Prestasi program pemberdayaan ekonomi masyarakat pesisir di Jakarta Utara, Indonesia: Satu penilaian awal (The economic empowerment p rogramme for coastal communities in North Jakarta , Indonesia: A preliminary assessment)

Dara Aisyah, Katiman Rostam, Abd Hair Awang

Abstract


PEMP adalah satu program awam yang bertujuan untuk meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat pesisir pantai, terutamanya isi rumah miskin. Sejak dilaksanakan pada 2001, program ini telah melalui beberapa fasa pembaikan. Namun, hingga saat ini keadaan masyarakat miskin tidak berubah. Makalah ini bertujuan untuk menilai prestasi PEMP dari aspek formulasi polisi dan implementasi program serta prestasi organisasi khususnya tentang mekanisme pengelolaan program dengan rujukan khas kepada Kabupaten Jakarta Utara. Menggunakan rekod dan laporan rasmi pelbagai agensi di kantor peringkat pusat, kabupaten dan kecamatan selain pemerhatian serta temu bual mendalam dengan isi rumah dan pegawai di agensi pelaksana terbabit, kajian mendapati beberapa penemuan menarik. Pertama, prinsip yang dijadikan garis panduan bagi pelaksanaan progam telah tidak diikuti oleh agensi pelaksana di peringkat kabupaten dan kecamatan. Pelbagai amalan salah laku juga turut dikesan. Kedua, evaluasi output menunjukkan bahawa sebahagian besar pinjaman melalui Dana Ekonomi Produktif dimanfaatkan oleh isi rumah pedagang yang tidak miskin. Ketiga, Koperasi LEPP-M3 yang ditubuhkan bagi meningkatkan tahap kecekapan pengurusan dana pinjaman, juga gagal mencapai matlamatnya. Masyarakat pesisir tiada akses dan tidak mampu membuat pinjaman. Jika membuat pinjaman pun rekod menunjukkan bahawa mereka tidak mampu melunasi pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan. Kajian ini menunjukkan walau pun pemerintah berjaya melaksanakan Program PEMP terutamanya dari segi output kewangan dan penubuhan pelbagai agensi, namun prestasinya lemah dan tidak cekap. Suatu polisi, strategi dan program yang lebih sesuai perlu dibentuk untuk menggantikan program PEMP.

Kata kunci: amalan salah laku PEMP, Dana Ekonomi Produktif, Indonesia, ketidak cekapan PEMP, penilaian output PEMP, program pemerkasaan ekonomi

Indonesia’s economic empowerment programme for coastal communities (PEMP) is a public programme with the objective of enhancing the wellbeing of poor coastal community households. Since its inception in 2001 and after several phases of improvement, the living conditions of the coastal poor households remain unchanged. This paper presents the findings of a study aimed at assessing the PEMP performance with regard to the mechanism used in managing the programme with special reference to the province of North Jakarta. Using official records and reports of various agencies available at faderal, kabupaten and kecamatan levels together with information gathered through field observation and indepth interviews with household heads and officers incharge, the study reveals four important findings: (1) Non-compliance and malpractices were prevalent among the implementing agencies at kabupaten and Kecamatan levels; (2) Most of the loans, particularly Economically Productive Grant (DEP), had been given out to households members that were not poor; (3) Agencies such as the Cooperative of LEPP-M3 which was entrusted with improving the level of efficiency in managing the loans had also failed to live up to expectation; and (4) Many of the poor households remained ignorant and deprived of access to the loan facilities, and failed to pay back loans within the specified period. In conclusion, although the government has succeeded in implementing the PEMP, the overall performance of the programme may be considered weak and inefficient. A more appropriate policy, strategy and programme should be formulated to replace the PEMP.

Keywords: economic empowerment programme, Economic Productive Grant, Indonesia, PEMP inefficiency, PEMP malpractices, PEMP output evaluation


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.