Sistem pemilikan tanah di Indonesia: Isu dan implikasi pendekatan institusi ekonomi (Land ownership in Indonesia: Issues and implications of the economic institutional approach)

Azima AM, Muhammad Afif Hamka, Suhana Saad, Sivapalan Selvadurai, Novel Lyndon, Mohd Yusoff Husain, Mohd Fuad Mat Jali, Zaimah Ramli, Sarmila Md Sum

Abstract


Sistem pemilikan pertanahan di Indonesia agak berbeza dengan sistem pemilikan tanah yang diamalkan dibeberapa buah negara di dunia. Sistem pemilikan tanah di Indonesia dipengaruhi oleh undang-undang tanah di Indonesia. Undang-undang tanah di Indonesia terbahagi kepada dua fasa yang utama. Fasa pertama undang-undang tanah di Indonesia melibatkan fasa sebelum September 1960 dan fasa kedua selepas tahun 1960. Peruntukan undang-undang tanah di Indonesia secara dasarnya berlandaskan Undang-undang Pokok Agararia 1960. Undang-undang tanah ini bukan sahaja melibatkan tanah pertanian, namun dalam masa yang sama ianya melibatkan keseluruhannya tanah di Indonesia termasuk tanah lombong. Isu dalam sistem pemilikan tanah di Indonesia mencetuskan persengketaan yang berpanjangan di Indonesia terutamanya bagi pemilik tanah ulayat. Justeru itu kajian ini memberikan penekanan terhadap sistem pemilikan serta permasalahannya dalam konteks undang-undang yang sedia. Kajian ini melibatkan kajian analisis kandungan bahan-bahan yang diperoleh daripada buku,jurnal dan dapatan kajian  terdahulu. Dapatan kajian mendapati, sistem pemilikan tanah di Indonesia berhadapan dengan masalah tertentu terutama bagi tanah ulayat dibeberapa daerah. Sehubungan itu,kajian ini mencadangkan agar satu pendekatan yang lebih holistik digunapakai bagi membolehkan solusi kepada permasalahan tanah ulayat yang dialami. Pendekatan tersebut melibatkan reformasi dalam institusi dengan mengambilkira pendekatan dalam proses pembangunan tanah iaitu pendekatan institusi ekonomi.

Katakunci: adat tempatan, institusi ekonomi, pembangunan holistic, sistem pemilikan tanah, tanah, tanah ulayat


As a factor of production land, in particular, land ownership system, crucially determines the running of a nation’s economy. Land ownership system in Indonesia is quite different from that practised in other countries as it is based on the Undang-undang Pokok Agararia 1960 a peculiar Basic Agrarian Law which combined a modern land law with certain precepts of indigenous land law known as the ‘ulayat’. This study examines, through seconday materials, the impact of this law on Indonesia’s economic governance. It was found that the enforcement of the Undang-undang Pokok Agararia 1960 had triggered a prolonged conflict in Indonesia’s economic governance involving the ‘ulayat’ landowners who contended against the singular focus of the law on economic development at the expense of the locals’ customary values and practices . Accordingly, a more holistic and conciliatory approach is suggested to circumvent the issues raised by the ‘ulayat’ landowners. The approach involves, among other things, institutional reform in current land development.

Keywords: economic institutions, holistic development, land, land ownership system, local custom,‘ulayat’ land


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.