Perancangan kewangan dan aplikasi teori tingkah laku kewangan dan teori keperluan Maslow: Kajian kes KWSP di Malaysia
Abstract
Tingkah laku membuat keputusan merupakan proses yang kompleks dan memerlukan analisis pelbagai faktor. Tingkah laku kewangan juga bergantung kepada objektif perancangan kewangan. Maka, permahaman dan perbincangan aplikasi teori tingkah laku kewangan dan teori keperluan dalam perancangan kewangan adalah penting. Perbincangan ini dijalankan kerana kurang perbincangan formal dalam aspek perancangan kewangan. Perbincangan ini focus dalam tingkah laku kewangan di kalangan ahli-ahli skim Kumpulan Wang Skim Persaraan (KWSP). Perbincangan kajian ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu perancangan kewangan, aplikasi teori-teori tingkah laku kewangan, dan Teori Keperluan Maslow (TKM). Pertama, perancangan kewangan dibincang dari aspek pengeluaran pra-persaraan skim KWSP. Pengeluaran pra-persaraan yang berkaitan ialah perancangan pelaburan dan pembiayaan perumahan. Kedua, Teori Jangkaan-Utiliti (TJU) dan Teori Prospek (TP) merupakan teori tingkah laku yang berlainan dalam pemilihan individu. TJU menyifatkan pemilihan rasional, manakala TP menyifatkan pemilihan alternatif. Kemudian, pemilihan pengeluaran pra-persaraan dibincangkan dalam aplikasi dalam kedua-dua perancangan ini dalam TJU dan TP. Ketiga, pemilihan pengeluaran pra-persaraan tersebut dibahagikan kepada empat pilihan, iaitu terus kekal skim KWSP, pembiayaan perumahan, pelaburan dan kedua-dua. Kemudian, keempat-empat pemilihan dibincangkan dalam TKM. Kajian terhadap implikasi teori menunjukkan bukti aplikasi teori-teori tingkah laku kewangan wujud dalam perancangan kewangan. Dengan pemahanan ini, mampu membantu institusi kewangan lebih memahami tingkah laku individual. Seterusnya, membentuk model pemasaran yang lebih cekap.
Katakunci: keperluan, pelaburan, pembiayaan perumahan, pengeluaran pra-persaraan, perancangan kewangan, tingkah laku kewangan
Decision-making is complex behaviour and includes analysis of several factors. Behavioural finance also depends on financial planning objectives. Thus, understanding the application of behavioural finance theories and need theory is essential. This study was conducted due to the lack of formal discussion infinancial planning in Malaysia. The Employee Provident Fund (EPF) members ’financial behavior became the focus of this case study. It included three sections. First, financial planning of EPF members’ pre-retirement withdrawals where it was found to be concentrated on capital investment and housing. Second, behavioural finance application of Expected-Utility Theory (EUT) and Prospect Theory (PT) in explaining why individual members chose differently even while in a same situation. Third, Maslow need theory application (MNT) where the pre-retirement withdrawals were divided into four categories of continued saving in EPF, housing, capital investment and both. Overall, the study confirmed the relevance and applicability of the financial behavioural theories developed in financial planning. With this understanding, financial institutions such as the EPF should be able to understand better the financial behavior of their contributing individual members and thus arrive at better marketing plans.
Keywords: financial behaviour, financial planning, home financing, investment, need, pre-retirement withdrawal
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.