Ancaman sindiket dadah terhadap juvenil di Malaysia (The threat of illicit drug syndicates to juveniles in Malaysia)

Zarina Othman, Mohamad Daud Druis

Abstract


Isu pengedaran dan penyalahgunaan dadah di peringkat antarabangsa merupakan masalah yang sering dikaitankan dengan jenayah berkumpulan yang mempunyai jaringan kerjasama antarabangsa. Malaysia tidak terkecuali dari ancaman sindiket dadah, yang semakin berleluasa sejak wujudnya kemudahan internet di merata dunia. Justeru itu, kertas kerja ini mengkaji kenapakah golongan juvenil terdedah dan rencam sebagai mangsa dadah sehingga mereka terjebak sebagai pesalah jenayah juvana dalam usia yang muda. Dengan menggunakan pendekatan teori neoliberalisme bagi panduan untuk menjelaskan dan menganalisis isu penglibatan juvenil dalam pengedaran dadah di Malaysia. Data primer dikumpul melalui analisis dokumen, temu bual, observasi dan perbincangan kumpulan terfokus. Manakala kajian kes pula, satu sesi temu bual telah dilakukan ke atas responden yang merupakan pesalah Juvana terpilih. Dapatan kajian menunjukkan Peranan yang dimainkan oleh sindiket adalah dalam merekrut golongan juvenil sebagai pengedar dan juga untuk mengikat golongan Juvana ini daripada menjauhkan diri daripihak sindiket setelah mereka bebas dari tahanan kelak. Dengan mewujudkan satu dasar yang lebih manjur dan sistematik seperti konsep keselamatan sosial diwujudkan bagi menangani ancaman terhadap juvenil diharap golongan ini dapat menyumbang terhadap pembangunan dan keselamatan negara pada masa hadapan.

Katakunci: dadah, juvenil, keselamatan, neolibralisme, sindiket dadah, tahanan

The issue of international drug abuse and illicit drug trafficking is a problem that is often associated with transnational organised crimes. Malaysia is of no exception where the threat from drug syndicates has become more prevalent especially since the existence of the internet facilities all over the world. This paper examines the reasons why juveniles are exposed to illicit drugs, vulnerable to fall victims of these substances , and risk being caught as Juvana offenders. Applying neoliberalism theoretical approach, this study collected primary data through document analysis, case studies, and in-depth interviews of selected Juvana offenders. The findings revealed the roles of the syndicates in recruiting juveniles as traffickers as well as in preventing them from staying away from the syndicate after being released from detention. It is envisaged that by formulating a more effective and systematic policy based on empirical findings, the threat to juveniles from illicit drug traffickers can be addressed accordingly and will in turn enable them to further contribute to the development and security of the country.

Keywords: detention, drug syndicates, illicit drug, juvenile, neoliberalism, security


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.