Pembelajaran Berasaskan Projek dalam mata pelajaran Geografi (Project Based Learning in the subject of Geography)

Chong Oi Min, Mohammad Tahir Mapa

Abstract


Kurikulum Geografi memainkan peranan penting untuk melahirkan pelajar yang dinamik dalam semua aspek fizikal dan alam sekitar. Pendidikan Geografi bertujuan melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan menerapkan nilai menghargai alam sekitar. Oleh itu, kurikulum topik kitar semula dalam mata pelajaran Geografi harus digabungkan bersama dengan teknik pengajaran supaya pengajaran seseorang guru lebih menyeronokkan. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) adalah satu kaedah perbincangan kumpulan yang membolehkan pelajar berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah sisa pepejal di sekolah. Fasa pelaksanaannya sistematik dan pengetahuan yang diperoleh dapat menyedarkan pelajar cara mengamal kitar semula. Kajian berbentuk kualitatif dengan pemerhatian dan temu bual serta analisis dokumen digunakan untuk mengkaji secara mendalam tentang keberkesanan penggunaan teknik PBP mengikut fasa pelaksanaan model Reiser dan Dick dalam mata pelajaran Geografi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah PBP dapat mengubah sikap dan tingkah laku pelajar semasa pembelajaran. Masalah disiplin berkurangan dan prestasi mata pelajaran Geografi telah meningkat. Pelajar berminat dan seronok belajar bersama dengan rakan kumpulan menyebabkan kesedaran dalam pengasingan sisa pepejal juga meningkat. Kesannya jumlah sisa pepejal di sekolah menurun dan amalan kitar semula dapat dipupuk. Perubahan sikap pelajar seterusnya dapat melahirkan sekolah yang sifar sampah pada masa hadapan.

Kata kunci: amalan kitar semula, geografi, kurikulum, model Reiser dan Dick, pembelajaran berasaskan projek, teknik pengajaran

The Geography curriculum plays an important role in producing dynamic students in all aspects of physical and environmental. Geography education aims to produce knowledgeable students and apply the value of appreciating the environment. Therefore, the recycling topic in Geography curriculum should be combined with teaching techniques so that a teacher's teaching is enjoyable. Project Based Learning (PBL) is a group discussion method that allows students to communicate to solve solid waste problems at school. The implementation phase is systematic and the knowledge gained can make students aware of how to practice recycling. Qualitative studies with observations and interviews as well as document analysis are used to study in depth the effectiveness of the use of PBL techniques according to the implementation phase of the Reiser and Dick model in the subject of Geography. The findings of the study show that the use of PBL method can change the attitudes and behaviors of students during learning. Discipline problems decreased and Geography subject performance improved. Students are interested and enjoy learning with their peers causing awareness in solid waste segregation is also increasing. As a result, the amount of solid waste in schools is declining and recycling practices can be nurtured. The change in students' attitudes may give rise to zero garbage schools in the future.

Keywords: recycling practices, geography, curriculum, Reiser and Dick model, project based learning, teaching techniques 


Full Text:

PDF

References


Abdul Rahim Abdul Rashid. (2000). Wawasan dan agenda pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Ahmad Ridzuan, A. R., Rajini, G., & Pau, U. (2018). Buku teks geografi tingkatan 3. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Agamuthu, P., Hamid, F.S., & Khidzir, K. (2009). Evolution of solid waste management in Malaysia: Impacts and implications of the solid waste. Journal of Material Cycles and Waste Management, 11(2), 96-103.

Agamuthu, P. & Dennis, V. (2011). Policy trends of extended producer responsibility in Malaysia. Journal of Waste Management and Research, 29(9), 945-953.

Anuar, A., Siti Haishah, A. R., & Nur Atiqah, T. A. (1998). Tahap keupayaan pengajaran guru sejarah dan hubungannya dengan pencapaian murid di sekolah berprestasi rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 53-66.

Arumugam Raman. (2006). Kesan peta animasi dan interaktif daalam pengajaran dan pembelajaran geografi. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia (tidak diterbitkan).

