Analisis terhadap pembangunan landskap hutan rekreasi di Selangor, Malaysia (An analysis on recreational forest landscape development in Selangor, Malaysia)

Mohd Kher Hussein, Saiful Arif Abdullah, Chamhuri Siwar, Shaharuddin Mohamad Ismail

Abstract


Pembangunan landskap hutan-hutan rekreasi di Malaysia dilaksana dan diurus oleh pihak Jabatan Perhutanan. Namun, perkembangan pesat yang dialami oleh kawasan tersebut menyebabkan pengurusan hutan rekreasi berkenaan diserahkan kepada pihak lain seperti lembaga pelancongan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Senario ini telah menyebabkan pembangunan landskap hutan rekreasi menerima impak yang besar ekoran pembangunan kawasan lebih menekankan kepada kaedah untuk memperoleh sumber pendapatan untuk mengurus dan juga keuntungan. Hal ini menggugat kelestarian kawasan berkenaan. Keadaan ini timbul disebabkan oleh dua isu utama, iaitu isu pembangunan dan isu pengurusan. Kedua-dua isu tersebut telah menyebabkan beberapa kawasan hutan rekreasi mengalami kegagalan kerana kekurangan pengunjung dan tidak mendapat sokongan masyarakat setempat. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perlaksanaan pembangunan tiga tapak landskap hutan rekreasi di Selangor sebagai kes. Dua kaedah kajian digunakan, iaitu temu bual dan pemerhatian di lapangan. Temu bual dilakukan bagi mendapatkan maklumat sahih lagi terperinci mengenai strategi pembangunan landskap kawasan kajian. Manakala pemerhatian lapangan dilakukan untuk mendapatkan data mengenai penampilan fizikal kawasan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek perancangan, pembangunan, perlaksanaan dan pengurusan landskap kawasan kajian perlu diperbaiki untuk mencapai tahap kelestarian yang lebih baik. Ini penting untuk memastikan matlamat asal penubuhan hutan rekreasi sebagai kawasan pemeliharaan dan pemuliharan hutan serta untuk kesejahteraan hidup manusia dapat dicapai. Oleh itu pihak-pihak berkaitan perlu berusaha untuk memastikan hutan rekreasi yang ada dibangunkan dengan lebih sistematik dan diurus dengan sempurna untuk generasi masa kini dan yang akan datang.

Katakunci: eko-pelancongan, hutan rekreasi, kelestarian, landskap, pembangunan, perancangan


Recreational forest landscape in Peninsular Malaysia is managed and developed by Forestry Department of Peninsular Malaysia. However, rapid development of these areas has caused the management of the recreational forest to be given to other parties such as state tourism board and local authority. This scenario has seriously affected recreational forest landscape development. Their current developments focus on how to generate more revenue for management purposes and profits. Indirectly, this approach gives an impact on recreational forest landscape sustainability. Forest landscape development and management are the two main issues. Both issues had contributed to the failure of several recreational forest sites due to lack of visitors’ number and lack of support from local people. The objective of this article is to analyse the recreational forest landscape development implementation in three selected recreational forest sites, in Selangor, as a case study. The study applied two methods namely interview and field observation. Interviews were carried out to gain detail and accurate information regarding landscape development strategy of study areas. Field observations recorded information regarding physical characteristics of study sites. Result showed that landscape of the study areas needed to be properly planned and carefully developed. To achieve a higher sustainable landscape level, the plan must be implemented. Management of the forest landscapes needed to be improved. This is very important to ensure that the original goals of recreational forest landscape establishment as to preserve and conserve forest areas as well as for human wellbeing, can be achieved. Therefore, the relevant parties need to put an  effort to ensure that development of the existing recreational forest landscape is carried out systematically and managed properly for the present and future human generations.

Keywords: development, eco-tourism, landscape, planning, recreational forest, sustainable


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.