Budaya politik masyarakat Melayu: Satu analisis (The Malay political culture: An analysis)

Zawiyah Mohd Zain

Abstract


Budaya politik di Malaysia khususnya budaya politik orang Melayu adalah tidak menonjol yang mana mereka tidak akan menyatakan sesuatu pendirian kecuali dicabar seperti dalam peristiwa 13 Mei 1969. Terbaru pada Disember 2018, masyarakat Melayu bangkit melakukan demonstrasi secara besar-besaran menentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), iaitu ratifikasi antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut mewujudkan kesaksamaan antara semua tanpa mengira kaum. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis budaya politik masyarakat Melayu berdasarkan kepada konsep budaya politik melalui pendekatan “parochial”, “subject” dan “participant”. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunkan pendekatan analisis dokumen dan juga pemerhatian dengan mengambil kira isu-isu semasa yang berlaku dalam politik Malaysia. Hasil kajian menunjukkan budaya politik masyarakat Melayu telah mengalami satu tahap perubahan iaitu daripada budaya politik “subject” ke budaya politik participant. Hal ini terbukti menerusi peristiwa politik yang berlaku sepanjang 20 tahun, bermula era reformasi sehingga ke era Malaysia baharu. Secara teorinya, kajian ini memberi sumbangan dalam bidang politik dengan memberikan gambaran tentang perubahan landskap politik dalam masyarakat Melayu sejak kemerdekaan sehingga ke hari ini. Manakala, secara praktikalnya, kajian ini amat penting ke arah keseimbangan dan kematangan proses demokrasi.

Kata Kunci: Budaya politik, demonstrasi, masyarakat Melayu, parti politik, pilihan raya, reformasi

Malaysia political culture especially Malay political culture are not prominent, they tend to avoid and silence except for being challenged as it happened on May 13, 1969. Recently on December 2018, the Malay community rose to a massive demonstration against issues relating to the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD), which the international ratification of the United Nations (UN) that seeks to create equality between all and regardless of race. The objective of this study is to analyse the political culture of Malay community base on political culture concept which is parochial, subject and participant. This study uses qualitative methods of document analysis, as well as observations taking into account current issues in Malaysian politics. The results showed the political culture of the Malay community has undergone a phase change, from subject political culture to the participant political culture. This is evidenced by the political events that have taken place over the past 20 years, beginning the era of reforms to the new era of Malaysia. Theoretically, this study contributed in politics by giving an overview of the changing political landscape in Malay society since independence to this day. Meanwhile, practically, this study is crucial towards the balance and maturity of the democratic process.

Keywords: Political culture, demonstrations, Malay community, political parties, elections, reforms


Full Text:

PDF

References


Abdul Rahman Embong. (2000). Negara bangsa proses dan perbahasan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Nizamuddin Sulaiman. (2002). Budaya politik dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Dalam Abdul Monir Yaacob dan Suzalie Mohamad (pnyt). Etika dan budaya berpolitik dari perspektif Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Almond, G.A. dan Verba, S. (1989). The civic culture: Political attitudes and democracy in five nations. Newbury Park, Carlifornia: Sage.

Berita Harian. (2017). Kes seleweng dana awam: 2 bekas pegawai Shafie dibebas. Berita Harian (24 Oktober). Diakses di laman web, https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/10/341245/kes-seleweng-dana-awam-2-bekas-pegawai shafie-dibebas

Berita Harian. (2018). Penduduk Malaysia 32.4 juta. Berita Harian (1 Ogos). Diakses di laman web, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/456681/penduduk-malaysia-324-juta

Brown, G. K. (2004). Civil society and social movements in an ethnically divided society: The case of Malaysia, 1981-2001. Tesis PhD yang diterbitkan. University of Nottingham.

Hassan Karim. (1984). The student movement in Malaysia, 1967-74. Dalam Hassan Karim dan Siti Noor (pnyt.). With people: The Malaysian student movement, 1967-74. Petaling Jaya: Institute of Social Analysis.

Haziyah Hussin. (2004). Orang Melayu Kelantan dari sudut budaya dan perspektif sejarah lampau. Jebat, 31, 15-38.

Ilyas Abdullah, Jamaie Hamil & Sity Daud. (2018). Politik baru pasca PRU Ke-10: Analisis terhadap transformasi budaya politik Melayu Terengganu. Sains Insani, 03(1), 67-74.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2019). Banci Penduduk Malaysia 2010. Diakses di laman web, https://www.statistics.gov.my/censusatlas/images/ReligionEN.pdf

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Mohd Faidz Mohd Zain. (2011). Kajian budaya politik Melayu dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, Selangor. Jurnal Melayu, 8, 153-172.

