Tanggapan, kesedaran dan motivasi masyarakat terhadap penggunaan air hujan sebagai bekalan alternatif bandar (Social perception, awareness and motivation of rainwater utilization as an alternative supply in urban area)
Abstract
Pertambahan populasi bandar dan penguncupan rizab air di Selangor telah memungkinkan pihak kerajaan mempromosikan kepenggunaan sistem penuaian air hujan sebagai sumber bekalan alternatif dalam kalangan pengguna. Bagaimana pun, tahap penerimaan dalam kalangan pengguna yang berpotensi masih belum diterokai secara mendalam dan ilmiah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap aspek persepsi, kesedaran pengguna serta halangan dalam kepenggunaan kaedah berkenaan, khususnya di kawasan Bandar Baru Bangi, Selangor. Kaedah survei menerusi penggunaan soal selidik telah digunakan bagi mengumpulkan data yang berkaitan dengan kajian tanggapan atau persepsi. Kaedah persampelan persampelan rawak berstrata telah digunakan bagi mengenalpasti jumlah responden berdasarkan pemberat jumlah premis kediaman setiap seksyen di Bandar Baru Bangi. Sebanyak 395 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak berstrata di kawasan kajian. Ini bertujuan supaya nisbah responden yang dipilih dapat mewakili setiap seksyen di Bandar Baru Bangi dan seterusnya membentuk suatu ‘data yang berwibawa’. Kepenggunaan kaedah penuaian air hujan telah dilihat bersifat pro-persekitaran dalam kalangan responden. Hasil kajian ini juga mendapati tahap pendidikan seseorang tidak mempengaruhi minat dan kecenderungan responden terhadap penggunaan produk berkenaan. Secara umumnya, wujud kepelbagaian faktor yang meningkatkan semangat dan motivasi responden untuk menggunakan produk berkenaan. Ianya dilihat bakal memberi kebaikan bukan sahaja kepada individu dan masyarakat, malahan alam sekitar fizikal akan dapat dipulihara dengan berkesan. Namun, akauntabiliti sosial dan tindakan altruistik yang diterapkan dalam pendidikan telah membina sikap positif responden terhadap teknik mesra alam. Malahan, elemen yang dikategorikan sebagai motivasi dan galakan akan meningkatkan tahap keyakinan responden terhadap kebolehupayaan sistem berkenaan dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan selamat.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Ang, & Chan, N.W. (2012). Rainwater harvesting: Concept and case study in School of Humanities, Universiti Sains Malaysia. In. Sohaimie Abdul Aziz & Nawal Fadhil Abbas (Eds.) Proceedings of the Inaugural Postgraduate Research Seminar. Penang: School of Humanities, Universiti Sains Malaysia and Postgraduate Student Club, School of Humanities, Universiti Sains Malaysia, 117-127.
Cohen, J. (1992). Quantitative methods in psychology: A power primer. Psychological Bulletin 112(1), 155-159.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2011). Research methods in education. (7th edition). London, Routledge.
DID. (2009). Rainwater harvesting guidebook. Department of Irrigation and Drainage, Selangor, Malaysia.
Keizrul, A. (2002). Integrated river basin management. In. Wchan, N. (Eds.). River: Toward sustainable development (pp. 3-14). Penerbit Universiti Sains Malaysia, Penang.
Krejcie, & Morgan. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Kollmus, A., & Agyeman, J (2010). Mind the gap: Why do people act environmentally and what are the barriers to pro-environmental behavior? Environmental Education Research, 8(3), 239-260, doi: 10.1080/13504620220145401
MASMA. (2000). Manual Sistem Saliran Mesra Alam Malaysia (MASMA). Jabatan Pengairan dan Saliran, Kuala Lumpur.
NAHRIM. (2013). Senarai projek SPAH kelolaan NAHRIM 2001 hingga 2010. Rekod dalaman NAHRIM. Tidak diterbitkan. Kuala Lumpur.
Nik Hairi, O. (1998). Penyertaan Penduduk Bandar Baru Bangi dalam Pendidikan dan Latihan. Masters project. UPM Serdang. Tidak diterbitkan
Noorazuan, M.H. (1999). Social analysis and water supply planning in Malaysia. National Proceedings of Population issues in Malaysia II UKM Bangi 1999. 1-6.
Noorazuan, M.H. (2000). Water Consumption analysis of Langat River Basin. Malaysian Journal of Environmental Management, 1, 21-39.
Noorazuan M.H. (2007). Urban greening and basin’s ecosystem health: The case of St Helens, United Kingdom. Jurnal E-Bangi, 2(2), 1-17.
Phang Wai Leng, Chan Ngai Weng, Lai Chee Hui, & Jamaluddin Md Jahi. (2013). Tingkah laku pengguna air domestik pada penggunan air mengikut kawasan. In. Roosfa Hashim, & Abdul Ghafar Ismail (Eds.). Penyelidikan pemacu pembangunan negara. Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi Ke-3 2013 Sains Sosial dan Kemanusiaan Jilid 2. Putrajaya, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1239-1247.
Pringle, T. (2006). Water sustainability in the South Oknagan: Balancing settlement and ecology. Retrieved from http://www.waterbucket.ca/cfa/sites/wbccfa/documents/media/19.pdf.
Pidgeon, N., & Butler, C. (2009) Risk analysis and climate change. Environmental Politics, 18(5), 670-688, doi: 10.1080/09644010903156976
Rozita. (2002). Literasi Alam Sekitar Menurut Paradigma Agama. Jurnal Pengajian Umum, 3, 137-147.
Thamer, A.M., Megat-Johari, M.M., & Noor, A.H.G. (2008). Study on potential uses of rainwater havesting in urban areas. Paper presented at Rainwater Utilization Colloquium. 19-20 April. NAHRIM Mini Auditorium.
SYABAS. (2013). Status terkini gangguan bekalan air disebabkan oleh pencemaran sungai Selangor. Retrieved from https://www.syabas.com.my/press-release
SYABAS. (2014). Gangguan bekalan air di Hulu Langat. Retrieved from http://www.syabas.com.my
Shaaban, A. J., Kardi J., & Awang, S. (2002). Rainwater harvesting and utilization system for a double story terrace house at Taman Wangsa. NAHRIM Internal Report on RWH. Serdang.
Spaargaren G. (1997). The ecological modernization of production and consumption: Essays in environmental sociology. (PhD dissertation). Retrieved from Wageningen Agricultural University.
Spaargaren, G., & Vliet B. Van. (2000). Lifestyles, consumption and the environment: The ecological modernisation of domestic consumption. In. Ecological Modernisation around the World: Perspectives and Critical Debates, Mol APJ, Sonnenfeld DA (Eds.). (pp. 50-77). London, Frank Cass.
White, S.B., Fane, S.A. (2001). Designing cost effective water demand management programs in Australia. Paper presented at IWA 2002 Berlin World Water Congress, 15th-19th October.
Refbacks
- There are currently no refbacks.