Pergerakan pelancong dan kesannya terhadap destinasi pelancongan wilayah (Tourists’ movement and impacts on regional tourism destination)

Wan Suzita Wan Ibrahim, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh, Mohd Fuad Mat Jali, Mushrifah Idris

Abstract


Abstrak

Dalam konteks pelancongan wilayah, pelbagai strategi dan program pelancongan telah dilaksanakan untuk mengimbangi kemasukan pelancong. Walau bagaimanapun, terdapat kecenderungan berlakunya penumpuan pelancong ke satu-satu negeri dalam wilayah pembangunan tersebut. Kenapa ia berlaku tentunya berkaitrapat dengan pergerakan pelancong dan kesannya.  Makalah ini bertujuan untuk mengkaji pergerakan pelancong dan kesannya terhadap pembangunan pelancongan wilayah, dengan tumpuan kepada pelancongan wilayah iaitu Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).  Kajian ini bersifat  kuantitatif,  berdasarkan survei yang telah dijalankan pada September 2014-Febuari 2015 di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kaji selidik ini melibatkan 823 responden domestik dan 296 antarabangsa.   Hasil kajian mendapati walaupun pemilihan negeri antara pelancong domestik dan antarabangsa adalah sama, penentu pergerakan dan kesannya adalah  berbeza. Pelancong domestik mengharapkan wilayah pelancongan yang menarik sebelum mereka berkunjung, baik dan selesa  semasa  mereka  berada di destinasi Sementara itu, pelancong antarabangsa berharap wilayah pelancongan yang sangat menarik sebelum mereka berkunjung,   namun memberikan pandangan selesa serta selamat pada semasa mereka berada di destinasi. Dari sudut tujuan bercuti, bersama rakan-rakan adalah menjadi keutamaan, dan berpandangan kesannya kepada destinasi adalah tinggi. Hasil  kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan dimensi keutamaan  antara pelancong domestik dan antarabangsa dalam menentukan pergerakan mereka dan kesannya terhadap destinasi pelancongan wilayah, khususnya di ECER.   Kesimpulannya dimensi pergerakan dalam pelancongan wilayah perlu menjadi asas pertimbangan dalam membentuk acara dan ikon pengggalakan kepada pelancong.  

Kata kunci: destinasi, pelancongan wilayah, pergerakan pelancong, Wilayah Ekonomi Pembangunan Ekonomi Timur

Tourists’ movement and impact on regional tourism destination

Abstracts

 

In the context of regional tourism, various tourism strategies and programs have been implemented to enhance the influx of tourists. However, there is a tendency of tourists’ concentration or spatial tourists’ imbalance between destinations and among states within the contact of regional tourism development. The underlying reason is linked to the tourists’ movements.  This paper aims to study the movement of tourists’ movements and their impact on regional tourism development, with a focus on regional tourism in the East Coast Economic Region (ECER). The study is quantitative, based on a survey conducted in September 2014-February 2015 in the states of Kelantan, Terengganu and Pahang. The survey involved 823 domestic and 296 international tourists. The study found that although the choice of state’s destination between domestic and international tourists are similar, there are differences of motivational, and impacts on regional tourism.    Domestic tourists’ preferences are attractive tourist region before they traveled, and rated  ‘good and comfortable’ during their stay in that destination. On the hand the international tourists’ preferences are ‘a very attractive tourist destination’ before their visit, but they had given a ‘comfortable and secure site’while they were at the destination. In terms of choice, holidaying with friends was their priority, and they viewed this factor is impacting destinations significantly. The results of this study show that dimensions of priorities between the domestic and international tourists are diverse, and these determined their movements and impacts on regional tourism destination, particularly in the ECER. In conclusion, dimensional movement is the fundamental consideration in shaping events and icon in  tourism promotion.   

 

Keywords: Destination, tourist movement, regional tourism, East Coast Economic Region (ECER).

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.