Perubahan sosioekonomi komuniti orang Asli Jakun akibat Rancangan Penempatan Semula: Satu kajian kes di RPS Runchang, Pahang (Resettlement Programme and its impact on socioeconomic development of orang Asli Jakun: A case study of the RPS Runchang, Pahang)

Lee Hou Zei, Vivien W.C. Yew, Azima A.M., Mal Kong Sia, Geraldine K.L. Chan

Abstract


Masyarakat orang Asli merupakan masyarakat peribumi di Semenanjung Malaysia. Sehubungan itu, dalam menentukan indeks Kesejahteraan Hidup Malaysia, indeks kesejahteraan orang Asli perlu dikira bersama. Dalam usaha untuk mencapai kesejahteraan hidup masyarakat orang Asli, Rancangan Penempatan Semula (RPS) telah memindahkan mereka dari kawasan pendalaman ke kawasan pinggir bandar bermula pada Rancangan Malaysia Keempat (1980-1985). Program ini telah menyusun dan membangunkan pembangunan sosial dan ekonomi di penempatan orang Asli. Penempatan semula orang Asli ini membawa perubahan dalam kehidupan mereka terutamanya aspek ekonomi, kesihatan dan pendidikan. Pembangunan sosioekonomi ini menyebabkan berlakunya kemusnahan sumber hutan yang sebelum ini menjadi kebergantungan hidup kepada komuniti orang Asli. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perubahan sosial, ekonomi dan kesan RPS kepada komuniti orang Asli Jakun di RPS Runchang, Pekan, Pahang. Bagi mencapai tujuan tersebut, temu bual mendalam telah dilakukan terhadap 11 informan untuk mengetahui perubahan kehidupan yang dialami oleh penduduk di RPS Runchang. Analisis data kajian ini menunjukkan terdapat perubahan sosioekonomi dalam aspek ekonomi, kesihatan dan pendidikan setelah program penempatan semula dilaksanakan. Aspek kesihatan mengalami perubahan secara menyeluruh berbanding dengan aspek ekonomi dan pendidikan. Sehubungan itu, bersama-sama dengan aspek kesihatan, aspek sosioekonomi yang lain ini perlu diberikan perhatian dalam proses pembangunan orang Asli di negara ini bagi memastikan peningkatan dalam indeks Kesejahteraan Hidup masyarakat orang Asli dan indeks kesejahteraan hidup Malaysia umumnya. 

Kata kunci: masyarakat peribumi, minoriti, orang Asli, perubahan, Rancangan Penempatan Semula, sosioekonomi

Orang Asli communities are indigenous communities in Peninsular Malaysia. In this regard, in determining the Malaysian Wellbeing Index, indigenous welfare indices should also be calculated together. In order to achieve the wellbeing of indigenous people, the Relocation Plan (RPS) has moved them from remote areas to suburban areas. This Resettlement Programme of orang Asli is commonly called as RPS (Rancangan Penempatan Semula) begins since the Fourth Malaysia Plan (1980-1985). RPS aims to improve the socioeconomic development of the settlements of orang Asli. The resettlement of orang Asli has brings about changes in the indigenous livelihood especially in terms of economy, health and education. However, this socioeconomic development has also resulted in the destruction of forest resources of which orang Asli communities have been known to be relying on forests for food and forest resources. This study aims to identify social, economic and RPS impacts to the orang Asli Jakun community at RPS Runchang, Pekan, Pahang. To achieve this goal, in-depth interviews have been conducted on 11 informants to study the socioeconomic status of the indigenous people living in the RPS village of Runchang, Pekan. The analysis of this study shows that there are socioeconomic changes in the aspects of economy, health and education after the resettlement program. The health aspect has undergone a holistic change over the economic and educational aspects. Therefore, together with the health aspect, other socioeconomic aspects of the indigenous community need to be given attention in the development process to ensure improvement in the Indigenous Peoples' Wellbeing index and the wellbeing index of Malaysian generally. 

Keywords: indigenous communities, minority, orang Asli, changes, Resettlement Programme, socioeconomic


Full Text:

PDF

References


Abdullah, J., Borhan, M.A.A., & Ahmad, C.B. (2015). Orang Asli resettlement in urban environment at Bukit Lanjan, Selangor, Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 201, 71-79.

