Persempadanan semula dan gerimander dalam Pilihan Raya: Satu pengukuran menggunakan Sistem Maklmat Geografi di DUN Kedah (Realignment of electoral constituencies and gerrymandering: A measurement using GIS in Kedah state constituency)

Rosmadi Fauzi, Mohammad Redzuan Othman, Amer Saifude Ghazali, Zulkanain Abdul Rahman, Muhamad Hafiz Abdul Halim

Abstract


Perkembangan sistem maklumat geografi (GIS) mutakhir ini, secara tidak langsung telah meningkatkan penggunaan teknik tersebut dalam proses pilihan raya. Aplikasi ini berupaya mengesan, misalnya elemen kejanggalan dalam bentuk gerimander dalam proses persempadanan semula konstituensi. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada gerimander berlaku atau tidak di Malaysia dengan rujukan khas kepada negeri Kedah. Analisis geospatial dalam sistem maklumat geografi telah digunakan untuk mengukur indeks kepadatan DUN yang dikaitkan dengan kesan gerimander. Hasil kajian menunjukkan 16 DUN di Kedah telah berlaku gerimander dengan bacaan indeks kepadatan yang rendah, iaitu antara 0.1 sehingga 0.5. Ini membuktikan bahawa telah berlaku gerimander dalam proses pilihan raya di Malaysia. Gerimander boleh memberi impak negatif dalam proses pilihan raya negara. Oleh sebab itu, dalam proses persempadanan semula kesan gerimander wajar diambil kira oleh pihak yang bertanggungjawab terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya supaya perjalanan pilihan raya lebih telus dan demokratik.

Katakunci: gerimander, indeks kepadatan, pemilih, persempadanan semula, pilihan raya, sistem maklumat geografi


Recently, technology development has indirectly led to the use of geographic information system (GIS) in the electoral process, in Malaysia. Such application is capable of detecting for instance irregularities in the form of gerrymandering. Objective of the present article is to identify whether or not gerrymandering occurs in Malaysia with special reference to the state of Kedah. Using Geospatial analysis in GIS to measure constituency compactness index with reference to the effect of gerrymandering, the study indicates that gerrymandering happens in 16 constituencies in Kedah with a lower compactness index ranging from 0.1 to 0.5. This demonstrates that gerrymandering is truly present in Malaysian electoral process. The presence of gerrymandering has negative impacts on the national electoral process. Thus, the significance of gerrymandering has to be considered by the authority especially the Election Commission in realigning the electoral constituencies to guarantee more transparent and democratic elections.

Keywords: compactness index, election, geographic information system, gerrymandering, redistricting, voters


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.