Kesediaan graduan memilih keusahawanan sebagai bidang kerjaya (Graduates' readiness in choosing entrepreneurship as a field of career)

Sarmila Md. Sum, Zaimah Ramli, Nur Shafiqah Mohd Sabri

Abstract


Bidang Keusahawanan merupakan satu bidang kerjaya yang dapat membantu mengurangkan pengangguran negara serta memberi alternatif kepada peluang pekerjaan. Namun begitu, kajian mendapati bidang ini masih kurang dipilih oleh para graduan sebagai pilihan kerjaya. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauhmanakah graduan bersedia untuk memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan setelah tamat pengajian. Kajian telah dijalankan kepada 400 graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Soalselidik telah diedarkan bagi menilai tahap kesediaan graduan melalui kesediaan mereka untuk 1) melakukan apa sahaja untuk menjadi usahawan, 2)  bercita-cita untuk menceburi dunia keusahawanan 3) mempunyai semangat yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan 4) mencari peluang dan sokongan untuk memulakan kerjaya sebagai seorang usahawan 5) menyasarkan keusahawanan sebagai  pekerjaan dan 6) berusaha untuk memulakan perniagaan. Hasil kajian mendapati tahap kesediaan graduan untuk memilih keusahawanan sebagai bidang kerjaya melalui enam indikator ini menunjukkan skor purata min yang tinggi (min purata 3.47). Namun begitu penelitian terhadap skor bagi indikator kesediaan graduan menyasarkan keusahawanan sebagai pekerjaan dan kesediaan untuk memulakan perniagaan menunjukkan tahap skor min yang sederhana. Kajian ini memberi indikasi bahawa walaupun para graduan secara relatif bersedia untuk melakukan apa saja usaha untuk menjadi usahawan, memandang serius cita-cita menjadi usahawan, bersemangat tinggi untuk menceburkan diri dalam dunia usahawan dan bersedia untuk mencari peluang dan sokongan untuk memulakan kerjaya sebagai usahawan, namun untuk benar-benar melaksanakan perniagaan dan menyasarkan keusahawanan sebagai pekerjaan masih berada pada tahap kesediaan yang sederhana. Sehubungan itu, usaha bagi membantu para graduan untuk menyasarkan keusahawanan sebagai pekerjaan dan seterusnya bersedia menjalankan perniagaan perlu diberikan perhatian dalam program keusahawanan graduan.

Katakunci: Keusahawanan, kerjaya, kesediaan keusahawanan, kerjaya graduan, pengangguran

Entrepreneurship is a career field that can help to reduce national unemployment as well as provide employment alternatives to graduates. However, studies found that this field is still less chosen by graduates as a career choice after their graduation. Accordingly, this study aims to examine the extent to which graduates are willing to choose the field of entrepreneurship as a career choice after graduation. The study was conducted on 400 graduates of Universiti Kebangsaan Malaysia. Questionnaires were distributed to assess the level of readiness of graduates through their willingness to 1) do anything to become entrepreneurs, 2) take seriously the ambition to venture into the world of entrepreneurship 3) have high passion to be an entrepreneur 4) find opportunities and support to start a career as an entrepreneur 5) target entrepreneurship as a job and 6) strive to start a business. The results of the study found that the level of readiness of graduates to choose entrepreneurship as a career field through these six indicators showed a high average mean score (average mean of 3.47). However, the score for the readiness of graduates to target entrepreneurship as a job and the willingness to start a business indicates a moderate level of mean score. This study gives an indication that although graduates are relatively willing to make all effort to become entrepreneurs, take seriously the ambition to become entrepreneurs, have a strong desire to venture into the world of entrepreneurs and are willing to seek opportunities and support to start a career as an entrepreneur, but to truly run a business and target entrepreneurship as a job is still at a moderate level of readiness. In this regard, efforts to make graduates ready to do business and target entrepreneurship as a job should be given attention in the graduate entrepreneurship program.

Keywords:  Entrepreneurship, career, entrepreneurial readiness, graduate career, unemployment

 

 


Keywords


Keusahawanan; kerjaya; kesediaan keusahawanan; kerjaya graduan; pengangguran

Full Text:

PDF

References


Abdul Rahman, A. (2000). Pekerjaan dalam kehidupan manusia. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Ahmad Zanzali, N. A., & Rahmat, N. (2010). Faktor-Faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan di kalangan pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.

Arango-Botero, D., Arias, M. L. B., & Hincapie, M. (2020). Determinants of entrepreneurial intention among engineering students based on Structural Equation Modeling. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum., 28(4), 2623-2644.

