Sastra 10(1): 11-19.
Atep Rifal Al faruq, H. R. Herdiana & Sri Mulyani. 2024. Gaya bahasa pada film 5cm karya Donny Dhirgantoro dan Hilman Muttasi dalam upaya pengembangan bahan ajar puisi. Diksatrasia: Jurnal Ilmiah Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia 8(1): 56-62.
Cindi Apriolita & Syarif Hidayatullah. 2024. Gaya bahasa pada postingan akun Instagram @puisi.laut. Diksatrasia: Jurnal Ilmiah Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia 8(1): 197-200.
Desi Putri Lestari & Irwan Siagian. 2024. Mengkaji unsur budaya dan gaya bahasa dalam novel Pulang – Pergi karya Tere Liye. Journal on Education 6(2): 12903-12916.
Diana Maryana. 2023. Gaya bahasa pertentangan dan perulangan dari lagu Daerah Empat Lawang Selatan. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastera Indonesia. (1): 40-73.
Dwi Krisnawati dan Sri Budi Astuti. 2023. Gaya bahasa dalam judul berita di media Instagram @Liputan6. Seminar Nasional Hasil Riset dan Pengabdian. Surabaya, 6 Julai.
Emira Naisya Imani, Jumadi & Dwi Wahyu. 2023. Gaya bahasa dalam judul berita di media Instagram @Liputan6. Seminar Nasional Hasil Riset dan Pengabdian. Surabaya, 6 Julai.
Erika Normalia. 2024. Analisis penggunaan gaya bahasa perumpamaan dalam novel Laut Bercerita karya Leila S. Chuduri. Tesis Sarjana, Fakultas Perguruan Ilmu Pendidikan, Universitas Jambi.
Harun Mat Piah. 1989. Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. 1987. Kritikan Kesusasteraan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Mohd Muhaimi Abdul Rahman & Salmah Jan Noor Muhammad. 2019. Pengalaman pengembaraan dalam Syair Dagang Adanya (MSS 3160). Jurnal Filologi Melayu 26.
Mohd Muhaimi Abdul Rahman & Salmah Jan Noor Muhammad. 2023. Syair Dagang: Sufisme Hamzah Fansuri. The International Symposium Rentasia 2023. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.
Mohd Saberi Muda & Mas Rynna Wati Ahmad. 2019. Eko-Kritik dalam Puisi Melayu. Akademika 89(Isu Khas): 29-39.
Muhammad Zanika Esa Putra. 2023. Analisis Gaya Bahasa pada Puisi “Doa” karya Chairil Anwar. Jurnal Multidisiplin Indonesia 2(3): 151-155.
Muharam Awang & Shaiful Bahri Md. Radzi. 2020. Indah lagi mengasyikkan: gaya bahasa pertautan Usman Awang dalam puisinya. International Journal of the Malay World and Civilisation 8(3): 33-42.
Muharam Awang & Zubir Idris. 2023. Analisis kritis gaya bahasa perbandingan puisi Usman Awang. Akademika 93(1): 205-218.
Nor Hashimah Jalaluddin. 2020. Objek dalam Metafora dan Akal Budi Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 13(2): 199-222.
Nur Hikmahtul Aiman Kamarulzaman & Muhd Norizam Jamian. 2023. Keindahan luaran Gurindam Jiwa Penawar Duka dari perspektif Puitika Sastera Melayu. Jurnal Melayu Isu Khas: 152-166.
Rahman Shaari. 1987. Glosari Istilah Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sapardi Djoko Damano, Riza Iryani Saragih, Intan Maulana & Arif Yuandana Sinaga. 2021. Analisis gaya bahasa Kumpulan Perahu Kertas karya Sapardi Djoko Damono. Jurnal Bahasa & Sastra Indonesia. 1(1): 8-23.
Shaiful Bahri Md Radzi. 2019. Kebitaraan peribahasa Melayu dalam komunikasi. Akademika 89(Isu Khas/Special Issue): 139-149.
Syair Dagang Adanya (MSS 3160). Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Mal;aysia.
Tarigan, Henry Guntur. 1983. Pengajaran Gaya Bahasa. Bandung: Angkasa.
Tarigan, Henry Guntur. 1985. Prinsip-prinsip Dasar Sastera. Bandung: Angkasa.
Ulin Nuha Masruchin. 2017. Buku Pintar Majas, Pantun dan Puisi. Penerbit: PT. Millennia Tijara Semesta.
Zurina Abdullah, Rosnan, Farah Nur-Rashidah & Ahmad Nazeer Zainal Arifin. 2017. Analisis morfologi dalam Syair Perahu. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah 4(Special Issue): 73-81.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694