Pilihan Raya Umum 2013: Penolakan berterusan pengundi di Kelantan terhadap Barisan Nasional (Malaysia’s General Election 2013: Kelantan voters’ continued rejection of Barisan Nasional)

Mohd Faidz Mohd Zain, Samsu Adabi Mamat, Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali

Abstract


Pilihan Raya Umum 2013 (PRU 13) telah diadakan pada 5 Mei 2013. Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan pemerintahan di Malaysia namun bagi di negeri Kelantan, BN terus ditolak oleh rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan terus memberi mandat kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk penggal ke-6 berturut-turut apabila berjaya menguasai majoriti 2/3 kerusi DUN dengan PAS menang 32 kerusi, BN 12 kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) satu kerusi. Apa yang uniknya pilihan raya di Kelantan, pertembungan dua parti politik Melayu ini sering kali memperlihatkan persaingan sengit antara dua buah parti ini. BN terus ditolak oleh rakyat Kelantan terutama di kawasan bandar dan pekan-pekan kecil di Kelantan. Berdasarkan temubual dengan beberapa pemimpin parti politik di Kelantan dan rujukan bahan sekunder, dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor utama BN terus ditolak oleh rakyat Kelantan adalah kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz disamping kegagalan Gelombang Merah di Kelantan serta sokongan pengundi bandar kepada PAS. Secara ringkasnya, persaingan dua parti ini di Kelantan lebih tertumpu kepada semangat kepartian kerana majoriti rakyat Kelantan adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam. Jadi isu perkauman, kenaikan harga barang, isu bekalan air dan isu tanah tidak mempengaruhi secara keseluruhan keputusan pilihan raya di Kelantan. Namun demikian semangat kepartian ini menjadi faktor utama PAS masih lagi memerintah di Kelantan. Berdasarkan keputusan PRU 2013, keinginan rakyat Kelantan untuk menukar kerajaan tetap ada, tetapi masih sayangkan kepada kepimpinan PAS di negeri ini.

Katakunci: Barisan Nasional, Kelantan, Melayu, PAS, Pilihan Raya Umum, Tok Guru Nik Abdul Aziz


The General Election 2013 (GE-13) saw the continued rejection of the UMNO-BN by the people of the northeastern state of Kelantan and the continued ushering of the Parti Islam Se-Malaysia (PAS) for the 6th consecutive term. Based on field interviews of selected party political leaders in Kelantan and secondary sources of information this study found three success factors of the PAS : (1) the charismatic leadership of the supreme religious leader Tok Guru Nik Abdul Aziz; (2) the failure of the UMNO-BN’s ‘Gelombang Merah’ campaign to convince local voters to swith to an UMNO-BN government; and (3) solid support of the Kelantan’s urban voters for PAS. In other words the two-party competition in Kelantan was decided more by religious spirit and loyalty as the majority of the Kelantanese are Muslim. Thus, such socio-economic issues as racism, rising costs of living, water supply and land issues did not affect the overall outcome of the elections. Although the results of the 2013 elections did reflect to some extent the latent desire of the Kelantanese for a change in government the strength of the PAS religious leadership rendered it still able to prevail in this state.

Keywords: Barisan Nasional, charismatic religious leadership, Kelantanese, PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz, State General Election


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.