Imej pelancongan Putrajaya dalam media sosial: Perspektif pengguna Tripadvisor (The Putrajaya tourism images in social media: Tripadvisor users’ perspectives)
Abstract
Kebanyakan bakal pelancong akan merujuk ulasan dalam talian sebelum membuat keputusan perjalanan mereka. TripAdvisor memberi peluang kepada pengunjung untuk berkongsi maklumat dan pengalaman perjalanan mereka kepada orang ramai. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kedudukan produk pelancongan Putrajaya dan menganalisis imej yang tergambar dalam minda pelancong mengenai Putrajaya sebagai destinasi pelancongan. Metodologi kajian ini menggunakan analisis kandungan melalui cyber visit ke atas laman sesawang TripAdvisor untuk mengetahui pandangan dan ulasan pelancong. Hasil kajian mendapati kebanyakan pengunjung menyuarakan pandangan yang positif mengenai produk pelancongan Putrajaya secara keseluruhannya, namun pandangan negatif juga diutarakan. Imej yang bercampur-campur mengenai Putrajaya ini akan memberi implikasi dalam permintaan pelancongan Putrajaya. Kajian ini menyimpulkan bahawa perspektif penggguna online menyumbang kepada dimensi baru sebagai asas dan panduan dalam menilai pembentukan imej Putrajaya sebagai destinasi pelancongan unggul dalam peta pelancongan dunia.
Katakunci: cyber visit, imej destinasi, media sosial, pelancong, pelancongan, Tripadvisor
Most travelers will refer to online reviews before making travel decisions. TripAdvisor provides an opportunity for visitors to share their informations and experiences to the public including tourists. The aim of this study was to identify the Putrajaya tourism products ranking and analyze Putrajaya image as a tourist destination in the minds of tourists. This study was conducted using a content analysis of the TripAdvisor website to find out tourists reviews and comments. The study found that most of the tourists have expressed a positive opinion about Putrajaya tourism as a whole, but negative reviews were also expressed. Mixed images will have implications on Putrajaya tourism demand. This research concludes that online users’ perspectives provide a new dimension on guidance and foundation in assessing the establishment of Putrajaya image as a tourist destination in the world tourism map.
Keywords: cyber visit, image destination, social media, tourism, tourist, Tripadvisor
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.