Chik, Z., & Abdullah, A. H. (2018). Effect of motivation, learning style and discipline learn about academic achievement additional Mathematics. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(4), 772-787.

Creswell, J. W. (2013). Qualitative inquiry and research design choosing among five approaches, (3rd edition). Los Angeles: University of Nebraska, Lincoln.

Faridah, S., Ramlah, M., & Norhasbiah, U. (2015) Perubahan pencapaian mata pelajaran teknologi maklumat dan komunikasi melalui pembelajaran berasaskan projek dengan scaffolding. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(1), 29-41.

Fund, Z. (2007). The effects of scaffolded computerized science problem solving on achievement outcomes: A comparative study of support programs. Journal of Compute Assisted Learning, 410-424.

Ismail, A., & Rahman, H. (2015). Pengetahuan dan amalan pengurusan sisa pepejal dalam kalangan masyarakat di Taman Mesra dan Taman Bakti Kota Bharu, Kelantan. Geografi, 3(2), 14-27.

Khatijah Khalid. (1983). Kurikulum geografi di sekolah menengah. The Asia Pacific Journal of Educators and Education, 5(1), 1-7.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mohammad Zohir Ahmad@Shaari, M. (2016). Pendidikan geografi di sekolah-sekolah Malaysia: Perkembangan dan isu. Geografi, 4(1), 1-10.

Mohd Afifi Baharuddin. (2011). Pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek dengan mata pelajaran fizik KBSM tingkatan empat. Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia (tidak diterbitkan).

Mohamad Johdi, S. (2007). Guru efektif dan peranan guru dalam mencapai objektif persekolahan sekolah rendah: Perspektif guru besar. Dlm. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang.International Islamic University Malaysia.

Mohd Syaubari, O., & Ahmad, Y. K. (2017). Pelaksanaan kurikulum pendidikan Islam mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) berdasarkan model Raiser dan Dick di negeri Perak. Journal of Social Science, 3(2), 1-9.

Murugan Mini Ratamun. (2019). Pengetahuan dan amalan kitar semula oleh guru pelatih Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan IPGK, 16, 1-16.

Noor Erma, A. N., & Kwan, E. L. (2017). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian matematik tambahan tingkatan 4. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 1-10.

Noorazlina, S. (2015). Pengetahuan, kesediaan dan sikap guru terhadap kearifan tempatan berkait alam sekitar dalam kalangan guru geografi Tesis Sarjana Pendidikan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (tidak diterbitkan).

Reiser, R. A., & Dick, W. (1996). Instructional planning a guide for teachers. Needham Heights, Massachusetts: Allyn and Bacon.

Salam, F., Mailok, R., & Ubaidullah, N. (2015). Perubahan pencapaian mata pelajaran teknologi maklumat dan komunikasi melalui pembelajaran berasaskan projek dengan scaffolding. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(1), 29-41.

Siti Nazurana, K. (2012). Modul pegajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berasaskan projek. Fakulti Pengajian Pendidikan: Universiti Putra Malaysia. Diperoleh daripada https://dokumen.tips/education/pembelajaran-berasaskan-projek-5584ac90362cb.html

Siti Nur Kamariah Rubani. (2016). Pembangunan dan keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pengajaran berasaskan projek terhadap pengetahuan dan kemahiran projek mesin larik pelajar Politeknik. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia (tidak diterbitkan).

Ummu Nasibah, N., Muhammad Izuan A., G, & Nazipah, M., S. (2015). Model ADDIE dalam proses reka bentuk modul pengajaran: Bahasa Arab tujuan khas di Universiti Sains Islam sebagai contoh. Dlm. Proceedings of the International Seminar on Language Teaching ISeLT 2015, 4-5 Februari 2015, Bangi, Malaysia.

Vega, A., & Brown, C. (2013). The implementation of project based learning. National Forum of Educational Administration and Supervision Journal, 30(2), 4-29.

Zuraidah Ramdzan. (2013). Kesediaan, amalan dan strategi pengajaran Pendidikan Islam Kurikulum Standard Sekolah Rendah tahun satu. Tesis Ijazah Sarjana Kurikulum dan Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (tidak diterbitkan).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.