Pemerkasaan asset semula jadi untuk kelestarian pelancongan di Negeri Pahang (Empowering the natural touristic assets for sustainable tourism in the State of Pahang)
Abstract
Aset semula jadi sama ada berasaskan alam sekitar ataupun budaya sudah menjadi sebahagian daripada prasyarat dalam memajukan sektor pelancongan. Apabila ia menjadi motif utama kunjungan pelancong ke sesebuah destinasi, ini menunjukkan faktor tersebut berterusan menjadi penting dalam pelancongan, terutama bagi negeri-negeri yang kaya dengan tarikan dan sumber semula jadi. Dalam konteks ini, negeri Pahang merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai kepelbagaian aset semula jadi yang mampu menjadi tarikan pelancongan. Persoalannya, bagaimanakah memperkasakan aset semula jadi yang pada umumnya ‘kaku’ dan ‘keras’ kepada suatu perwatakan yang ‘lembut’ dan ‘bermakna’, yang berupaya menjanakan pengalaman, penceritaan dan keunikan kepada pelancong. Selain itu, ia masih belum difahami secara mendalam, terutama oleh pihak-pihak berkepentingan. Meskipun ekopelancongan dan pelancongan alam semula jadi sudah berdekad lamanya berada dalam dimensi pelancongan, namun masih ada ruang dan kewajaran untuk memperkasakannya sekiranya aset ini dilihat secara lebih berkarakter, menawarkan pengalaman, penceritaan dan ilmu lokal yang dicari-cari oleh para pelancong masa kini. Makalah ini cuba memberikan senario aset semula jadi di negeri Pahang dan kawasan ekobudaya Tasik Chini-Pekan dalam usaha untuk mengenal pasti pendekatan dalam memperkasakan lagi aset semula jadi tersebut. Melalui penelitian ini, aset semula jadi tersebut mempunyai ragam dan dimensi yang perlu diangkat sama ada menjadi ikon pelancongan negeri Pahang, dibentuk semula sebagai produk cenderahati dan perhiasan diri ataupun menjadi landskap panorama yang menjana percutian kembara jelajah negeri atau laluan luar bandar yang lebih menarik. Makalah ini turut mengemukakan cadangan bagaimana memperkasakan aset semula jadi ini bagi membolehkan pihak berkepentingan melakukan inisiatif secara kolaborasi iteratif antara komuniti dan Universiti. Ini akan memastikan aset semula jadi ini terus menjadi prasyarat utama perkembangan dan kelestarian pelancongan Negeri Pahang.
Katakunci: aset alam dan budaya, aset semula jadi, pelancongan lestari, pemerkasaan, pemetaan dan kontruk, Tasik Chini-Pekan
Touristic assets be they nature or cultural-based have now becoming an important part of the prerequisites for ensuring sustainable tourism. It becomes a prime motivation among tourists, especially for destinations and states that have ample natural resources. In Malaysia, Pahang is one states that has a diverse range of natural assets that can ensure continous tourists’ arrivals. The question posed here is, how can some of these touristic assets classified as ‘stiff’ and ‘hard’ can be changed into more friendly characters, preferably ‘soft’ and ‘meaningful’ experiences. Although ecotourism and nature tourism have existed for more that four decades in tourism development in Malaysia, it has not been clearly understood, especially by the stakeholders. This gap provide strong basis for empowerment initiative as these assets are highly apprieciated in offering real life experiences, story-telling and local knowledge to tourists today. This paper aims to identify the provision of natural assets in Pahang and the eco-cultural of Tasik Chini-Pekan as an effort to identifying approaches that can be enhanced in the natural assets. Results indicate that the natural assets have multi-faceted dimensions that suit the Pahang tourism icon, as well as souvenir, jewelery products and scenic landscape that makes rural tourist routes more attractive. This paper put forward proposals on how to strengthen these natural assets to enable the stakeholders to do iterative collaborative initiative between the community and the University. This will ensure that natural assets to become a key prerequisite tourism development and sustainability in Pahang tourism development.
Keywords: environmental and cultural assets, empowerment, mapping and construct, natural assets, sustainable tourism, Tasik Chini-Pekan
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.