Tinjauan Awal Kes-Kes Integriti dan Rasuah melibatkan Ahli Politik Malaysia (Preliminary Review of Integrity and Corruption Cases Involving Malaysian Politicians)

Khadijah Muda, Ros Aiza Mohd Mokhtar, Kamal Azmi Abd Rahman, Siti Nor Baya Mat Yacob, Siti Nor Azhani Mohd Tohar

Abstract


Kes-kes melibatkan kesalahan integriti dan rasuah dalam kalangan ahli politik sering mendapat perhatian orang awam. Ini kerana orang politik merupakan golongan yang sepatutnya memimpin masyarakat ke arah yang lebih bertamadun dan berintegriti tinggi. Golongan pemimpin adalah ikutan dan harapan masyarakat. Imej yang perlu ada pada diri mereka mestilah lebih berintegriti dan bebas dari kesalahan rasuah. Kajian ini dijalankan untuk meneliti kesalahan-kesalahan rasuah dan isu integriti dalam kalangan mereka untuk dijadikan sebagai panduan dan pengajaran pada ahli-ahli politik lain. Kajian kualitatif ini mendapatkan data melalui kaedah temu bual yang bertujuan untuk mengetahui apakah kes-kes yang sering dilakukan dalam kalangan ahli politik. Hasil temubual bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati kesalahan yang sering dilakukan oleh ahli politik adalah kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18 dan 23 Akta SPRM 2009. Seksyen 16 adalah berkaitan kesalahan memberi atau menerima rasuah. Seksyen 17 pula adalah memberi atau menerima rasuah oleh ejen. Seksyen 18 adalah kesalahan tuntutan palsu. Manakala, seksyen 23 pula adalah kesalahan salah guna kuasa atau salah guna kedudukan. Hasil temubual ini juga selari dengan tinjauan terhadap laporan tahunan SPRM yang banyak memaparkan kes-kes rasuah dan integriti ahli politik. Kes-kes yang terlibat boleh dikategorikan mengikut kesalahan penyelewengan tuntutan atau tuntutan palsu, memberi dan menerima rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram, dan pecah amanah. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan perlunya pengetahuan dan didikan berkaitan rasuah dan integriti dalam kalangan ahli politik agar mereka sedar perbuatan tersebut adalah jenayah yang memberikan kesan buruk terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

Kata kunci: Kes integriti; kes rasuah; politik rasuah di Malaysia; temubual kualitatif Akta SPRM 2009

Abstract: Cases involving integrity and corruption offenses among politicians frequently draw public attention. This is because politicians are expected to lead society toward a more civilized and highly ethical direction. Leaders are role models and bear the hopes of the people. They must embody a higher standard of integrity and remain free from corruption. This study was conducted to examine corruption offenses and integrity issues among politicians to serve as policy implications for others in the political sphere. This qualitative study collected data through interviews aimed at identifying common offenses committed by politicians. Interviews with officers from the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) revealed that the most frequent offenses committed by politicians fall under Sections 16, 17, 18, and 23 of the MACC Act 2009. Section 16 pertains to the offense of giving or receiving bribes, while Section 17 relates to bribery involving agents. Section 18 addresses the offense of making false claims, and Section 23 involves abuse of power or misuse of position. The interview findings align with a review of MACC annual reports, which frequently highlight cases of corruption and integrity breaches involving politicians. These cases can be categorized into offenses such as misappropriation of claims or false claims, giving and receiving bribes, abuse of power, money laundering, and criminal breach of trust. The implications of this study underscore the need for education and awareness regarding corruption and integrity among politicians so they recognize that such actions constitute crimes with detrimental effects on themselves, their families, and society.

Keywords: Integrity case; corruption case; political corruption Malaysia; qualitative interview; MACC act 2009

References

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). https://www.sprm.gov.my/admin/files/sprm/assets/pdf/penguatkuasaan/akta-694-bm.pdf

Azman Ab Rahman, Nur Wahida Lokman, Lutfi Mohamed Zain, Syed Mohd Najib Syed Omar & Setiyawan Gunardi. (2022). Analisis Faktor-Faktor Gejala Rasuah dan Cabaran Menanganinya di Malaysia. Malaysian Journal of Shariah Law, 10(1), 90-97. https://doi.org/10.33102/mjsl.vol10no1.387

Bandura, A. (1999). Moral disengagement in the perpetration of inhumanities. Personality and Social Psychology Review, 3(3), 193–209. https://doi.org/10.1207/s15327957pspr0303_3

Brahim, Malike. (2012). Peranan Wakil Rakyat dalam Parti Politik dan Komuniti. Persidangan Kebangsaan Libatsama Universiti dan Komuniti [LUK 21], 85-94. https://core.ac.uk/download/12121673.pdf

Faridah Mahabob. (n.d.) Rasuah dalam Politik. Rencana Khas SPRM, 25-26. https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/rasuah-dalam-politik-jurnal-my-15112020.pdf

Dimas Bagus Wiranata Kusuma, Thaer Faisal Abdelrahim Qushtom, Nur Jamaluddin. (2013, April 2–4). How does Islamic worldview build integrity? Paper presented at ASEAN Seminar & Conference: “Educating ASEAN Societies for Integrity – The Role of Educators & Students in Building Integrity,” Jakarta, Indonesia.

