Analisis spasial sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian di Kabupaten Sleman, Indonesia (Preserving farmland in Sleman Regency, Indonesia: A spatial analysis of farmers’ decision making)

Rika Harini, Hadi Sabari Yunus, Kasto Kasto, Slamet Hartono

Abstract


Bilangan penduduk yang meningkat secara langsung akan berdampak kepada sumber tanah untuk memenuhi keperluan hidup. Sebagai sumber yang terhad dan tidak dapat diperbaharui dari segi kuantiti maka keberadaan tanah perlu mendapat perhatian khasnya tanah pertanian. Pertukaran gunatanah pertanian akibat peningkatan bilangan penduduk tidak dapat dihindarkan. Perkara tersebut jika dibiarkan terus akan menyebabkan pertukaran gunatanah yang tidak terkawal. Akibat yang ditimbulkan selain mengancam keselamatan makanan kemungkinan lain adalah berlakunya kerosakan lingkungan. Sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian merupakan suatu kajian yang menarik untuk dikaji. Mengingat gencarnya pembangunan di luar sektor pertanian yang menggeser kegiatan pertanian terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi. Kajian ini dijalankan di Kabupaten Sleman yang dibahagi menjadi 3 zon kawasan yakni zon 1 kawasan dengan pertukaran gunatanah tinggi, zon 2 kawasan dengan pertukaran gunatanah sederhana dan zon 3 kawasan pertukaran gunatanah rendah. Metod pemerhatian dilakukan dalam kajian ini melalui temubual terhadap petani pemilik tanah pertanian. Analisis secara deskriptif dan uji statistik dengan model binary logistic dan Seemingly Unrelated regression (SUR) yang ditampilkan dalam bentuk sama ada jadual mahupun peta. Dapatan kajian menujukkan bahawa telah berlaku variasi pertukaran gunatanah di Kabupaten Sleman. Hasil uji sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian menunjukkan bahawa pemboleh ubah umur, paras pendidikan secara signifikan tidak mempengaruhi sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian. Berdasarkan hasil uji SUR menunjukkan bahawa berlaku variasi sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian dalam bentuk tanah sawah, ladang mahupun tanah pekarangan.

Katakunci: analisis spatial, corak sikap, pembuatan keputusan petani, tanah pertanian, pertukaran gunatanah, tekanan penduduk

 

Population increase tends to put pressure on land including farmland. Yet farmland conversion is not something to be conveniently ignored not just because it may pose a threat to food sufficiency and environmental integrity, but also because of the economic dilemma it brings to farmers . Farmers thus hold the key in the decision to convert or not to convert their farmland to non-agricultural uses. To understand some of the dynamics that play out in such decision making this study examined the attitudinal pattern of 383 farmers in Sleman Regency, Indonesia. The sampled farmers were spatially classified into three zones where Zone 1 represented the area with high level of conversion, Zone 2 medium and Zone 3 low. The field data were then analysed and tested with logistic binary models and the Seemingly Unrelated Regression (SUR) results presented in tables and maps. Results of the analysis reveal variations in the farmers attitudes with regard to farmland conversion in the study area although age and education are not the determinants.

Keywords: attitudinal pattern, farmers’ decision making, farmland, land conversion, population pressure, spatial analysis


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.