Hubungan Kepuasan Kerja Dengan Kecerdasan Emosi Dalam Kalangan Warga Polis DiRaja Malaysia (Work Satisfaction and Emotional Intelligence Among the Royal Malaysian Police Force)

Erny Yusnida Che Yusoff, Haslinda Abdullah, Zatul Himmah Adnan

Abstract


Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merupakan badan penguatkuasa utama negara. Tugas sebagai seorang anggota Polis menuntut kesiapsiagaan sepanjang masa dalam menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka. Menyedari hakikat tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, keupayaan mengurus kecerdasan emosi menghadapi cabaran berkhidmat dalam sebuah organisasi yang berteraskan disiplin adalah amat penting. Fokus utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan di antara tahap kepuasan kerja berdasarkan faktor pendorong dan penggerak dengan tahap kecerdasan emosi bagi konstrak intrapersonal dan interpersonal dalam kalangan anggota Polis DiRaja Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 400 orang anggota Polis pelbagai pangkat (Konstable hingga Deputy Superintenden Police) yang sedang berkhidmat di IPPD Subang Jaya, Selangor. Data kajian dianalisis menggunakan SPSS ver.22. Ujian statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis maklumat demografi responden iaitu gaji dan cawangan berkhidmat. Manakala ujian kolerasi Pearson, ANOVA dan Post Hoc serta analisis Regresi Berganda digunakan untuk menguji hipotesis kajian yang telah diformulasikan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kepuasan kerja dengan tahap kecerdasan emosi, sementara dimensi rakan sekerja faktor penggerak pula dikenalpasti sebagai penyumbang utama terhadap kecerdasan emosi responden. Kesimpulannya, dapatan kajian membuktikan Teori Dua Faktor Herzberg terpakai dalam organisasi PDRM dan dapatan kajian ini sesuai dijadikan rujukan dalam merangka intervensi menyeluruh program pembangunan modal insan ke arah pemantapan kecerdasan emosi bagi mengurangkan statistik salah laku dalam kalangan warganya memandangkan kedua-dua elemen ini adalah faktor peramal penting dalam menjaga keharmonian organisasi PDRM. 

 

 

The Royal Malaysian Police Force (RMP) is the country's main law enforcement bodies. Duty as a policeman demanding of all time preparedness in the face of any possible contingency. Recognizing the tasks and responsibilities that need to be implemented, the ability to manage emotional intelligence challenges of serving in an organization based on discipline is very important. The main focus of this study is to identify the relationship between the level of job satisfaction with the level of emotional intelligence among members of the Royal Malaysian Police. Respondents made up of 400 members of various Police ranks (Constable to N Superintendent Police) serving in the IPPD Subang Jaya, Selangor. Data analyse using SPSS ver. 22, while descriptive analysis, analysis Pearson Correlation, ANOVA and Post Hoc analysis, test and analysis of Multiple Regression is used to test hypotheses of the study. The findings show there is no significant relationship between the level of job satisfaction with the level of emotional intelligence, while dimension colleague actuator factors in turn identified as a major contributor to the emotional intelligence of the respondents. In conclusion, the findings prove the theory of Two Factors applicable in the RMP and this finding suitable references in designing comprehensive interventions human capital development programme towards the enhancement of emotional intelligence to reduce statistics misconduct among its citizens as both these elements were important in maintaining the Predictor harmony POLICE organization.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.