Membentuk imejinasi penjajahan bangsa Indonesia menerusi filem dokumentari – Kes “Pramoedya AnantaToer by Amgrim Ytterhus” (Moulding the colonial imagination of Indonesians through documentary films - The case of "Pramoedya Ananta Toer by Amgrim Ytterhus")

Mohd. Nor Shahizan Ali, Novel Lyndon, Mohamad Fauzi Sukimi, Jalaluddin Abdul Malek, Ahmad Rizal Mohd Yusof

Abstract


Penjajahan Belanda di Indonesia selama tiga setengah abad, dari abad 17 sampai pertengahan abad 20. Filem dokumentari “Pramoedya Ananta Toer by Arngrim Ytterhus” merupakan sebuah filem dokumentari yang menumpukan kepada kehebatan pentadbiran Belanda sepanjang penjajahan di Indonesia. Setiap aspek yang divisualkan dalam dokumentari ini menjadi perlambangan kepada kehebatan penjajahan Belanda di sebalik pemaparan hasil penulisan Pramoedya Ananta Toer yang menceritakan tentang kesan penjajahan tersebut. Oleh kerana rentetan faktor sosial, teknologi dan pengaruh budaya luar yang mempengaruhi pemikiran bangsa Indonesia terhadap sejarah negara sendiri telah menghasilkan pelbagai interpretasi dalam kalangan rakyat Indonesia tentang penjajahan Belanda, maka “Pramoedya Ananta Toer by Arngrim Ytterhus” telah menjadi bahan sampingan yang secara senyap cuba menyuntik nilai kehebatan Belanda di mata masyarakat Indonesia . Persoalannya, adakah mesej kehebatan penjajahan Belanda ini dapat mencapai imejinasi bangsa Indonesia seperti golongan pelajar pendidikan tinggi. Temubual ke atas penonton filem dokumentari ini (golongan pelajar Indonesia yang belajar di Malaysia) telah dijalankan untuk mendapatkan pandangan mereka tentang mesej kehebatan Belanda ini menerusi elemen visual yang ditunjukkan oleh dokumentari ini. Adakah mereka melihatnya sebagai sesuatu yang menggambarkan keadaan sebenar atau hanya sekadar sebuah perlambangan kehebatan (propaganda) Belanda? Model komunikasi visual menjangkakan bahawa mesej kehebatan Belanda ini akan dapat dirasakan kebenarannya oleh penonton selagi setiap elemen visual yang ditayangkan adalah didasari oleh bahasa yang dapat dihayati maknanya oleh penonton. Bagaimanapun, hasil kajian ini menolak pandangan tersebut: pelajar tinggi Indonesia tidak mengiktiraf mesej kehebatan penjajahan Belanda kerana realiti yang wujud (Halliday) menurut pengalaman sebenar bangsa Indonesia tidak mengabsahkan kehebatan penjajahan Belanda ini.

Katakunci: bangsa Indonesia, filem dokumentari, interpretasi makna, komunikasi visual, literasi media, propaganda


Dutch colonialism in Indonesia lasted for three and a half centuries, from the 17th century until the mid-20th century. The documentary film "Pramoedya Ananta Toer by Arngrim Ytterhus" is a documentary film that focuses on this entire span of the Dutch colonial rule. Every visual aspect of this documentary was to symbolise subtly the grandeur of Dutch colonialism despite the fact that Ananta Toer’s writings were about its negative impacts. Since a string of social, technological and external cultural influences has resulted in various imaginations of the Dutch episode among Indonesians "Pramoedya Ananta Toer by Arngrim Ytterhus" was to quietly inject the historiography and the grandeur of the colonial Dutch in the eyes of Indonesians. The question is whether the message was able to reach the imagination of Indonesians such as students of higher learning. Interviews with Indonesian students studying in Malaysian universities were conducted to obtain their views on the visual elements shown by the documentary. Do they see them as reflecting the actual situations or simply just a symbolism of the colonial Dutch grandeur? Models of visual communication often suggest that the audience will be able to understand each visual element displayed as long as it is overlain by language that they can comprehend. These findings, however, reject such a view: the Indonesian students did not recognise the message of the Dutch colonial grandeur as the reality that existed (Halliday) as authentically experienced by Indonesians did not testify to it.

Keywords: film documentary, Indonesian nation, interpretation of meaning, media literacy, propaganda, visual communication


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.