Model pembangunan neo-endogenous luar bandar dan faktor sokongan koperasi: Kajian kes program desa lestari di Malaysia (Rural neo-endogenous development model and cooperatives’ supporting factors: A case study of Malaysia’s rural sustainability programme)

Mohd Azuhari Che Mat, Jalaluddin Abdul Malek

Abstract


Model pembangunan neo-endogenous telah menjadi tumpuan ramai pengkaji sebagai satu pendekatan baru kepada
pembangunan luar bandar yang lestari (PDL) abad ke-21. Transformasi pembangunan luar bandar di Malaysia yang
dilaksanakan melalui polisi seperti GTP, ETP dan RTP mempunyai ciri-ciri model pembangunan neo-endogenous
luar bandar dan memberi cabaran besar kepada koperasi yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan PDL.
Nilai dan prinsip yang diamalkan oleh koperasi telah memberi kelebihan dalam menyokong model pembangunan
neo-endogenous khususnya untuk meningkatkan kapasiti tempatan bagi mewujudkan jaringan dalaman dan luaran.
Namun begitu, kurang penglibatan penduduk sebagai peserta koperasi, fokus pembangunan yang tertumpu kepada
projek penyediaan infrastruktur dan jaringan kerjasama dengan pihak luar yang terhad dalam pelaksanaan PDL
adalah antara beberapa persoalan mengenai sejauh manakah koperasi menyokong pembangunan neo-endogenous
luar bandar. Kajian ini mengenalpasti faktor-faktor sokongan koperasi dalam model pembangunan neo-endogenous
luar bandar di bawah PDL iaitu memenuhi keperluan setempat, penggunaan sumber tempatan dan alam semulajadi,
inovasi dan penggunaan teknologi moden, peningkatkan kapasiti individu dan institusi tempatan, dan pembentukan
rangkaian kerjasama dalaman dan luaran. Data primer diperolehi dari kajian lapangan yang melibatkan seramai 227
anggota koperasi di tiga buah kampung di bawah PDL. Hasil analisis faktor menemui tiga faktor sokongan koperasi
terhadap model pembangunan neo-endogenous PDL iaitu kapasiti dan jaringan kerjasama, inovasi dan penggunaan
sumber tempatan, dan pembentukan inisiatif lokal. Penemuan faktor ini diharapkan dapat memberi fokus baru
kepada pelaksanaan dan pemantauan PDL bagi memastikan kejayaannya.

Katakunci: desa lestari, inovasi, koperasi, model pembangunan, pembangunan neo-endogenous, transformasi desa

Neo-endogenous development model has been a focus of many studies on future rural development policies for the
21st century wherein the supporting role of cooperatives may be acknowledged especially in terms of enhancing
local capacity and establishing internal dan external network. In Malaysia, transformative rural development
embodying the characteristics of neo-endogenous development model is embedded in several policies such as the
GTP, ETP and RTP. However, the role of cooperatives in supporting neo-endogenous model through Sustainable
Rural Development (SRD) is constrained by the limited involvement of households as cooperative members, the
overt focus on economic activities and basic infrastructure, and the limited cooperation with external actors. This
study identified five supporting factors of cooperatives in neo-endogenous oriented SRD, namely, fulfilling local
needs, use of local resources and environment, innovation and use of modern technology, enhancing local  individual and institutional capacity, and establishment of internal and external cooperation network. Primary data were gathered from a field survey of 227members of cooperatives in three villages involved in the implementation of SRD. The results of factor analysis pointed to three cooperative supporting factors for neo-endogenous model, namely, capacity and network cooperation, innovative utilisation of local resources, and formation of local initiatives. It is hoped that the findings will grant a new focus in the implementation and monitoring of SRD to ensure its sustainability.

Keywords: cooperatives, development model, innovation, neo-endogenous model, rural sustainability, rural
transformation

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.