Adaptasi Cerita Rakyat Dalam Filem Magika (2010)

Nur Afifah Vanitha Abdullah, Siti Nur Izra Safra’ Abd Halim, Nor Mahirah Zabidi

Abstract


Filem Magika (2010) adalah sebuah filem bergenre komedi muzikal. Filem ini merupakan arahan sulung Edry Abdul Halim di bawah syarikat KRU Studios. Magika menceritakan tentang pengembaraan dua orang adik beradik iaitu Ayu dan Malik yang mencari jalan pulang selepas tersesat dalam sebuah alam fantasi. Naratif filem ini digerakkan oleh watak-watak yang sangat mirip dengan watak-watak yang dipaparkan dalam pelbagai cerita rakyat tempatan dan barat. Namun begitu, terdapat perbezaan dari aspek perwatakan luaran dan dalaman, serta peranan watak dalam filem jika dibandingkan daripada cerita rakyat asal. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan meneliti proses adaptasi yang telah dilalui oleh watak-watak cerita rakyat tempatan dan barat dalam filem Magika (2010). Bagi mencapai objektif tersebut, sebuah penyelidikan fundamental dengan reka bentuk kualitatif telah dirangka. Kajian ini juga mengaplikasikan teori Adaptasi (Desmond & Hawkes, 2006) sebagai kerangka analisis. Dapatan kajian ini adalah, naratif filem ini terdiri daripada 22 watak daripada 13 cerita rakyat tempatan dan satu cerita rakyat barat. Naratif dan watak utama filem ini disandarkan kepada cerita rakyat barat. Manakala kebanyakan watak sampingan bagi mengerakkan cerita terdiri daripada watak-watak cerita rakyat tempatan. Sebanyak 22 watak dalam Magika (2020) telah diadaptasi dari aspek perwatakan luaran dan dalaman, serta peranan mereka. Aspek luaran dan dalaman watak cenderung dikekalkan sebagaimana yang dipaparkan dalam cerita rakyat. Namun, aspek peranan watak telah mengalami pengubahsuaian yang agak ketara. Peranan 86% watak adaptasi dalam Magika (2010) telah mengalami perubahan daripada cerita asal bagi menghasilkan filem ini. 


Keywords


adaptasi; cerita rakyat Melayu; cerita rakyat barat; filem muzikal; kritikan filem

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia