Penolakan sentimen etnik dalam politik semasa Malaysia: Kes pilihan raya kecil 2009 Bukit Selambau, Kedah (The rejection of the politics of ethnic sentiments in contemporary Malaysia: The case of the 2009 Bukit Selambau, Kedah by - election)
Abstract
Etnik merupakan faktor penting dalam mempengaruhi proses dan pola tingkahlaku politik di Malaysia. Dengan keadaan demografi dan struktur ekonomi penduduk Malaysia yang berbilang kaum maka politik perkauman telah sekian lama diterima oleh majoriti pengundi negara ini sejak merdeka. Bagaimanapun, politik perkauman telah tercabar dan ditumbangkan di beberapa negeri, termasuk Kedah, dalam pilihanraya umum 2008. Kertas ini menganalisis pendapat umum pra-pilihanraya oleh pelbagai etnik penduduk tempatan mengenai pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau, Kedah dan membandingkannya dengan keputusan sebenar pilihanraya kecil tersebut. Secara keseluruhannya, hasil kajian pendapat umum ini menunjukkan bahawa 41.2 peratus responden Melayu, 45.5 peratus responden Cina dan 41.1 peratus responden India menyatakan PKR akan mengekalkan kerusi DUN Bukit Selambau. Dapatan ini adalah selaras dengan keputusan pilihan raya kecil pada 7 April 2009 yang memihak kepada PKR. Pada zahirnya keputusan pilihan raya kecil ini menunjukkan majoriti pengundi menolak politik perkauman Barisan Nasional dan menyokong ideologi ‘Makkal Sakthi’ atau kuasa rakyat PKR. Ia juga menunjukkan impak keputusan pilihan raya umum 2008 yang lalu masih kekal dimana pengundi memilih pakatan parti yang menguasai Kerajaan Negeri Kedah supaya wakil rakyat yang mereka pilih berpeluang dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri. Keputusan pilihan raya kecil ini juga jelas menunjukkan bahawa pihak yang tewas iaitu BN perlu melakukan 'post mortem' secara terperinci, telus dan tegas bagi memperbaiki kelemahannya. Ini kerana apa yang berlaku dalam pilihan raya kecil tersebut tidak harus dilihat sebagai 'kalah di satu kerusi sahaja' tetapi perlu dilihat dalam skop yang lebih luas dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Katakunci: ideologi politik, Makkal Sakthi, pendapat umum, pilihan raya kecil, pilihan raya umum, politik perkauman
Ethnic sentiments had always predominated the Malaysian political scenes ever since the country’s independence from the British rule in 1957 due to the peculiar colonial legacy of the ethnic factor in the demographic and economic structures of the country. However, this long accepted and practiced politics of ethnic sentiments was challenged and rejected in a number of states, including Kedah, during the general elections of 2008. This paper analyses public opinions before the Bukit Selambau, Kedah 2009 by-election and compares the findings with the actual result of the by-election. Overall, results of the public opinion analysis demonstrated that 41.2, 45.5 and 41.1 percent of Malay, Chinese and Indian respondents respectively expected that the PKR would retain Bukit Selambau. This expectation was vindicated by the actual results of the by-election held on 7th. April 2009. The by-election verdict indicated the rejection of the Barisan Nasional’s politics of ethnic sentiments in favour of the PKR’s ‘Makkal Sakthi’ (people’s power) ideology. It also denotes the logic of local electorates in wanting to vote in a candidate with the highest chances of being appointed a member of the powerful state executive committe. It signals, too, the imperative of some serious soul searching and detailed 'post mortem' on the part of the vanquished Barisan Nasional if it were to fare well in future elections.
Keywords: by-election, ethnic politics, general election, Makkal Sakthi, political ideology, public opinion
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.