Potensi bandar Kuala Lipis sebagai destinasi pelancongan warisan (The potential of Kuala Lipis as heritage tourism destination)
Abstract
Potensi bandar Kuala Lipis sebagai destinasi pelancongan warisan merupakan suatu kajian yang digarap berdasarkan bukti petempatan manusia yang telah bermula sejak 2500-2400 tahun yang lampau di lokasi kajian. Kajian memberi tumpuan utama terhadap tinggalan bangunan dan kawasan bersejarah yang berpotensi untuk diangkat sebagai aset pelaburan dan peningkatan sosioekonomi masyarakat tempatan berdasarkan kepada agenda pembangunan pelancongan. Objektif utama kajian adalah mengenalpasti lokasi yang berpotensi untuk dijadikan sebagai produk pelancongan warisan dan mengemukakan cadangan bagi memelihara warisan sejarah lokal. Analisis kuantitatif digunakan terhadap 100 orang penduduk tempatan menggunakan instrumen borang soal selidik. Hasil kajian mendapati gaya senibina bangunan warisan yang masih dikekalkan ialah seperti senibina nusantara, tradisional Melayu, selatan China, pengaruh Moghul, neo-klasikal, tudor, art-deco dan palladian (Sino-Malay). Kajian turut membuktikan bahawa penduduk tempatan di Kuala Lipis menerima dan bersedia untuk turut serta dalam aktiviti pelancongan warisan. Walau bagaimanapun, kekurangan kemudahan awam, kemudahan pengangkutan dan kelemahan dalam sistem kemudahsampaian telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Peningkatan aksesibiliti kemudahan awam yang sedia ada di bandar Kuala Lipis serta menjalankan promosi dilihat berupaya menarik lebih ramai kunjungan pelancong. Oleh itu, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan agar dapat mempertingkatkan mutu bandar Kuala Lipis sebagai destinasi pelancongan sekaligus menonjolkannya sebagai antara destinasi pelancongan warisan yang utama di Malaysia.
Kata kunci: bandar Kuala Lipis, komuniti tempatan, pelancongan warisan, persepsi, potensi, warisan
The potential of Kuala Lipis as a heritage tourism destination is based on the fact that humans have settled here since 2500-2400 years ago. This study focused on the remains of historical buildings and areas that have the potential to be designated as investment assets and to uplift the local socio-economy based on the tourism development agenda. The main objective of this study is to identify the potential locations for heritage tourism products and to propose recommendations for preserving the local heritage. Questionnaires were conducted on 100 local respondents and the finding is subjected to quantitative analysis. The results showed that the type of architectural heritage buildings is still preserved such as traditional Malay, South China, Moghul, neo-classical, Tudor, art-deco and Palladian (Sino-Malay). The study also proved that the locals in Kuala Lipis welcome and are willing to participate in heritage tourism activities. However, the lack of public facilities, transportation facilities and weaknesses in the accessibility system has caused dissatisfaction among locals. The enhancement of accessibility of existing public facilities in the city of Kuala Lipis as well as an increased promotion are seen as essential steps to attract more tourists. Therefore, appropriate attention should be given to improving the quality of Kuala Lipis city as a tourist destination as well as to introduce Kuala Lipis as one of the main heritage tourism destinations in Malaysia.
Keywords: Kuala Lipis city, community local, heritage tourism, perception, potential, heritage
https://doi.org/10.17576/geo-2018-1401-08
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Ang, K.huaH. (2015). Melaka sebagai pusat pelancongan dunia: Dapatkah dipertahankan? Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 11 (90), 75-85.
Ashworth, G.J. & Tunbridge, J.E. (1990). The touristic city. London. Belhaven Press.
Azima Abdul Manaf, Er Ah Choy, Rosniza Aznie Che Rose, Suhana Saad, & Noordeyana Tambi. (2010). Prospek dan kemajuan Bukit Fraser sebagai destinasi ekopelancongan. In Bio-Kejuruteraan Ekosistem dan Spesies 2010 Bukit Fraser. UKM & Bukit Fraser Development Corp.
Carol Boon, C.T., Noor Rita, M.K., & Faizah, A.R. (2014). Understanding Cultural Heritage Visitor Behavior: The Case of Melaka as World Heritage City. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 130, 1-10.
