Cabaran perubahan fungsi bandar kecil dalam era globalisasi: petunjuk positif dari Tanjong Malim, Malaysia (Functional challanges of small town in the era of globalisation: Positive pointers from Tanjong Malim, Malaysia)

Yazid Saleh, Katiman Rostam, Mohd Yusof Hussain

Abstract


Dalam era globalisasi, peningkatan pengaruh bandar raya mega dalam agenda pembangunan ekonomi nasional seringkali membawa kepada polarisasi ekonomi di mana bandar-bandar kecil dan kawasan sekitar yang terletak di luar kawasan pembangunan utama akan ketinggalan, terus kekal mundur dan tidak membangun. Pertumbuhan Wilayah Metropolitan Klang-Langat telah membuktikan kebenaran ini bagi Malaysia. Bagaimanapun, bandar seperti Tanjong Malim yang lokasinya berhampiran dengan Wilayah Metropolitan adalah terkecuali. Bandar kecil ini telah dirancang oleh kerajaan negeri untuk menjadi Pusat Pertumbuhan Separa Wilayah bagi kawasan Selatan Perak pada tahun 2020. Oleh kerana lokasinya yang strategik iaitu di tengah-tengah lebuh raya utara-selatan antara Wilayah Metropolitan Kinta dan Wilayah Metropolitan Klang-Langat, selain kewujudan UPSI dan kilang Proton, Tanjong Malim dijangka mampu mencapai sasarannya. Artikel ini membuktikan kemampuan ini dengan menganalisis perubahan penduduk dan fungsi yang berlaku di Tanjong Malim. Analisis dokumen dan rekod kerajaan serta maklumat yang dikumpulkan melalui pemerhatian lapangan dan soal selidik yang dijalankan di kalangan 370 isi rumah menunjukkan bahawa Tanjong Malim sedang berkembang pesat untuk menjadi pusat petempatan yang paling dominan di Daerah Batang Padang. Keputusan analisis Indeks Kepusatan menyokong penemuan ini. Analisis menunjukkan fungsi-fungsi tradisional seperti penyediaan input pertanian, peniaga getah dan lain-lain aktiviti yang berasaskan pertanian telah berkurangan tetapi fungsi penyediaan barangan dan perkhidmatan semakin meningkat, menunjukkan perubahan peranan dari hanya menyediakan keperluan asas penduduk kepada menyediakan peluangpeluang pekerjaan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan moden. Semua perubahan ini menjadi petunjuk jelas bahawa dari segi fungsi, Tanjong Malim sedang menjalani proses transformasi pesat dan berada pada landasan yang betul untuk muncul sebagai Pusat Pertumbuhan Separa Wilayah bagi Selatan Perak pada tahun 2020.

Katakunci: analisis kepusatan, bandar kecil, globalisasi, polarisasi ekonomi, Pusat Pertumbuhan Separa Wilayah, transformasi fungsi

In the era of globalisation, the growing influence of mega cities in the course of a national development agenda had often led to the economic marginalization of small towns and surrounding rural areas. The recent growth impact of Klang-Langat metropolitan region has proven this point for Malaysia. Interestingly, the small town of Tanjong Malim which is located relatively closer to a metropolitan region seems to be an exception. Tanjong Malim town has been planned by the state government to become a sub-regional centre for the southern region of Perak in 2020. By virtue of its location in the middle of north-south highway between Kinta Metropolitan Region and Klang-Langat Metropolitan Region, along with the establishment of UPSI and Proton factory, Tanjong Malim is set to achieve the target. The present article seeks to substantiate this point by analysing recent population and functional changes occuring in Tanjong Malim. Analyses of government records and information gathered through field observations and questionnaires administered among 370 households show that Tanjong Malim was growing rapidly to become the most dominant settlement centre in Batang Padang District. Results of the centrality analysis support this finding. The analysis also reveals that traditional functions such as the provision of agricultural inputs, the base for rubber dealers and other agriculturally related activities were diminishing. However newer functions such as, the provision of basic goods and services were on the increase. The role of Tanjong Malim town had also changed significantly from providing basic needs of the people to providing non-farm employments particularly in manufacturing and modern services. This changing of role is clearly an indication that functionally, Tanjong Malim was undergoing a rapid process of transformation and was on the right path to emerge as a sub-regional centre for Southern Perak in 2020.

Keywords: centrality analysis, economic polarization, functional transformation, globalisation, small town, subregional growth centre


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.