Ekopelancongan dan analisis sosioekonomi komuniti Ulu Dong (The socio-economy of local ecotourism - An analysis of the Ulu Dong community)
Abstract
Lata Jarum terletak di Daerah Raub, Pahang merupakan sebuah destinasi ekopelancongan yang dapat menarik pelancong dengan keindahan hutan semulajadi yang kaya dengan khazanah flora dan fauna. Ekopelancongan ialah
pelancongan yang memberi impak minimum serta menyumbang kepada pengekalan habitat dan spesies hidupan secara langsung dan tidak langsung termasuklah pengekalan kebudayaan masyarakat tempatan di samping dapat meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Projek ekopelancongan Lata Jarum dapat menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada komuniti setempat. Mereka berpeluang mengusahakan pelbagai jenis perniagaan seperti chalet, produk makanan tradisional, projek pertanian, perubatan berasaskan herba atau sebagai pemandu pelancong dan pengawal hutan. Penduduk setempat perlu memahami konsep ekopelancongan serta berusaha untuk melibatkan diri dalam projek eko-pelancongan. Komuniti setempat bakal menerima kesan pembangunan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Makalah ini bertujuan menganalisis sosioekonomi penduduk setempat di Mukim Ulu Dong. Kajiselidik dan temubual dilakukan terhadap informan utama iaitu penduduk di tiga buah perkampungan Melayu dan sebuah kampung Orang Asli di Mukim Ulu Dong. Kajian mendapati, majoriti komuniti di Mukim Ulu Dong bekerja sendiri dengan memperolehi pendapatan sebulan kurang daripada RM1000. Kaum belia kebanyakan mempunyai taraf pendidikan yang rendah. Walau bagaimanapun, terdapat juga komuniti yang terlibat dalam perusahaan IKS seperti perniagaan kedai runcit, pembuatan kraftangan, pertanian, pengeluaran produk makanan dan
perusahaan chalet namun bilangannya masih kecil. Penglibatan komuniti amat penting untuk menjadikan mereka lebih aktif dan efektif di samping dapat meningkatkan kesediaan komuniti untuk turut mencari peluang pekerjaan dalam bidang ekopelancongan.
Katakunci: ekopelancongan, faedah sosioekonomi, industri kecil dan sederhana, komuniti lokal, pembangunan, penyertaan sosioekonomi
Lata Jarum, located in Raub, Pahang is attracts tourists with its virgin forest and rich flora and fauna. Such ecotourism gives a minimum environmental impact, contributes to the preservation of the wildlife and improves the socio-economic status of the local community. The socio-economic benefits for the locals include a wide range of employment and businesses opportunities in the areas of chalet operation, traditional food production, agricultural projects, herbal medicine , and forest guide. Local residents need to understand the concept of eco-tourism and strive to be engaged in eco-tourism projects. This paper analyses the socioeconomic engagement of local communities in Mukin Ulu Dong by means of the findings of field in terviews of key informants from three indigenous Malay villages and one aboriginal village in Mukim Ulu Dong. The results indicated that the majority of the local community members stand to gain by further engagement in eco-tourism activities such as retail shops, handicrafts, agricultural activities, food production, hotels and chalets. Community involvement would only make them more active and effective, thus enhancing their preparedness to participate in the further development of local
ecotourism.
Keywords: development, ecotourism, local community, SME, socio-economic benefits, socio-economic engagement
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.