Pembentukan modal insan Orang Asli Darat dan Laut di Malaysia (The human capital formation amongst Orang Asli Darat (Forest people) and Orang Asli Laut (Sea people) in Malaysia)
Abstract
Istilah modal insan sering kali merujuk kepada diri seseorang atau sekumpulan individu dan keupayaan mereka untuk melakukan kerja. Keupayaan melakukan kerja merujuk kepada tahap pemilikan pengetahuan, kemahiran atau bakat yang dimiliki oleh individu atau komuniti. Setiap komuniti mempunyai modal insan mereka yang tersendiri. Begitu juga dengan Orang Asli, mereka mempunyai modal insan tradisional yang dibentuk berasaskan kepada kawasan yang mereka diami. Misalnya modal insan Orang Asli Darat berkaitan dengan persekitaran hutan, manakala modal sosial Orang Asli Laut pula berkaitan dengan persekitaran laut. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membandingkan modal insan Orang Asli Darat dan Laut. Juga menganalisis dorongan serta faktor yang mempengaruhi pembentukannya. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas empat suku kaum Orang Asli: suku Temiar di Kuntai dan Kuala Mu, Perak, dan Batek di Kuala Koh, Kelantan bagi Orang Darat; dan suku Kuala di sekitar Senggarang dan Seletar di Bakar Batu, Johor bagi Orang Laut. Data kajian ini yang diperolehi melalui pemerhatian tidak ikut serta, dianalisis dengan menggunakan perisian komputer QSR Nvivo. Hasil kajian mendapati Orang Darat dan Laut mempunyai elemen modal insan yang berbeza antara satu sama lain, berasaskan persekitaran mereka. Setiap Orang Asli tersebut mempunyai modal insan yang unik sesuai dengan habitat mereka sama ada hutan atau laut. Pembentukan modal insan Orang Asli didorong oleh faktor kebergantungan kepada persekitaran, kearifan alam, pengetahuan yang diwarisi, bauran pengetahuan dan keinginan untuk mengekalkan identiti yang ada. Memandangkan pembentukan modal insan sesebuah komuniti mengambil masa yang panjang, perubahan yang mendadak akibat pembangunan boleh menjejaskan modal insan tersebut dan mengancam kelestariannya. Oleh itu, aktiviti pembangunan perlu mengambil kira realiti ini.
Katakunci: Batek, modal insan tradisional, Orang Kuala, Orang Seletar, persekitaran, Temiar
The term of human capital refers to an individual human being or a community and his capability to do work. Human ability refers to his levels of possession of knowledge, skill and talent. Every community has its own traits of social capital. Similarly, Orang Asli in Malaysia have formed their traditional social capital based on the area in which they live. For instance social capital of Orang Asli Darat associates with forest, while social capital of Orang Laut relates to sea. This article aims at identifying and comparing the human capital owned by the Orang Asli Darat and Orang Laut. Also to analyse the impetuses and factors that affect human capital formation of the Orang Asli. The study focuses on four Orang Asli tribes: Temiar in Kuntai dan Kuala Mu, Perak and Batek in Kuala Koh, Kelantan representing Orang Asli Darat; and Orang Kuala in Senggarang, also Orang Seletar near Bakar Batu, Johor representing Orang Laut. Data for the study, gathered during fieldworks through non participant observation technique, were analysed using QSR Nvivo computer software. Results of the study show that elements of human capital of Orang Asli Darat and Orang Laut are clearly distinguishable by comparing their living environments. Each tribe of the Orang Asli has unique skills and talents. Further analysis reveals that there are five factors which could have imfluenced the Orang Asli traditional human capital formation namely their association with living environments, natural wisdom, inherited knowledge, the diffusion of knowledge and desire to continue their Orang Asli identity. As the human capital formation takes a long time, drastic changes in their living environments resulting from development processes are capable of damaging the Orang Asli human capital thus threatening its sustainability. Therefore, the process of development that involved Orang Asli should take into account this reality.
Keywords: Batek, environment, Orang Kuala, Orang Seletar, Temiar, traditional human capital
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.