Pengurusan bandar warisan UNESCO dan penglibatan komuniti tempatan: Kajian kes di George Town, Pulau Pinang (Management of UNESCO heritage city and local community involvement: A case study of George Town, Penang)

Solihah Mustafa, Mazdi Marzuki, Ruzanna Syamimi Ramli, Jabil Mapjabil, Mohammad Kadir Zainal Abidin, Mohamad Pirdaus Yusoh

Abstract


Meskipun kajian tentang tapak warisan dunia di peringkat antarabangsa telah bermula sejak tahun 1945, namun kajian tentang pemuliharaan bandar tapak warisan dunia di Malaysia masih lagi kurang. Kajian ini mengenal pasti program tapak warisan UNESCO di bandar George Town, Pulau Pinang yang melibatkan komuniti tempatan; meneliti bentuk, jenis dan tahap penglibatan komuniti tersebut; dan mencadangkan langkah-langkah meningkatkan penglibatan komuniti dalam aktiviti pemuliharaan bandar kajian. Kajian inimenggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian. Dapatan kajian daripada 27 orang responden menunjukkan bahawa hanya 20.6% responden sahaja yang pernah terlibat dengan aktiviti pemuliharaan. Oleh itu, boleh dirumuskan tahap penglibatan komuniti secara keseluruhannya masih lagi rendah. Dapatan kajian temu bual mendalam dengan pegawai mendapati banyak program atau projek pemuliharaan yang dijalankan. Namun, kebanyakan program ini hanya tertumpu kepada kumpulan tertentu seperti pemilik rumah atau bangunan, kontraktor, ahli akademik dan pihak pengurusan. Kajian ini turut mendapati majoriti komuniti berminat terhadap proses pemuliharaan tetapi tidak dilibatkan. Secara keseluruhan, bentuk penglibatan komuniti terhadap pemuliharaan adalah bersifat tidak ketara (intangible). Komitmen pihak berkepentingan dari sudut pengurusan, pemantauan dan pendanaan adalah penting dalam memastikan kelestarian warisan berterusan. Dapatan ini penting kepada pembuat dasar seperti Jabatan Warisan Negara untuk meneliti semula tahap, jenis dan bentuk penglibatan komuniti agar menepati aspirasi komuniti dan bandar lestari.

Katakunci: konservasi warisan, penglibatan komuniti tempatan, pengurusan bandar, pengurusan warisan lestari Pulau Pinang, UNESCO

Although at the international level studies on community involvement in the management of UNESCO heritage sites have begun since 1945, in Malaysia such studies only started in 2000 . To fill this gap this study examined the extent, form and challenges of community involvement in the conservation of Penang’s world heritage site of George Town. In-depth interviews with 27 respondents revealed that only 20.6% of them had been involved in conservation activities thus denoting the low level of community involvement is still low in current heritage sites conservation. In-depth interviews with officials found that numerous conservation programmes or projects were implemented but that they mostly focused on particular groups such as owners of homes or buildings, contractors, academicians and bureaucrats, to the exclusion of interested members of the local community who. Given the relative absence of tangible community involvement the commitment of stakeholders with respet to management,
monitoring and funding became all the more important in ensuring heritage sustainability. Hence the relevance of these findings to the National Heritage Department in factoring future community involvement into the conservation task of heritage sites.

Keywords: heritage conservation, local community participation, Penang, sustainable heritage management, UNESCO heritage site, urban management


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.