Mahathir dan berakhirnya Dasar Aparteid di Afrika Selatan
Abstract
Kajian ini melihat penglibatan Malaysia dalam usaha menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan yang tidak berapa diberi perhatian oleh dunia dan khususnya anggota negara Komanwel. Nama Malaysia tidak begitu menyerlah hanya usaha Tunku Abdul Rahman yang berjaya membuatkan negara Afrika Selatan keluar dari Komanwel. Ini tidak memberi impak kepada negara Afrika Selatan kerana dengan keluar dari Komanwel tidak dapat menahan dasar aparteid dari terus dilaksanakan. Ini berterusan walaupun terdapat banyak negara yang mengutuk dasar aparteid di Afrika Selatan. Kemuncak dari desakan untuk menghapus dasar aparteid ini apabila munculnya Dr. Mahathir di persidangan Komanwel Nassau, Bahamas pada tahun 1985. Kemunculan Dr. Mahathir telah menambah tekanan kepada pihak Afrika Selatan dan Britain. Artikel ini melihat pengaruh Dr. Mahathir terserlah apabila Malaysia menjadi hos persidangan Komanwel pada tahun 1989 dan memberi peluang kepada Dr. Mahathir meneruskan agenda pada tahun 1985 dengan memberi penekanan lebih kepada keengganan Britain untuk bersama Komanwel mengenakan sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan. Thatcher yang tertekan telah membuat bantahan dengan mengadakan sidang akhbar selepas Kenyataan Kuala Lumpur diumumkan. Walau bagaimanapun usaha Thatcher gagal untuk mempengaruhi Komanwel dan Dr. Mahathir terus mendesak supaya dasar aparteid benar-benar dihapuskan. Ramai sarjana yang tidak melihat kejayaan menghapus aparteid di Afrika Selatan sebagai satu kejayaan Malaysia dan khususnya Dr. Mahathir. Penulisan ini melihat peranan Dr. Mahathir sebagai salah seorang juara dalam memperjuangkan hak asasi manusia dalam menghapus dasar aparteid di Afrika Selatan dan membebaskan pemikiran dari belenggu penjajah dengan tidak mengikut telunjuk bekas penjajah iaitu Britain.
Katakunci: Afrika Selatan,agenda Komanwel, belenggu penjajah, Dasar Apartied, hak asasi manusia, sekatan ekonomi
Malaysia involvement in effort to end Apartheid policy in South Africa when the world and especially the Commonwealth members were not giving attention to the issue. Malaysia name was not known, only Tunku Abdul Rahman achievementto make South Africa withdrew from Common wealth but the action was not giving any impact to South Africa. Apartheid policy still implemented in South Africa. This was going on although many countries condemn Apartheid policy in South Africa. This study took a closer look at Mahathir’s role as a champion in fighting for human rights in breaking free of the colonial mentality snd ending the Apartheid policy in South Africa. Mahathir’s attendance of the 1985 Commonwealth Conference in Nassau, Bahamas gave him the first opportunity to put more pressure on South Africa and Britain. In 1989, Malaysia hosted the Commonwealth Conference and this provided the opportunity for Mahathir to continue with the1985 agenda and be more focused on Britain which refused to cooperate with the Commonwealth in implementing economic sanction on South Africa. Thatcher protested and arranged a press conference after the Kuala Lumpur Statement was announced . However, Thatcher’s effort failed to influence the Commonwealth and Mahathir continued with the pressure to put an end to the Appartheid policy. Many scholars did not see the end of South African apartheid as a Mahathir’s and thus a Malaysian achievement.
Keywords: aparthied policy, colonial mentality, Commonwealth agenda, economic sanctions,human rights, South Africa
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.