Persepsi komuniti terhadap masalah bau dari operasi tapak pelupusan Terbuka Krubung, Melaka (Community perception of the odour problems from open landfills in Krubung, Malacca)
Abstract
Bau merupakan salah satu komponen persekitaran yang sangat kompleks. Perubahan ke atas ciri semulajadi atau melalui aktiviti manusia ke atas sesuatu sumber bau boleh memberi kesan yang positif dan negatif. Kesan positif boleh dikesan melalui bau yang selesa, segar dan menyenangkan. Sementara kesan negatif mendatangkan kacau-ganggu, kesejahteraan kualiti hidup, kesihatan dan
psikologi individu. Rentetan itu, kajian ini membincangkan pencemaran bau dari tapak pelupusan secara terbuka di Krubong, Melaka. Fokus kajian adalah ke atas ciri utama intensiti bau, tahap keterdedahan dan tempoh bau berlangsung. Seterusnya impak pencemaran bau ke atas penerima sensitif dibincangkan berdasarkan persepsi mereka yang tinggal dalam lingkungan 5 kilometer dari tapak pelupusan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan intensiti bau di kalangan penerima sensitif berbeza-beza mengikut jarak dari tapak pelupusan. Begitu juga dengan impak negatif dari operasi tapak pelupusan menunjukkan variasi impak yang ketara.
Katakunci: impak bau busuk, pencemaran bau, pengurusan sisa buangan, sisa buangan pepejal, tanggapan komuniti, tapak pelupusan
Odour is a highly complex environmental quality liable to positive or negative change by human activities. Positive odours emit fresh and pleasant impacts while negative or foul odours affect human psychological well-being, health and general quality of life. This study discussed odour pollution from the open landfills of Krubong, Melaka. The focus was on odour intensity, the level of vulnerability and the period of odour dispersed. The impact of odour pollution on sensitive receptors within 5 kilometers were also discussed based on the local community’
s perception. The results showed that odour intensity and foul odour impact among sensitive receptors varied with distance from the landfills.
Keywords: community perception, impact of foul odour, landfills, odour pollution, solid waste, waste management
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.