Aset Kampus sebagai tarikan edupelancongan UKM Kampus Bangi (Campus Asset as educational tourism attraction in UKM Bangi Campus)

Ng Sheue Li, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh

Abstract


Edupelancongan yang menitikberatkan pembangunan aset  sedia ada di kawasan kampus merupakan usaha yang harus dipentingkatkan terutamanya apabila Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah melancarkan Edutourism Pakej 101 pada Ogos 2015. Kampus UKM Bangi juga sedang merancang untuk melancarkan edupelancongan dalam kampus dengan menggunakan aset   sedia ada sebagai tarikan pelancongan kepada pengunjung luar. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana  aset kampus mampu dijadikan sebagai salah satu tarikan edupelancongan di kampus UKM Bangi.  Kajian ini menggunakan   data sekunder dan data primer daripada soal selidik yang dijalankan dalam kalangan komuniti staf dan komuniti pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa komuniti staf dan pelajar bersepakat dalam mengenal tempat-tempat di UKM yang berpotensi dijadikan edupelancongan, dengan min purata   paling tinggi iaitu 4.20 dan 4.04 masing-masingnya. Melalui kajian ini, aset kampus yang sedia ada di UKM Bangi mempunyai potensi yang tinggi untuk dijadikan sebagai  tarikan di kampus UKM Bangi.  

 

Kata kunci: aset  kampus, edupelancongan, pendidikan pelancongan,  produk, pengurusan, staf universiti,

 

Edutourism which emphasizes the development of touristic assets within the campus ecosystem should be    encouraged especially after the Ministry of Tourism and Cultural Malaysia has launched Edutourism Package 101 in August 2015. The UKM Bangi Campus is also keen in developing campus asset as tourism attraction.    This article aims to explore the potential of campus assets in promoting edutourism.   This study uses   secondary and primary data collection. Questionaires are distributed to the sample of the study comprising the university staff and students The results suggest that both staff community and students support edutourism with the highest average mean of 4.20 and 4.04 respectively. Through this assessment, existing campus asset is seen to possess high potential in  serving  as a place of attraction for UKM Bangi Campus.

 

Keywords: campus asset, edutourism, educational tourism,   product, management, university staff


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.