Pembangunan usahawan tani melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR): Satu kajian kes ( The development of agro-entrepreneurs through Corporate Social Responsibility initiatives: A case study in Pasir Puteh Kelantan)

Sarmila MS, Ramli Z, N Lyndon, Azima AM, Suhana S, Rosniza Aznie, S Selvadurai

Abstract


Pembangunan usahawan Tani adalah merupakan salah satu usaha yang boleh dibangunkan oleh syarikat korporat melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi tujuan untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti. Kertas ini akan membincangkan sumbangan yang telah dilakukan oleh sebuah syarikat korporat multinasional di Malaysia melalui pelaksanaan projek CSR perladangan cili kontrak terhadap kewujudan usahawan tani di Pasir Puteh Kelantan. Seramai 45 petani yang terlibat dengan program CSR syarikat telah ditemu bual bagi mengenal pasti sejauh mana sumbangan CSR telah membangunkan komuniti tani yang terlibat. Kajian yang menggunakan pendekatan kontruktivisme ini telah menggunakan analisa tematik terhadap data temu bual kajian. Tema-tema kajian mendapati melalui program CSR, petani berpeluang untuk memiliki, mengelola dan mengurus ladang serta menanggung risiko pengeluaran tani mereka. Tema-tema ini menunjukkan wujudnya usahawan tani di kalangan komuniti yang terlibat dengan projek CSR yang dilaksanakan tersebut. Selain dari itu sumbangan dari pihak syarikat dan juga pihak kerajaan melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) juga membantu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan usahawan tani ini.

Katakunci: analisis tematik, enterprais tani, usahawan tani, Tanggungjawab Sosial Korporat, pendekatan konstruktivis, petani

Development of agro-entrepreneurs is an effort at improving the quality of life of the community that can be contributed by a corporation through its Corporate Social Responsibility (CSR) initiatives . This paper analyses the contribution that has been made by a multinational company in Malaysia through the implementation of its CSR chili farming projects with a group of farmers in Kelantan’s Pasir Puteh. A total of 45 farmers involved with the CSR project was interviewed in depth to determine the extent of the CSR contribution in developing their agro - preneurship. The study adopts the constructivist approach by thematically analysing the primary data collected. The themes identified from the research analysis pertained to farmers having the opportunity to own, to operate and to manage the farm and at the same time bearing the risk of their enterprise, all indicators of the development of entrepreneurship of the farmers . In the final analysis the study found that the corporation and the government through Local Farmers Associations had all assisted in the creation of an effectively enabling environment for the entrepreneurship development of the farmers.

Keywords: agro-enterprises, agripreneurs, constructivist approach, Corporate Social Responsibility, farmers, thematic analysis


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.