Chik, Abdul Razak, & Tahir Shaharuddin. (2004). Budaya dan warisan negara sebagai pemangkin kepada pelancongan lestari. In: Keusahawanan pelancongan potensi & isu-isu semasa. (pp. 89-107). Sintok, Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Er Ah Choy. (2013). Pembangunan pelancongan lestari di Melaka: Perspektif pelancong. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 11 (3), 12-23.
Fyall & Garrod. (1998). Managing heritage tourism. Annals of Tourism Research, 27 (3), 682 708.
Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh, Amriah Buang, Nor Ghani Mohd Nor, Lelawati Ismail, Er Ah Choy, Mohammad Saiful Nizam Aduluan, & Siti Nor Safiza Safiei. (2014). Transformasi Medan Pasar sebagai ikonik pelancongan warisan: Dimensi keperluan pengunjung dan tuntutan peniaga. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 10 (8), 138-153.
Halima Begum, Er, A.C., Ferdous Alam, A.S.A., & Nurain Sahazali. (2014). Tourist’s perceptions towards: The role of stakeholders in sustainable tourism. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 144, 313-321.
Herbert, D.T. (1989). Does interpretation help? In Herbert, D.T., Prentice, R.C., & Thomas, C.J. (Eds.). Heritage sites: Strategies for marketing and development. (pp. 191-130). Aldershot, Avebury.
Inskeep, E. (1996). Perancangan pelancongan: Pendekatan pembangunan bersepadu dan berkekalan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jabatan Perancang Bandar dan Desa. (2007). Rancangan Kawasan Khas Bandar Kuala Lipis. Pahang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pahang.
Linda, K.R. (1999). After political turmoil: The lessons of rebuilding tourism in three asian countries. New York, Manhattan.
MacCannell, D. (1976). The tourist: A new theory of the leisure class. New York, Schocken Books.
Majlis Daerah Lipis. (2010). Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010-2010. Kuala Lipis, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Lipis.
Malaysia. (2010). Buku Tahunan Perangkaan Malaysia. Kuala Lumpur, Jabatan Perangkaan Malaysia.
Malaysia. (2009). Warisan Kebangsaan Malaysia 2007. Kuala Lumpur, Jabatan Warisan Malaysia.
McDonald, J.R. (1980). The tourist business. Focus, American Geographical Society, 31 (2).
Mohamad Tajuddin, Mohamad Rosdi, Mohd Ali, Kamaruddin, Syed Ariffin, Ra’alah, Mursib, & Gurupiah. (2004). Warisan seni bina dunia Melayu: Rumah-rumah tradisi. Johor, UTM.
Mohamad Zaki, A., Johan Afendi, I., & Hood, M.S. (2008). Membangunkan Kuala Kedah sebagai dentinasi pelancongan warisan: Penerapan konsep pembangunan pelancongan lestari. Prosiding PERKEM, III Jilid 1, (pp. 401- 413).
Mohd Samsudin, & Sulong Mohamad. (2013). Pengaruh warisan sejarah dalam industri pelancongan Langkawi. International Journal of the Malay World and Civilisation, 1 (1), 99-109.
Nasser N. (2003). Planning for urban heritage places: Reconciling conservation, tourism, and sustainable development. Journal of Planning Literature, 17 (4), 467-479.
Nur Hijrah Zakaria. (1995). Analisa terhadap ciri-ciri hujan di Daerah Lipis (1972-1993). Kuala Lumpur, Universiti Malaya.
Rosniza Aznie, C.R. & Nur Athirah K. (2017). Pengurusan pemuliharaan bangunan warisan di tapak UNESCO George Town, Pulau Pinang: Perspektif peniaga dan pelancong tempatan. Geografi, 5 (3), 1-7. Tanjung Malim, UPSI.
Sajad, A.E., & Kaboudi, M. (2011). Community perception of tourism impacts and their participation in tourism planning: A case study of Ramsar, Iran. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 36, 333 – 341.
Salah Wahab, & Copper, C. (2003). Tourism and gastronomy. Routledge, Taylor & Francis Group.
Shaw, G., & Williams, A. (2002). Critical issues in tourism: A geographical perspectives. United States, Georgia. Willey Publications.
Udjianto P. (2012). Perkembangan ‘Arsitektur Ikonik’ di berbagai belahan dunia. Institut Teknologi Nasional.
Yamane, T. (1967). Statistics: An introductory analysis. New York, Academic Press.
Refbacks
- There are currently no refbacks.