Asnarulkhadi, A.S., & Hanani, H.H. (2008). Orang Asli: Pembangunan dan ekologi hutan. In Redzuan, M., & Gill, S.S. (Eds.), Orang Asli: Isu, transformasi dan cabaran. Serdang, Universiti Putra Malaysia.

Benjamin, G. (1976). Austoasiatic subgroupings and prehistory in the Malay Peninsular. In Philip N. Jenner, Laurence C. Thompson, & Stanley Starosta (Eds.), Austroasiatic Studies Vol. (pp. 37-128). Honolulu, University Press of Hawaii.

Carey, I. (1976). Orang Asli: The aboriginal tribes of Peninsular Malaysia. New York, Oxford University Press.

EPU. (2015). Eleventh Malaysia Plan. Putrajaya, Economic Planning Unit, Prime Minister’s Department.

Department of Orang Asli Development (JAKOA) (2011). Retrieved from http://www.jakoa.gov.my.

Devamany, S.K. (2013). Impak sosioekonomi program penempatan tersusun: Kajian kes masyarakat orang Asli di parlimen Cameron Highlands (Master dissertation). Retrieved from Universiti Utara Malaysia.

Hanita Hanim, D.D. (2010). Dasar dan pembangunan rancangan pengumpulan semula (RPS) orang Asli: Kajian kes di Runchang, Pahang, 1970an-1990an (Unpublish dissertation). Retrieved from Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hassan, M.N. (1989). Pengumpulan semula Orang Asli di Betau: Satu penelitian ringkas. Akademik, 35, 17-112.

Jabatan Perancang Ekonomi. (2013). Malaysian Well-being Report 2013. Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). (2012). Laporan Sosioekonomi Orang Asli.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2015). Sejarah penubuhan perkhidmatan kesihatan Orang Asli. Retrieved from http://hoag.moh.gov.my.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2015). Kehidupan sejahtera. Putrajaya, Laporan Tahunan 2015.

Khoso, A., & Yew, V.W.C. (2015). Promotion and protection of the rights of orang Asli in Peninsular Malaysia: A study of the Suhakam. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 11(13), 86-95.

Marvasti, A.B. (2004). Qualitative research in sociology: An introduction. London, Sage Publications Ltd.

Merriem, S.B. (1998). Qualitative research and case study applications in education. San Francisco, Jossey-Bass.

Mustaffa, O. (2004). Dampak ekonomi daripada Rancangan Pengumpulan Semula Komuniti Jakun di Kumin Bekok, Segamat, Johor. Kertas Prosiding dalam Seminar Hasil Penyelidikan Peringkat Kebangsaan, 2(1).

Mustaffa, O. (2008). Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) masyarakat orang Asli: Pencapaian dan cabaran. In Redzuan, M., & Gill, S.S. (Eds.), Orang Asli: Isu, transformasi dan cabaran. Serdang, Universiti Putra Malysia.

Newman, M., Thompson, C., & Roberts, A.P. (2006). Helping practitioners understand the contribution of qualitative research to evidence-based practice. Evidence-Based Nursing, 9, 4-7.

Nicholas, C. (2000). The orang Asli and the contest for resources indigenous politics, development and identity in Peninsular Malaysia. Copenhengen, International Work Group for Indegenous Affairs.

Redzuan, M.R., & Gill, S.S. (2008). Orang Asli: Isu, transformasi dan cabaran. Serdang, Universiti Putra Malaysia.

Siti Nor Awang, Kamal Solhaimi Fadzil, Juli Edo, Rosilawati Zainol, & Firuza Begham Mustafa. (2012). 50 tahun berlalu ke mana Jahai dan Temiar di hutan hujan Belum-Temenggor. In Perancangan dan Pembangunan Komuniti. Sintok, Penerbit UUM.

Taylor, S.J., & Bogdan, R. (1984). Introduction to the qualitative research methods: The search for meaning. Toronto, John Wiley & Son.

Unit Perancang Ekonomi. (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh: 20111-2015. Putrajaya, Jabatan Perdana Menteri. Retrieved from http://www.pmo.gov.my.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.