Kesertaan digital dan kelestarian telecenter pelbagai fungsi di Indonesia dan Malaysia. (Digital inclusion and the sustainability of multifunctional telecenters in Indonesia and Malaysia)
Abstract
Telecenter bermaksud satu premis yang menjadi pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk penduduk desa mendapat maklumat dan ilmu. Peranan telecenter ialah untuk merapatkan jurang digital dan jurang sosio-ekonomi antara penduduk desa dan bandar. Ini bermakna faedah makronya telecenter merupakan pusat `membandarkan desa melalui reruang siber’. Berdasarkan faedah tersebut, pembangunan telecenter perlu dilihat lebih luas peranannya dalam `membandarkan desa melalui reruang siber’. Pembangunan telecenter seperti mana yang difahami sebelum ini hanya untuk mendedahkan penduduk desa dengan kemahiran ICT dan internet. Telecenter pada abad ke 21 di desa-desa perlu berupaya meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk desa. Ini kerana peranan telecenter abad ke 21 lebih luas peranannya seperti membangun aspek politik dan pentadbiran, ekonomi, sosial dan budaya, teknologi, pendidikan, serta undang-undang dan peraturan masyarakat desa. Ini bermakna peranan telecenter dalam `membandarkan desa melalui reruang siber’ bukan sekadar `telecenter’ yang difahami selama ini, tetapi lebih kepada pembangunan telecenter pelbagai fungsi (multipurpose telecenter - MTC). Pembangunan MTC merangkumi empat aspek utama. Pertama dari aspek infrastruktur dan perkhidmatan, kedua dari aspek pembangunan dan keusahawanan, ketiga dari aspek e-pembelajaran dan pembelajaran berterusan, dan yang terakhir dari aspek pembangunan industri perkhidmatan dan industri kreatif (quarnary sector). Persoalannya adakah MTC dapat memenuhi keempat-empat aspek tersebut ? Adakah MTC boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan masyarakat berpengetahuan di Malaysia dan Indonesia khususnya di desa-desa ? Metodologi yang digunakan untuk melihat pencapaian pembangunan MTC ialah melakukan analisis diskriptif berdasarkan satu contoh pembangunan telecenter di Malaysia dan di Indonesia. Kemudiannya dibuat perbandingan berasaskan pencapaian MTC masing-masing.
Katakunci: Indonesia, kelestarian telecenter, kesertaan digital, Malaysia, reruang siber, telecenter
A telecentre is a premise which serves as the central information and communications technology (ICT) for rural society to obtain information and knowledge. Telecentres in the 21st Century should be able to enhance the standard of living and quality of life of villagers. This calls for the development of telecentres with multiple functions known as Multipurpose Telecentres (MTC). The MTC development covers four main areas, namely, infrastructure and services, development and entrepreneurship, e-learning and lifelong learning, and industrial development and the Quartenary sector of creative services industry. The question which this paper focuses on, based on a descriptive and comparative analysis of Malaysian and Indonesian MTCs, was whether the telecentres in Indonesia and Malaysia did meet the criteria of multiple functions capable of catalysing the development of a knowledge society in their respective rural areas.
Keywords: cyber-space, development catalyst, digital inclusion, Multipurpose Telecentre (MTC), sustainable telecenter
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.