Kemandirian wanita dan ekonomi Kelantan: Satu analisis autobiografi terhadap novel Wajah Seorang Wanita (Women’s self-reliance and the economy of Kelantan: An autobiography analysis of Wajah Seorang Wanita, a novel)

Tuan Rusmawati Raja Hassan, Mawar Safei

Abstract


Makalah ini menumpukan kajian terhadap kepengarangan S. Othman Kelantan yang mengangkat bentuk penulisan autobiografi dalam novel Wajah Seorang Wanita (1990). Terdapat dua perkara yang diketengahkan iaitu watak wanita yang bersifat autonomi serta ekonomi masyarakat Kelantan dekad 90-an. Pemeragaan kedua-dua isu ini sebagai bahan penceritaan dalam karya, berkait rapat dengan latar peribadi pengarang. Ia dikesani menerusi pemeragaan watak utamanya iaitu Siti Musalmah yang diambil tipa induknya daripada ibu S. Othman Kelantan sendiri iaitu Nik Sharifah, serta pengalaman hidup beliau sebagai penduduk di Wakaf Tuk Kassim, Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan dijadikan sumber inspirasi dan disaring kembali ke dalam novel. Menariknya, novel ini masih mengekalkan unsur imaginasi, kreativiti dan inovasi. Kerangka kajian ini memanfaatkan Gagasan Profetik oleh Kuntowijoyo (2004). Pertimbangan menerusi rumus profetik memperlihatkan kedudukan watak wanita menurut kanta Islam dengan berpandukan terhadap salah satu daripada tiga etika iaitu nahi mungkar. Perbahasan menggunakan etika nahi mungkar menunjukkan langgam kepengarangan S. Othman Kelantan yang memperlihatkan kemandirian watak wanita dalam mendepani isu ketidakadilan ekonomi dalam negara dan ketidakadilan gender dalam kerjaya. Kajian ini merumuskan bahawa S. Othman Kelantan bukan sahaja mengangkat isu keprofetikan terhadap watak wanita dalam novel, malahan sifat tersebut juga sangat terserlah melalui karya dan aspek latar diri pengarang sehingga merentas kepada akar tradisi Melayu-Islamnya. 

Kata kunci: etika nahi mungkar, ekonomi, Gagasan Profetik Kuntowijoyo, novel Wajah Seorang Wanita, S. Othman Kelantan, wanita

This paper focused on the authorship of S. Othman Kelantan who portrayed the autobiographical form of writing in the novel of Wajah Seorang Wanita (1990). There are two issues being highlighted in the novel which includes the self-reliance of the women and the economy of Kelantan in the 90's. Both issues which have been used as narrative material in the work is closely related to the author's personal background. This can be traced in his main character, Siti Musalmah who was a close reflection of his own mother, Nik Sharifah, as well as his own life experience in Wakaf Tuk Kassim, Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan as inspiration and being incorporated into the novel. Interestingly this novel still retains the element of imagination, creativity and innovation. The framework of this study utilizes Prophetic Ideas by Kuntowijoyo (2004). The prophetic formula shows the position of a female character according to Islamic lenses with regard to one of the three ethics that is nahi mungkar. The nahi mungkar ethical debate was used by S. Othman Kelantan as a way to showcase the self-reliance of the women's character in addressing the issue of economic injustice in the country and gender inequality in career. This study concludes that S. Othman Kelantan not only emphasized on the prophetic issue in female characters in the novel, but this characteristic was also well-known throughout his work and the author's own background across the roots of his Malay-Islamic tradition. 

Keywords: nahi mungkar the ethic, economy, Prophetic Ideas by Kuntowijoyo, Wajah Seorang Wanita the novel, S. Othman Kelantan, women



Full Text:

PDF

References


A.M. Thani, & Sarah Sadon (Eds.). (2005). Biografi penulis wajah. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anon. (2011). Terjemahan al-Hidayah al-Quran al-Karim (Rasm Uthmani) dalam bahasa Melayu. Batu Caves, Al-Hidayah House of Quran Sdn. Bhd.

Anwar Efendi. (2013). Prioritas penentuan nilai pendidikan karekter dalam pembelajaran sastra remaja. Jurnal Pendidikan Karakter, 3(3), 331-347.

Baterah Alias, & Nafisiah Abdul Rahman (pnyt). 2010. Globalisasi dunia Islam. Shah Alam, Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Graham, W.A. (1908). Kelantan: A state of Malay Peninsular. California, Glasgow.

Joni Tamkin Borhan. (2002). In Siti Saudah Hassan et al. Ketokohan wanita Islam: Teladan dan cabaran. Bangi, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam.

Kuntowijoyo. (2004). Ilmu Sosial Profetik sebagai Gerakan Intelektual. Kajang, Akademi Kajian Ketamadunan.

Kuntowijoyo. (2006). Islam sebagai ilmu: Epitemologi, metodologi dan etika. Yogyakarta, TiaraWacana.

Mai Yamani. (1996). Feminisme dan Islam: Perspektif hukum dan sastera. Bandung, Penerbit Nuansa.

Mawar Safei. (2016). Autobiografi dalam adat perpatih dan undang-undang: Perspektif Rindu Seorang Rafik. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 12(11), 1-15.

Mohd Fadli Ghani. (2014). Takutlah kepada Allah, hormatilah wanita. Sungai Buloh, Kemilau Publika Sdn. Bhd.

Mohd Fauzi Mohd Harun, & Ahmad Fauzee Abdullah. (2007). Kemiskinan mengikut Teori Konvensional dan perspektif Islam. Shah Alam, Pusat Penerbit Universiti (UPENA).

Norsuhada Mohammed. (2017). Remaja Islam dalam novel Zaid Akhtar berdasarkan konsep Kaffah. (Masters dissertation). Retrieved from Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norzila Baharin, & Mardhiyyah Zamani. (2014). Wanita, muliamu kerana Islam. Batu Caves, Must Read Sdn. Bhd.

S. Othman Kelantan. (2004). Wajah seorang wanita. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

S.M Zakir. (2017, 26 February). Email Interview.

Saifullizan Yahaya. (2013). Konsep Kaffah dalam kumpulan cerpen pilihan berdasarkan gagasan sastera profetik. (Masters dissertation). Retrieverd from Universiti Putra Malaysia.

Shahnon Ahmad. (1991). Ustaz: Novel penghijrahan insan tanpa persinggahan. Dewan Sastera Jun, 88-90.

Siti Aisah Murad. (2006). Watak wanita di tangan penulis lelaki. Dewan Sastera, Feb, 27-31.

Siti Ezaleila Mustafa. (2009). 20 tokoh sasterawan. Bangi, Medium Publications.

Sulaiman Noordin. (1999). Sejarah pemikiran 2: Akal, wahyu, manhaj ahli sunnah, muktazilah.

Ungku Maimunah Mohd Tahir. (2013). Islam, feminisme Barat dan sastera Melayu. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Hashim Wan Teh. (2004). Pemotret wajah Melayu sepanjang zaman. Dewan Sastera.

Zulkifli Mohd Yusof. (2007). Isu-isu gender: Perspektif ulama’ al-Azhar. Petaling Jaya, Intel Multimedia and Publication.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.