Huberts, L. W. J. C. (2018). Integrity: What it is and Why it is Important. Public Integrity, 20(sup1), S18–S32. https://doi.org/10.1080/10999922.2018.1477404

Jones, D. S. (2022). Challenges in combating corruption in Malaysia: issues of leadership, culture and money politics. Public Administration and Policy, 25(2), 136–149. https://doi.org/10.1108/PAP-01-2022-0002

Karssing, E. D. (2007). Morele competentie in organisaties [Moral competence in organizations]. Van Gorcum. (Original work published 2001)

Kenneth D. Bailey (1984). Kaedah Penyelidikan Sosial, terj Hashim Awang. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Nordin Ahmad. (1995). Masyarakat Melayu: Budaya rasuah dan penyelesaiannya. Dlm. Mahadi Osman, Syed Nurul Akla Syed Abdullah & Sa’adiah Hassan (pnyt.), Masyarakat Melayu dan gejala sosial: Proses penyelesaian ke arah pembinaan masyarakat Melayu cemerlang abad ke-21. Institut Perkembangan Minda.

Montefiore, A., & Vines, D. (Eds.). (1999). Integrity in the public and private domains. Routledge

Nazirah Hassan. (2021). Rasuah Dalam Penguatkuasaan Undang-Undang Di Asia Tenggara: Satu Tinjauan Skop. E-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 18(8), 196-212.

Nurul Syahadah Mohamad Riza, Mohd Farhan Md Ariffin & Muhammad Safwan. (2023). Rasuah dalam Perspektif Hadith: Hukuman dan Penguatkuasaan. Jurnal ‘Ulwan 8(2), 1-15.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2010). Laporan tahunan SPRM 2009. https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/laporan-tahunan-sprm-2009-junal-my-15112020.pdf

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2011). Laporan tahunan SPRM 2010. https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/laporan-tahunan-sprm-2010-jurnal-my-15112020.pdf

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2012). Laporan tahunan SPRM 2011. https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/laporan-tahunan-sprm-2011-jurnal-my-15112020.pdf

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2013). Laporan tahunan SPRM 2012. https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/laporan-tahunan-sprm-2012-jurnal-my-15112020.pdf

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2014). Laporan tahunan SPRM 2013. https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/laporan-tahunan-sprm-2013-jurnal-my-15112020.pdf

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2015). Laporan tahunan SPRM 2014. https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/laporan-tahunan-sprm-2014-jurnal-my-15112020.pdf

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2016). Laporan tahunan SPRM 2015. https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/laporan-tahunan-sprm-2015-jurnal-my-15112020.pdf

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2017). Laporan tahunan SPRM 2016. https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/laporan-tahunan-sprm-2016-jurnal-my-15112020.pdf

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2018). Laporan tahunan SPRM 2017. https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/laporan-tahunan-sprm-2017-jurnal-my-15112020.pdf

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2019). Laporan tahunan SPRM 2018. https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/laporan-tahunan-sprm-2018--my-21012021.pdf

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2020). Laporan tahunan SPRM 2019. https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/laporan-tahunan-sprm-2019-jurnal-my-15112020.pdf

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2021). Laporan tahunan SPRM 2020. https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/buku-laporan-tahunan-sprm-2020--my-12082021.pdf

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2022). Laporan tahunan SPRM 2021. https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/laporan-tahunan-sprm-2021--my-04072022.pdf

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2023). Laporan tahunan SPRM 2022. https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/laporan-tahunan-sprm-2022--my-01082023.pdf

Wan Shawaluddin Wan Hassan, Amrullah Maraining & Ramli Dollah. (2020). Isu Penyeludupan di Pulau Sebatik, Malaysia. Jurnal Kinabalu, 26(2), 355-380.

Wayandiana Abdullah & Rahimah Abdul Aziz. (2019). Integriti dan kesedaran polis orang asli terhadap rasuah. Dlm. Rahimah Abdul Aziz, Mohamad Fauzi Sukimi & Nur Hafizah Yusoff (pnyt.), Malaysia: Pembangunan negara dan kerencaman isu sosial. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wolfe, D. T. & Hermanson, R. D. (2004). The Fraud Diamond: Considering the fourelements of fraud. The CPA Journal, 1-5.https://doi.org/10.1016/S1361-3723(04)00051-X

Zam Zam Yunus & Nik Ahmad Sufian Burhan. (2023). Faktor Pelanggaran Integriti Organisasi: Kajian Kes Terhadap Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kontinjen Selangor. E-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 20(2), 295-309.https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2002.25.


Keywords


Kes integriti; kes rasuah; politik rasuah di Malaysia; temubual kualitatif Akta SPRM 2009

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2025.2202.17

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia