Kesejahteraan Komuniti Dalam Skop Perumahan Mampu Milik Mampan (Community Wellbeing in the Sustainable Affordable Housing Scope)

Dzul Ashrai Abu Bakar, Hamzah Jusoh

Abstract


Kesejahteraan merupakan keperluan penting dalam kehidupan masyarakat masa kini dan rumah pula merupakan keperluan asas yang seharusnya mampu menjadi kediaman kondusif, ke arah membentuk keluarga serta komuniti sejahtera. Kawasan perumahan yang lengkap dengan kemudahan, kemudahsampaian yang baik, serta kawasan kejiranan yang mampu memberikan segala kemudahan yang diperlukan, adalah suatu perancangan yang baik disamping mengambilkira faktor-faktor sosioekonomi dalam mewujudkan perumahan mampu milik (RMM) yang mampan. Objektif penulisan ini adalah untuk menganalisa 81 tema-tema daripada artikel-artikel terdahulu, berkaitan RMM mampan dan kesejahteraan. Seterusnya penulisan ini menggabungkan tema-tema yang diperolehi kepada tema-tema utama untuk dianalisis, bagi mendapatkan tema terpenting dalam penyediaan RMM. Kaedah Analisis Tematik dan kaedah Membuat Keputusan Pelbagai Kriteria (MCDM), yang menggunakan perisian Definite 3.1, digunakan bagi menganalisis tema-tema utama tersebut. Hasil analisis ke atas 81 tema dari penulisan terdahulu, ianya telah digabungkan menjadi sembilan tema utama. Setelah analisis tematik dan MCDM dijalankan, KESELAMATAN merupakan aspek atau tema terpenting dalam mewujudkan perumahan mampu milik dan diikuti dengan tema kos, seterusnya tema rekabentuk dan kualiti RMM.

Katakunci: Rumah mampu milik mampan, komuniti sejahtera, keselamatan, kos rumah mampu milik, rekabentuk dan kualiti rumah mampu milik.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.