Penilaian keterancaman terhadap bencana bagi Pulau Makalehi, Sulawesi Utara, Indonesia (An a ssessment of vulnerabi lity to disaster for Makalehi Island, North ern Celebes, Indonesia)
Abstract
Pulau Makalehi adalah salah satu pulau luar Indonesia yang mempunyai peranan penting sebagai kawasan sempadan negara. Penilaian kerentanan serta penilaian bahaya dan keupayaan dalam pulau-pulau kecil diperlukan untuk membantu proses membuat keputusan dalam pengurusan bencana. Oleh itu, kertas ini mencuba membincangkan kerentanan dan keupayaan Pulau Makalehi dan mencadangkan beberapa alternatif bagi penilaian kerentanan bersepadu dalam pulau-pulau kecil. Kajian telah dilakukan pada tahun 2007 dengan mengumpul data asas, seperti tanah, sumber marin dan data demografi. Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif deskriptif. Keputusan menunjukkan bahawa gambaran umum tentang kerentanan dan keupayaan Pulau Makalehi boleh digunakan sebagai satu input dalam pengurusan pulau kecil dan pembangunan di Indonesia. Pulau Makalehi memiliki kerentanan terhadap bencana, berkaitan dengan aspek fizikal, sosial, ekonomi dan persekitaran. Selain daripada itu, beberapa keupayaan yang telah dimiliki oleh Pulau Makalehi boleh ditingkatkan guna mengurangi dampak dari bencana yang mungkin menimpa pulau ini. Alternatif yang boleh dilakukan diantaranya adalah melalui Pengurusan Kawasan Pantai Terintegrasi (ICZM).
Katakunci: bencana, kawasan garis sempadan, Penilaian Kerentanan dan Keupayaan (VCA), Pengurusan Kawasan Pantai Terintegrasi (ICZM), Makalehi, Matriks VCA
Makalehi Island is one of Indonesia’s outer islands which plays an important role as a national borderline. Since vulnerability assessment as well as hazard and capacity assessment for small islands are needed to help in the decision making process of disaster management, this paper describes the vulnerability and capacity of Makalehi Island. It also proposes some alternatives for integrated vulnerability assessment for small islands in general and for Makalehi in particular. The methodology involves a survey conducted in early 2007 to gather primary data pertaining to soil, marine resources, and demography . The analysis used in this study is qualitative descriptive. Results illustrate both the vulnerability and capacity of Makalehi Island which can be used as an input in Indonesian small island management and development. The Makalehi depicts vulnerability to environmental, economic and social disasters. Yet it does also possess certain capacities that may be enhanced to further mitigate the impacts of disasters should they befall the island. A mitigation alternative that may be explored is the Integrated Coastal Zone Management (ICZM).
Keywords: borderline, disaster, ICZM, Makalehi, VCA Matrix, Vulnerability and Capacity Assessment (VCA)
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.