Kavanangh, D. (1987). Budaya Politik. (Terj.) Samaruddin Md Rejab. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malaysiakini. (2011). BERSIH 2.0: A Samad Said, Ambiga dan Ibrahim disiasat. Malaysiakini (27 Jun). Diakses di laman web, https://www.malaysiakini.com/news/168109

Malaysiakini. (2016). Seleweng dana KBS, dua lagi ditahan SPRM. Malaysiakini (24 Mac). Diakses di laman web, https://www.malaysiakini.com/news/335022

Means, G. P. (1991). Malaysian politics: the second generation. Singapore: Oxford University Press.

Mohd Faidz Mohd Zain, Jamaie Jamil, Mohd Rizal Mohd Yaakob & Mohamad Rodzi Abd Razak. (2011). Pengaruh nasionalisme Melayu mewarnai budaya politik Melayu dalam UMNO. Jurnal Melayu, 7, 193-216.

Mohd Mahadee Ismail (2018). Budaya Politik Kontemporari Masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia: Satu Penilaian Kritis. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Special issue (2018).

Muhammad Nadzri Mohamed Noor & Ghazali Mayudin (2008). Hegemoni dan kontra hegemoni: Memahami perubahan pilihan raya umum ke-12. Jebat, 35, 33-48.

Noor Aziera Mohamad Rohana, Mohd Faizal P. Rameli, Rawi Nordin, & Siti Nurul Izza Hashim. (2017). Kepelbagaian dan kesepaduan etnik di Malaysia menurut Islam. Sains Insani, 02(02), 88-97.

Noor Sulastry Yurni Ahmad & Nor Azila Mohd Azidin. (2013). Transisi kontra hegemoni dalam budaya politik Malaysia. Melayu, 120-137.

Noor Sulastry Yurni Ahmad. (2014). Hegemoni budaya politik Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Farhana Abdul Manan. (2019). Kajian Ilham Centre “loceng amaran” buat PH. Sinar Harian (21 Januari). Diakses di laman web https://www.sinarharian.com.my/article/10697

Saifuddin Abdullah. (2009). Kalau saya mahasisiwa. Diakses di laman web, www.saifuddinabdullah.com.my/ebook/kalau_saya_mahasiswa.pdf

Saravanamuttu, J. (2001). Malaysia civil society-awakenings? Dalam Maznah Mohamad & Wong, Soak Koon (pnyt.). Risking Malaysia: culture, politics and identity, (hlm. 93-111). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saravanamuttu, J. (2016). Power sharing in a divided nation: Mediated communalism and new politics in six decades of Malaysia’s elections. Singapore: ISEAS Publishing.

Shamsul Amri Baharuddin. (2020). Melayu, Malaysia Dan Kerumitannya: Wawancara Bersama Shamsul Amri Baharuddin. Naratif Malaysia, 6 Jun 2020

Sumartono. (2018). Budaya Politik Dalam Masyarakat Pragmatis. Jurnal Lugas. Vol. 2, No. 1, Juni 2018, pp. 20 – 26. http://ojs.stiami.ac.id

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. (2018). Keputusan pilihan raya 2018. Diakses di laman web, http//:www.spr.gov.my

Suruhanjaya Pilihan Raya. (2006a). Laporan pilihan raya umum Malaysia 1999. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya. (2006b). Laporan pilihan raya umum Malaysia 2004. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya. (2008). Laporan pilihan raya umum ke-12, 2008. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya. (2014). Edisi Khas Pilihan Raya 2013. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia berhad.

Tan, Lee Ooi. (2010). Dinamik ruang siber dalam gerakan reformasi di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wain, B. (2009). Malaysian maverick: Mahathir Mohamad in turbulent times. London: Palgrave Macmillan.

Welsh, B. (2012). Road to Malaysia’s day of destiny. Malaysiakini 6 May 1-5. Diakses di laman web, http://blog.limkitsiang.com/

Wright, T. & Hope, B. (2018). Billion dollar whale. New York: Hachette Book Group.

Zawiyah Mohd Zain & Mohammad Agus Yusoff. (2015). The emergence of civil disobedience: A comparison during Dr. Mahathir and Abdullah Badawi’s era. Mediterranean Journal of Social Sciences, 6(1), 279-285.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.