Kebolehupayaan sistem penuaian hujan sebagai bekalan air alternatif di Malaysia: Suatu penelitian awal (The reliability of rainwater harvesting system as an alternative source of water supply in Malaysia: A preliminary study)

Shamsuddin Man, Noorazuan Md Hashim, Asmala Hj Ahmad, Khin Maung Thet, Nurul Safiah Sidek

Abstract


Sistem Penuaian Air Hujan dianggap sebagai Kaedah Pengurusan Terbaik atau "Best Management Practice (BMP)" yang diamalkan di Malaysia. Sistem ini bukan sahaja bertujuan untuk melambatkan aliran air larian permukaan malahan ianya juga dijadikan sebagai sumber bekalan air alternatif yang percuma dan selamat digunakan. Terdapat juga pandangan yang mengatakan sistem tersebut tidak viable dan praktikal memandangkan kos binaan dan penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna sistem berkenaan. Bagaimanapun, terdapat beberapa kajian di dalam dan diluar negara menunjukkan faktor ‘return on capital’ atau ROC bagi sistem ini hanyalah di dalam tempoh masa yang pendek, iaitu antara dua hingga tiga tahun. Artikel ini cuba meneliti tapak pelaksanaan sistem berkenaan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai makmal ujikaji khusus. Hasil pengoperasian sistem analisis TANGKINAHRIM (2010), telah mendapati taburan hujan yang konsisten sepanjang tahun, di samping keluasan tapak tadahan air yang besar dan mencukupi untuk kegunaan operasi pejabat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kebolehpercayaan terhadap sistem berkenaan adalah tinggi iaitu 89.3% dan didapati saiz tangki yang optimum adalah di sekitar 60 hingga 65 meter padu air yang mampu diisi. Anggaran saiz berkenaan adalah didapati bersesuaian dengan saiz tadahan, jumlah populasi (pengguna) dan juga perletakan lokasi yang strategik.

Katakunci: bekalan air alternatif, BMP, kebolehupayaan sistem, NAHRIM, penuaian air hujan, tadahan


Rainwater harvesting system is considered as a Best Management Method or Best Management Practices ( BMP ) in Malaysia. This system is not only meant to slow down the flow of runoff but also to serve as an alternative source of water supply that is free and safe to use. Although there is the view that the system is not viable and practical in terms of the construction and maintenance costs to users, there have been studies in and outside the country which show that the return on capital ( ROC) of this system takes only between two to three years. This paper examines the system performance at an experimental laboratory site in the Universiti Kebangsaan Malaysia campus known as TANGKINAHRIM. The operation results of this analysis system have found consistent rainfall throughout the year (2010) and a large water catchment site sufficient for the daily needs of the Faculty of Social Sciences and Humanities. The reliability of the system was found to be high at 89.3%. Finally, the optimal water tank size of 60 to 65 cubic meters was found to be appropriate for the size of the catchment and the total population of users, signifying the strategic location of the laboratory site.

Keywords: alternative water supply, BMP, catchment, NAHRIM, rain harvesting, system reliability


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.