Arsat, M., & Rasid, N. A. (2003). Faktor kesediaan pelajar kejuruteraan elektrik dan elektronik dalam pembentukan kerjaya. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Che Din, M. F. (2002). Pengantar Bimbingan dan Kaunseling. Universiti Teknologi Malaysia.

Bosma, N., Hill, S., Ionescu-Somers, A., Kelley, D., Guerrero, M., & Schott, T. (2021). Global Entrepreneurship Monitor 2020/2021 Global Report. Global Entrepreneurship Research Association: London, UK.

Chen, C. P. (2003). Integrating perspectives in Career Development Theory and Pratice. The Career Development Quarterly, 51, 203-216.

Iwu, C. G., Muresherwa, G., Nchu, R., & Eresia-Eke, C. E. (2020). University students’ perception of entrepreneurship as a career option. Academia, 20-21, 177-201.

Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. (2017). Data graduan Kolej Komuniti yang bekerja sendiri mengikut negeri kolej (2014–2016). Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kementerian Pembangunan Usahawan (2019). Dasar Keusahawanan Nasional 2030: Malaysia Negara Keusahawanan Unggul 2030. Malaysia: Putrajaya

Kementerian Pengajian Tinggi. (2020). Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2019. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi.

Kementerian Pendidikan Tinggi. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Tinggi.

Kementerian Pengajian Tinggi. (2010). Dasar pembangunan keusahawanan institusi pengajian tinggi. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi.

Malisa Aini Noor A. Malek. (2009). Kesediaan pelajar pendidikan teknikal dan kejuruteraan dalam menceburi bidang keusahawanan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Mansor, M. (2001). Tinjauan terhadap faktor-faktor yang berkaitan pemilihan kerjaya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Mansor, N. (2012). Keberkesanan perhidmatan Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya dalam membantu kerjaya pelajar politeknik. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Mohd Shahzuan. (2015). Tahap kesediaan peserta Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dalam kecenderungan menceburi keusahawanan di Kolej Komuniti negeri Johor. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Mok, S. S. (2003). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 43-44.

Nabi, G., & Holden, R. (2008). Graduate Entrepreneurship: Intentions, Educations and Training. Educations &Training, 50(7), 545-551.

Norasmah, & Salmah. (2011). Kecenderungan terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan mengikut persepsi skim usahawan siswa. Jurnal Teknologi, 56, 47-63.

Norfadhilah, N., & Halimah, H., (2010). Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Malaysian Journal of Education, 35(1), 11-17.

Nurul Nadhilah. (2012). Kesediaan Pelajar Politeknik Kejuruteraan Elektrik dalam Menceburi Bidang Keusahawanan. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Othman, M. Z., Hamzah, R., Norihan, I. S., & Aripin, M.A. (2011). Dua Teras, Satu Destinasi: Pelan Reformasi Strategik PTV ke Arah Pembangunan Sejagat. Jurnal Teknologi, 56, 101-11.

Ravi, N., & Nor Aishah, B. (2016). The relationship between attitude, intention, and entrepreneurship career choice among Malaysian Indian undergraduates. Akademika, 86(2), 43-52.

Rosna, M., & Norasmah, O. (2018). Korelasi efikasi kendiri keusahawanan terhadap kecenderungan keusahawanan pelajar pra-universiti. Akademika, 88(2), 59-70.

Sarmila Md Sum, Shamshubaridah Ramlee, Akmal Sabarudin, Norhana Arsad, Murshida Marizan Nor, Zainebbeevi Kamal Batcha, Nurul Asmaa Ramli, & A. Imran Nordin. (2019). Student’s Perception on Entrepreneurial Education Programs for Graduate Startups in Selected ASEAN Universities. International Visual Informatics Conference (pp. 550-559). Springer, Cham.

Schien, E. H. (1978). Career Dynamics: Matching Individual and Organizational Needs. Reading. M.A: Addison-Wesley.

Suhaili Hanafi. (2015). Kesediaan Pelajar dari Aspek Kemahiran Teknikal terhadap Pembentukan Kebolehkerjaan di Kolej Vokasional Wilayah Selatan.

Te, Tie Seng, Arnida Abdullah, & Abdullah Mat Rashid. (2019). Pengaruh faktor terpilih terhadap aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti. Akademika, 89(3), 41-52.

Wiersma, W. (2000). Research Methods in Education: An Introduction. Allyn & Bacon: A Pearson Education Company.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/geo-2021-1704-02

Refbacks

  • There are currently no refbacks.