Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di Kelantan (Cultural and environmental factors in the educational performance of Malaysian aboriginal children: A Kelantan case study)

Wan Afizi Wan Hanafi, Shaharuddin Ahmad, Noraziah Ali

Abstract


Meningkatkan taraf hidup golongan rentan seperti komuniti orang asli memang merupakan tujahan utama dalam perjuangan panjang Malaysia merealisasikan pembangunan yang inklusif dan setara. Untuk ini pendidikan formal bagi anak orang asli memang dianggap sebagai mekanisma paling tepat. Kertas ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisis faktor yang mempengaruhi prestasi pendidikan anak-anak Orang Asli. Kajian dijalankan di SK Pos Brooke dan SK Pos Pulat yang terletak di Jajahan Gua Musang Kelantan. Data kajian di perolehi melalui kaedah soalselidik, temubual dan permerhatian di lapangan. Respoden kajian melibatkan 26 orang guru dan 50 orang ibu bapa Orang Asli. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan prestasi pendidikan pelajar Orang Asli di kawasan kajian berada di peringkat yang sangat rendah, walaupun pelbagai pembangunan infrastruktur dan pelbagai program pendidikan telah dilaksanakan untuk mereka. Faktor yang dikenalpasti mempengaruhi prestasi pencapaian pendidikan anak-anak Orang Asli ialah sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak, pelajar kurang motivasi, halangan oleh persekitaran fizikal dan budaya yang tidak menerima kemajuan serta cabaran guru. Bagi meningkatkan prestasi pendidikan generasi muda Orang Asli maka perlulah penyusunan semula program pendidikan untuk Orang Asli oleh semua pihak yang berwajib.

Katakunci: golongan rentan, halangan alam sekitar, motivasi pelajar, orang asli, pembangunan pendidikan, rintangan budaya


Uplifting the standard of living of vulnerable groups such as the aboriginal communities has always taken centre stage in Malaysia’s long struggle for inclusive and equitable development. Towards this end formal education for the aboriginal children is considered the ultimate mechanism. This article aims to identify and analyse the actual factors that influence the educational performance of the aboriginal children. The study was conducted at the School of Pos Brooke and Pos Pulat in the District of Gua Musang, Kelantan. Data for this study were obtained through field observations, questionnaire surveys and interviews of 26 school teachers and 50 aboriginal parents. In general, the results showed that the overall educational performance of the aboriginal children in the study area was very low despite the implementation of various infrastructures and educational programmes specially tailored for them. Factors influencing such a sorry state of affair had been identified to be the indifferent attitude of parents towards their children’s education, the children’s own lack of motivation, the impeding physical environment, and certain cultural elements that hindered the children educational development and proved gravely challenging for the teachers. To rectify the situation the educational programme for the aboriginal people would need some restructuring and tinkering by the relevant agencies and authorities.


Keywords: aborigines, children’s motivation, cultural hinderance, educational development, environmental constraints, vulnerable communities


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.