Bantuan kewangan luar dan pertumbuhan ekonomi: Analisis kointegrasi lapan negara-negara konflik OIC (Foreign aid and economic growth: A co-integration analysis of eight OIC’s conflicted countries)

Norfarahana Nordin, Fidlizan Muhammad

Abstract


Bantuan kewangan luar merupakan suatu aktiviti atau program pembangunan yang dijalankan oleh negara penderma
di luar negara untuk menjalinkan kerjasama ekonomi dengan negara yang dibantu. Bagi negara-negara mundur atau
mengalami konflik bantuan kewangan luar berperanan untuk menjana pertumbuhan ekonomi.Kajian ini mengkaji
hubungan jangka pendek dan jangka panjang antara bantuan kewangan luar yang diterima oleh negara-negara Islam
(OIC) berkonflik dengan pembolehubah-pembolehubah ekonomi. Tempoh masa kajian dari tahun 1970 sehingga
tahun 2012 melibatkan 8 buah negara Islam OIC dalam kelompok negara berkonflik. Kaedah ekonometrik siri masa
diaplikasi dalam kajian ini yang terdiri daripada ujian kointegrasi Johansen dan ujian penyebab Granger untuk
menentukan arah hubungan pembolehubah yang dikaji.Dapatan analisis keseluruhan dapat membuktikan sejauh
mana bantuan kewangan luar berkesan membantu negara-negara berkonflik untuk mencapai tingkat pertumbuhan
dan pembangunan ekonomi yang disasarkan.Di samping itu, hasil kajian mendapati bantuan kewanganamat
signifikan membantu negara-negara yang berhadapan konflik untuk menguruskan ekonomi negara.

Katakunci: analisis ko-integrasi, bantuan kewangan luar, ekonomi Islam, negara konflik OIC, pertumbuhan
ekonomi, VAR




Foreign aid is aid extended by foreign donors to a receipient country, which may be in a conflict situation, for the
purpose of establishing economic cooperation with it in its pursuit of economic growth and development. This study
examined the long and short term relationships between foreign aid received by OICcountries (OIC) and other
economic variables. The period covered was from 1970 to 2012 for eight OIC’s conflicted countries. Using
econometric time series method, the study included Johansen Co-Integration test and Granger Causal test in order to
determine the direction of the variables analysed. The findings shed some light on how far foreign aid was effective
in helping conflicted countries to achieve their economic development and growth objectives. Foreign aid had
significantly helped conflicted countries in managing their economy.

Keywords: co-integration analysis, conflicted countries, economic growth, foreign aid, Islamic economics, OIC
countries, VAR


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.