Pertanian Kontrak sebagai satu kaedah memajukan petani kecil Melayu – tanggapan dan penilaian komuniti tani tempatan di Zon Utara, Semenanjung Malaysia terhadap prestasi program Pertanian Kontrak FAMA (Contract farming as a mechanism for developing Malay small- scale farmers: perception of a local farming community of the capability of the FAMA contract farming project in northern Peninsular Malaysia)

Amriah Buang, Ratnawati Yuni Suryandari

Abstract


Dalam rangka negara Malaysia meningkatkan pengeluaran makanan dan pertumbuhan ekonomi, serta menjadikan pertanian sebagai perniagaan, maka program Pertanian Kontrak diperkenalkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai satu mekanisme untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana memasarkan hasil tani mereka. Untuk melihat sejauhmana Pertanian Kontrak FAMA ini dapat berfungsi sebagai mekanisme yang berkesan dalam memajukan petani kecil Melayu maka sebuah kajian telah dijalankan di Zon Utara Semenanjung Malaysia pada awal tahun 2009 yang melibatkan kajiselidik terhadap 200 responden dari kalangan komuniti tani tempatan. Kertas ini memaparkan dapatan dari kajiselidik tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa projek Pertanian Kontrak FAMA pada umumnya ditanggapi oleh 51.0% komuniti tani tempatan sebagai kurang berjaya mengubah nasib petani yang menyertainya. Sebab-sebab yang ditanggapi mengapa dan bagaimana ini berlaku ialah (1) peserta projek Pertanian Kontrak tidak berjaya/berhenti separuh jalan kerana tanaman tidak menjadi akibat kurangnya penjagaan ladang.; (2) harga belian FAMA sentiasa rendah, iaitu lebih rendah dari harga pemborong luar atau harga pasaran semasa; (3) kos penjagaan ladang meningkat tinggi di mana persilangan antara harga belian FAMA yang masih rendah dengan kos penjagaan ladang yang meningkat tinggi menyebabkan pendapatan petani tidak mengalami peningkatan; dan (4) syarat-syarat FAMA yang rumit baik dari segi tahap kualiti mahupun kuantiti hasil ladang yang perlu ditepati oleh peserta. Sambil mengambil perhatian bahawa keadaan ini mencerminkan kepincangan di pihak institusi-institusi pelaksana pembangunan pertanian Malaysia sendiri, kertas ini menyimpulkan bahawa berdasarkan tanggapan dan penilaian komuniti tani tempatan yang dikaji projek Pertanian Kontrak FAMA setakat ini masih belum mampu berperanan sebagai satu kaedah yang berwibawa untuk memajukan petani kecil Melayu.

Katakunci: kajian persepsi, komuniti tani tempatan, pemasaran pertanian, penjagaan ladang, pertanian kontrak, petani kecil

Within the current Malaysian context of enhancing domestic agrofood production and the ‘agriculture -is -business’ campaign the Federal Agricultural Marketing Authority of Malaysia (FAMA) has embarked on a Contract Farming project to assist small-scale farmers in marketing their produce, a move that should go a long way in turning them into successful agro-entrepreneurs. To gauge the performance of this project, a field study was conducted in the northern states of Peninsular Malysia in early 2009 involving the administration of questionnaires on 200 respondents from local farming communities. It was found that the majority (51.0%) of them perceived the FAMA project as having been of a very limited success . Four reasons for the poor performance were cited viz.: (1) poor farm maintenance led participants to discontinue cultivation ; (2) FAMA’s below market purchase prices de-motivated participants; (3) steep maintenance costs compounded by FAMA’s low purchase prices kept participants’ incomes stagnant; and (4) FAMA’s perceived unrealistic quantity and quality delivery terms. While noting that this situation reflects deeper shortcomings on the part of the various institutions related to Malaysian agricultural development, this paper concludes that given the negative perceptions of the local farming community observed, the FAMA contract farming project cannot as yet be regarded as capable of serving as a mechanism for the advancement of small scale Malay farmers.

Keywords: agricultural marketing, contract farming, farm maintenance, local farming community, perception study, small scale farmers



Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.