Selat Melaka 1992-2006: Iktibar beberapa aspek permasalahan dalam mengurus kesejahteraan sumber sekitaran serantau (The Malacca Strait 1992 - 2006: Revisiting the challenge of managing a regional environmental resource)

Amriah Buang

Abstract


Selat Melaka adalah laluan perkapalan utama antara Lautan Pasifik dan Lautan Hindi yang memainkan peranan penting bagi pembangunan ekonomi negara pertumbuhan pesat Asia seperti Cina, India, Jepun, dan Korea Selatan serta negara ASEAN khususnya Malaysia, Indonesia dan Singapura. Pada 2006, jumlah minyak yang diangkut melalui selat ini dianggarkan 15 juta tong sehari (2,400,000m3/d) dalam keadaan berlakunya 34 kejadian kapal karam. Kejadian perlanunan pula telah meningkat menjelang alaf baru, iaitu 220 kejadian pada tahun 2000 berbanding dengan 25 pada 1994 (satu pertiga daripada jumlah kejadian perlanunan di seluruh dunia) sehingga memaksa negara litoral (Indonesia, Malaysia, Singapura) mengambil langkah pembanterasan yang lebih canggih teknologinya apabila kejadian perlanunan ini meningkat semula pada tahun 2004. Hasilnya ialah penurunan kejadian perlanunan kepada 150 pada 2003, 79 pada 2005 dan 50 pada 2006 meskipun industri perkapalan masih dirundung kekhuatiran kejadian serangan lanun akan meningkat semula. Demikianlah cabaran berterusan pengurusan sumber sekitaran serantau seperti Selat Melaka ini. Kertas ini mengimbas kembali situasi pada tahun 1992 iaitu antara tahun paling mencabar pengurusan keselamatan selat ini dan merumuskan tiga iktibar-iaitu (1) kerjasama di kalangan litoral dalam memperbaiki lagi teknik dan keupayaan pengurusan; (2) tindakan pro-aktif di pihak industri perkapalan selalu membaharui dan meningkatkan sumber peralatan dan kemahiran perkapalan demi mengurangkan pelanggaran kapal; dan (3) penglibatan bertanggungjawab dari kalangan pengguna antarabangsa selat ini dalam memastikan keselamatan penggunaan selat ini-yang sama pentingnya pada tahun 2006 seperti pada tahun 1992.

Katakunci: bencana perkapalan, kapal pecah, pengurusan sekitaran, perlanunan, negara itoral, sumber sekitaran serantau

The Malacca Strait is the main shipping channel between the Indian Ocean and the Pacific Ocean, linking major Asian economies such as India, China, Japan and South Korea as well as (Southeast Asian Association of Nations (ASEAN) countries, in particular, Malaysia, Indonesia and Singapore. In 2006, an estimated 15 million barrels per day (2,400,000m3/d) of oil were transported through the strait in the midst of 34 ship wreck events . Piracy in the strait had been rising in the last decade-25 attacks on vessels in 1994, 220 in 2000, and just over 150 in 2003 (one-third of the global total)-forcing the littoral states (Malaysia, Indonesia and Singapore) to resort to more advanced counter measures when attacks rose again in the first half of 2004 . Subsequently, attacks on ships in the Strait of Malacca dropped to 79 in 2005 and 50 in 2006 although the shipping industry was still harbouring fears of revival of attacks. Such was the ongoing challenge faced by the littoral states in managing the Malacca Strait as a regional environmental resource. This paper re-visits the situation in 1992 when the challenge was at one of its heaviest and recalls conclusively that the three factors of (1) cooperation among the littoral states in enhancing methods and techniques of managing the strait; (2) pro-active efforts on the part of the shipping companies to reduce vessel collisions by regular renewal and upgrading of gears and manpower; and (3) responsible involvement by international users of the strait in managing safety in the strait, are still pertinent in 2006 as they were in 1992.

Keywords: environmental management, littoral states, piracy, regional environmental resource, shipping hazards, ship wreckage


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.