Sokongan politik dan penglibatan masyarakat dalam program pembasmian kemiskinan di Sarawak (The imperative of political support and community participation in Malaysia’s poverty eradication: The case of the SPKR in Sarawak)
Abstract
Kajian ini membincangkan persoalan pembasmian kemiskinan dengan meneliti tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan dan hubung kaitannya dengan penglibatan masyarakat dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Usaha pembasmian kemiskinan secara menyeluruh memerlukan sokongan, komitmen dan penyertaan yang aktif dari kalangan masyarakat setempat. Namun begitu, kesediaan masyarakat untuk melibatkan diri pula dipengaruhi oleh pelbagai elemen. Artikel ini menghujahkan bahawa sokongan politik dan kerajaan tempatan yang tinggi adalah elemen yang akan membawa kepada tahap penglibatan masyarakat yang tinggi dalam program pembasmian kemiskinan. Penglibatan yang tinggi ini pula seterusnya menyumbang kepada kejayaan program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan. Tinjauan soal selidik telah dijalankan terhadap 260 orang Ketua Isi Rumah (KIR) rumah panjang di Daerah Song, Sarawak. Secara keseluruhannya, penemuan kajian menunjukkan majoriti daripada KIR beranggapan bahawa mereka mendapat sokongan politik dan kerajaan tempatan yang sederhana (38.1%) berbanding dengan rendah (33.5%) dan tinggi (28.5%) dalam pelaksanaan program di bawah SPKR di rumah panjang mereka. Analisis Ujian Khi Kuasa Dua menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (P ≤ 0.05) antara tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan dengan tahap penglibatan masyarakat dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program di bawah SPKR. Penemuan ini menggambarkan semakin tinggi tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan yang diterima oleh masyarakat, maka semakin tinggi tahap penglibatan masyarakat dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program.
Katakunci: isirumah miskin, pembasmian kemiskinan, penduduk rumah panjang, penyertaan komuniti, sokongan
politik, sokongan kerajaan tempatan
Efforts to eradicate poverty in a holistic manner necessitate support, commitment, and active participation from local actors. The latter’s readiness to get involved is influenced, however, by a variety of factors. This paper addresses the issue of poverty eradication by examining the relationship between the level of political and local governance support and the participation of the local community in Malaysia’s Citizens’ Prosperity Development Scheme or Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Based on the results of a questionnaire survey of 260 household heads or Ketua Isi Rumah (KIR) of a longhouse in the Song District, Sarawak, it contends that high political and local government supports are crucial in enhancing community participation in the programme. The study reveals the perception of the majority of the KIR that they had only received moderate levels of political support as well as local government support (38.1%) in the implementation of the SPKR programme. The Chi Square Test Analysis demonstrates a significant relationship (P ≤ 0.05) between the level of political and local government support with the level of community participation in decision-making, benefit sharing , and programme implementation and evaluation activities of the SPKR. These findings reiterated the fact that the higher the political and local government support received by the community the higher the latter’s participation in the programmes’ poverty eradication activities.
Keywords: community participation, government support, longhouse community, political support, poor households, poverty eradication
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.