Tahap pengkomersilan produk elektrik bercirikan teknologi hijau di Malaysia: Kajian kes kawasan Bandaraya Kuala Lumpur (Commercialisation of green-tech electrical products in Malaysia: A case study of metropolitan Kuala Lumpur)

Hamidi Ismail, Hamim Samuri, Mohamed Mustafa Ishak

Abstract


Tahap pengkomersilan produk elektrik berteknologi hijau dalam kalangan masyarakat bandar didapati masih rendah. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap pengkomersilannya dalam kalangan masyarakat kawasan Bandaraya Kuala Lumpur. Kaedah pungutan data bagi kaji selidik adalah secara mel elektronik dengan hanya penduduk kawasan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai responden. Jumlah sampel yang berjaya dikumpul adalah sebanyak 391 orang daripada kawasan bandaraya ini dan teknik analisis utama digunakan adalah deskriptif melibatkan nilai peratusan dan min. Kajian mendapati bahawa tahap pengkomersilan produk elektrik berteknologi hijau berada pada tahap sederhana iaitu setinggi 59.83 peratus (hasil gabungan Skala Likert 4 dan 5) dengan nilai min setinggi 3.61. Hasil kajian didapati berbeza dengan penyataan masalah yang menyatakan bahawa tahap pengkomersilan adalah masih rendah. Implikasi kajian adalah memerlukan penambahbaikan terhadap Dasar Teknologi Hijau Negara sedia ada dalam konteks galakan dan insentif pemasaran kerana dasar tersebut dilihat masih gagal menyatakan hala tuju sebenar dalam konteks pengkomersilan produk elektrik berteknologi hijau negara.

Katakunci: Dasar Teknologi Hijau, konsumer bandar, kualiti alam sekitar, pengkomersilan produk, produk elektrik, teknologi hijau

Commercialization level of green-tech electrical products among urban communities in several parts of the world is still low. This study sought to to assess the level of commercialization in the community area of Kuala Lumpur City. Primary data were gathered from a survey via electronic mails involving with 391 residents of Kuala Lumpur City area and the main analytical technique used was descriptive statistics. The findings revealed that the commercialization level of green-tech electrical products was at a moderate level of 59.8 percent (the combined results of the Likert Scale 4 and 5) with a mean value of 3.61. This was in contrast to the conventional observation asserting that the commercialization was still low. The implication of the study is the need for further improvements of the existing National Green Technology Policy in the context of marketing stimulation and incentives for the policy is still seen as failing to state the real direction for the national commercialization of green-tech electrical products.

Keywords: commercialization of products, electrical products, environmental quality, green technology, Green Technology Policy, urban consumers


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.