Impak pembangunan Bandar Baru Nusajaya Wilayah Iskandar Malaysia terhadap kesejahteraan hidup penduduk asal setempat (The development impact of Nusajaya New Town, Iskandar Malaysia on the social well-being of the local population)

Katiman Rostam, Abdul Rahim Md. Nor, Er Ah Choy, Aishah@Eshah Mokamed, Zaini Sakawi, Hasan Mohd Nor, Rosniza Aznie

Abstract


Pembangunan Bandar Baru Nusajaya, Wilayah Iskandar Malaysia sebagai sebuah projek mega di Negara ini, memberi impak langsung kepada penduduk asal setempat. Menggunakan maklumat yang dikumpulkan melalui kaji selidik di lapangan, kajian ini bertujuan untuk membuat penilaian awal terhadap impak pembangunan bandar baru tersebut ke atas isi rumah terbabit. Impak sosioekonomi yang bersifat segera adalah penduduk kehilangan suasana kehidupan tradisional, penempatan semula ke kawasan bandar baru, perubahan pekerjaan isi rumah dan peningkatan pendapatan bulanan. Bagitu juga dari segi peningkatan kualiti rumah kediaman dan ketersampaian kepada kemudahan perkhidmatan sosial. Sebahagian besar isi rumah yang terlibat dengan projek tersebut telah dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa setelah tinggal di bandar baru tersebut. Kajian ini juga mendapati bahawa masalah keselamatan belum lagi menjadi ancaman kepada kehidupan mereka dan hubungan kejiranan masih lagi rapat. Walau pun begitu ramai yang merasakan bahawa tahap amalan agama, terutamanya dalam kalangan remaja kian menurun. Majoriti mengamalkan agama pada tahap sederhana dan ramai juga yang tidak ambil peduli. Fenomena ini, walau pun sesuatu yang lazim bagi sebuah masyarakat yang sedang mengalami perubahan pesat, memerlukan suatu polisi yang khusus bagi menanganinya.


Katakunci: amalan agama, Bandar Baru Nusa Jaya, kejiranan, pembangunan wilayah, penempatan semula, kesejahteraan sosial


The mega development of Nusajaya New Town in Malaysia’s Iskandar Development Region has brought direct impact on the local public. Using information gathered through a field survey, the present study conducted a preliminary impact assessement of this development project on local households. On the positive side, some households found increased monthly income; better housing quality; better access to social service facilities; greater neighbourhood security; and normal neighbourhood social remaining intact. On the negative side, it was found that the immediate social and economic impacts were the loss of a traditional way of living; the involuntary relocation of the affected people to new township; the unplanned change of employment for some segments of the local public; declining religiosity of the local populace particularly among the youth. Although the latter is symptomatic of a society undergoing a rapid change, a policy that specifically addresses the negative social impacts would be particularly welcome in the country.


Keywords: neighbourhood, Nusa Jaya New Town, regional development, religious practices, resettlement, social well-beings


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.