Perbandingan Dasar Luar Malaysia dan Indonesia terhadap Amerika Syarikat dan China dari Perspektif Realisme Neo-Klasik(Comparing Malaysia and Indonesia’s Foreign Policy toward the US and China from Neoclassical Realism Perspective)

Abdul Muein Abadi

Abstract


Abstrak

Sejak berakhirnya Perang Dingin, kebangkitan persaingan geo-strategik antara AS dan China telah menghadirkan suatu dilema baharu kepada para pemimpin Asia.  Kajian ini mendalami evolusi hubungan antara Malaysia dan Indonesia dengan AS dan China dari perspektif Realisme Neo-Klasik.  Persoalan yang memandu kajian ini ialah: apakah yang menjelaskan perbezaan serta perubahan dalam dasar Malaysia dan Indonesia terhadap kedua-dua AS serta China?  Pendekatan kualitatif digunapakai dengan perbandingan kes secara terfokus demi mengkaji sama ada angkubah bersandar, yakni variasi dasar AS-China oleh Malaysia dan Indonesia adalah selari dengan variasi dalam angkubah bebas dan angkubah mencelah yang dikaji.  Bagi menganalisis data secara sistematik, tiga prosedur terlibat: pemerhatian ke atas keadaan struktural; pemerhatian terhadap impak keadaan struktural ke atas asas pengabsahan elit domestik; serta pemerhatian terhadap dasar Malaysia dan Indonesia kepada AS-China.  Kajian ini dirumuskan dengan menekankan dapatan utamanya bahawa dari segi struktur, kekuasaan AS serta kebangkitan China adalah merupakan faktor struktural utama yang mempengaruhi respon Malaysia dan Indonesia terhadap kedua-dua kuasa terbabit.  Namun demikian, kajian ini turut mendapati bahawa faktor yang menentukan bentuk respon dasar luar Malaysia dan Indonesia kepada AS-China terbabit ialah faktor asas pengabsahan elit domestik.  Para pemimpin di Malaysia dan Indonesia kedua-duanya didapati mengubah parameter hubungan mereka dengan Washington dan Beijing menurut perkembangan asas pengabsahan kuasa mereka di dalam negeri.

Kata kunci: Hubungan Malaysia-Amerika Syarikat; Malaysia-China; hubungan Indonesia-Amerika Syarikat; Indonesia-China; Realisme Neo-Klasik

 

 

Abstract

Since the end of the Cold War, the rise of geo-strategic rivalry between the U.S. and China presents a new dilemma for Asian leaders.  This study is focusing on the evolving relations between Malaysia and Indonesia with the U.S. and China from neoclassical realist perspective. It seeks an answer to the question: what explains the variants and changes in Malaysia and Indonesia’s foreign policy toward the US and China?  It adopts a qualitative approach of focused cases comparison – to investigate whether the variation in the states’ US-China policies correspond with variation in the selected causal variables. In order to analyse the data systematically, three procedures involved: inquiry on the structural conditions; inquiry on the impact of the structural conditions on the ruling elites’ domestic political legitimation basis; and the inquiry on Malaysia and Indonesia’s US-China policies.  This study concludes by highlighted its core findings that structurally, the supremacy of the U.S. and the rise of China has been the crucial structural factors that informed both countries’ policy.  Nevertheless, it is domestic legitimation basis that substantively determine the shape of the policy outcome.  Both Malaysian and Indonesian leaders shifted the parameters of their rapprochement with Washington and Beijing according to the changes of its leaders’ legitimation basis. 

Keywords: Malaysia-US relations; Malaysia-China; Indonesia-US relations; Indonesia-China; Neoclassical Realism


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.