Impak media sosial terhadap gangguan seksual atas talian dalam kalangan wanita muda (The impact of social media on online social harassment among young women)

Norhayati Mat Ghani, Suriati Ghazali

Abstract


Penggunaan media sosial yang sangat popular pada era mutakhir ini turut membawa kepada kejadian gangguan atas talian terhadap sebilangan kumpulan masyarakat yang mudah menjadi mangsa, seperti golongan wanita muda. Antara gangguan atas talian yang kerap berlaku ke atas wanita muda ialah gangguan seksual, buli siber, ugut siber, fitnah, maki hamun, dan dimalukan. Pihak Siber Sekuriti Malaysia melaporkan sebanyak 499 kes gangguan atas talian telah berlaku pada tahun 2020, dan gangguan seksual adalah salah satu daripadanya. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan tentang impak penggunaan media sosial terhadap gangguan seksual atas talian dalam kalangan wanita muda di Pulau Pinang, Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam pengumpulan data dan perbincangan. Seramai tujuh orang wanita muda yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual atas talian dipilih sebagai informan untuk ditemu bual secara mendalam. Informan dipilih  menggunakan kaedah persampelan secara bertujuan dan bola salji. Kajian mendapati penggunaan media sosial mendedahkan mereka kepada gangguan seksual atas talian, seperti menerima pesanan lucah dan gambar lucah, diajak bercerita tentang seks, dan diajak untuk melakukan hubungan seks. Dapatan kajian  menunjukkan bahawa, wanita muda mudah menjadi mangsa gangguan seksual atas talian kerana kecanggihan aplikasi media sosial itu sendiri, antaranya, kebolehan mengesan lokasi pengguna lain. Selain itu, sikap dan tujuan penjenayah siber yang menyasarkan golongan wanita muda sebagai mangsa, dan sikap wanita muda yang mudah memuat-naik maklumat peribadi di media sosial, berpotensi menyebabkan mereka disasarkan untuk menjadi mangsa. Kajian ini menyumbang kepada pengetahuan tentang faktor dan potensi gangguan seksual yang dialami oleh pengguna media sosial dalam kalangan wanita muda.  Kajian ini boleh dijadikan landasan untuk mengelakkan potensi-potensi tersebut. Di samping itu, kajian ini dapat mengembangkan lagi skop kajian geografi sosial-jenayah dengan melibatkan media sosial masa kini.

Kata kunci: Gangguan seksual atas talian, kerentanan, mangsa, media sosial, wanita muda


Keywords


Gangguan seksual atas talian; kerentanan; mangsa; media sosial; wanita muda

Full Text:

PDF

References


Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail. (2009). Hubungan antara pegangan nilai moral dengan media massa: Tinjauan ke atas remaja Melayu luar bandar. Sari, 27, 119-212.

Amran Hassan & Suriati Ghazali. (2013). Attraction and Sex Symbol of Males in the Eyes of Malaysian Male-to-Female Transsexual. International Journal of Social Science and Humanity, 3(2), 176-179.

Boone, J. (2011). Criminal Use of Social Media. National White Collar Crime. Retrieved from www.iacpsocialmedia.org/Portals/1/documents/NW3CArticle.pdf.

Collins, R. L., Martino, S. C., & Shaw, R. (2011). Influence of New Media on Adolescent Sexual Health: Evidence and Opportunities, Working Paper WR-761. Retrieved from http://www.rand.org /pubs/working_papers/WR761.html.

Creswell, J. W. (1998). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five traditions. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Daneback, K., Cooper, A., & Månsson, S.-A. (2005). An Internet study of cybersex participants. Archives of Sexual Behavior, 34, 321-328.

Danish Yusrie Mohd Khairul & Mohammad Rahim Kamaluddin. (2017). Psikologi tingkah laku seks yang berbahaya dalam kalangan lelaki dewasa Malaysia yang belum berkahwin. eBangi, 14(5-Special Issue), 1-17.

Fairbairn, J. (2013). Sexual violence and social media. Retrieved from http://scholar.google.com/ scholar?as_q=Sexual+Violence+and+Social+Media.

Greenwood, S., Perrin, A., & Duggan, M. (2016). Social Media Update 2016: Facebook usage and engagement is on the rise, while adoption of other platforms holds steady. Retrieved from http:// www.pewinternet.org/2016/11/11/social-media-update-2016/.

Guan, S. S. A., & Subrahmanyam, K. (2009). Youth internet use: Risks and opportunities. Current Opinion in Psychiatry, 22(4), 351–356. http://doi.org/10.1097/YCO. 0b013e32832bd7e0

Haja Mydin Abdul Kuthoos, Noraida Endut, Azman Azwan Azmawati, Intan Hashimah Mohd Hashim & Nor Hafizah Selamat. (2016). Penerokaan awal terhadap jenayah seksual dalam kalangan remaja lelaki di Malaysia: Satu kajian kes terhadap remaja di sebuah pusat pemulihan. 3rd Kanita Postgraduate International Conference on Gender Studies. Universiti Sains Malaysia.

Jain, M. R., Gupta, P., & Anand, N. (2012). Impact of Social Networking Sites in the Changing Mindset of Youth on Social Issues – A Study of Delhi-NCR Youth. Journal of Arts, Science & Commerce. Vol.– III, Issue 2(2), 36-43.

Khadijah Alavi, Salina Nen, Fauziah Ibrahim, Noremy Md. Akhir, Mohd Suhaimi Mohamad & Noorhasliza Mohd Nordin. (2012). Hamil Luar Nikah dalam Kalangan Remaja. Journal of Social Sciences and Humanities. 7(1), 131-140.

Loizou, V. (2012). To What Extent has Facebook Become a Conduit for Criminal Activity?. Internet Journal of Criminology. Retrieved from https://www.academia.edu/3434608/To_what_extent_has_Facebook_become_a_conduit_for_criminal_activity

Madden, M., & Zickuhr, K. (2011). 65% of online adults use social networking sites. Pew Research Center. Retrieved from https://www.pewresearch.org/internet/2011/08/ 26/65-of-online-adults-use-social-networking-sites/.

Maznah Ibrahim. (2014). Wanita dan Penggunaan Media Sosial. Buletin Persatuan Wanita UKM (Suaranita). Bil. 69. Retrieved from http://www.ukm.my/ sukmanita/ files/ Suaranita-Bil-69.pdf.

Morse, J. M. (1994). Designing funded qualitative research. Dalam Denizin, N. K & Lincoln, Y. S., Handbook of qualitative research (2nd Ed). Thousand Oaks, CA: Sage.

Nielsen. (2011). State of the media: the social media report. Retrieved from http://www.nielsen. com/us/en/insights/reports/2011/social-media-report-q3.html.

Norhayati Mat Ghani & Suriati Ghazali. (2015). Tindak balas pengguna YouTube terhadap kes buli dalam kalangan remaja di Malaysia. Sains Humanika, 6(1), 9–17.

Reed, & Angel. (2000). Computer law. Blackstone Press Limited: London.

Robinson, G. M. (1998). Methods and Techniques in Human Geography. Chichester: John Wiley & Sons.

Shakti, S., & Dhanoa, R. (2011). Cyber – crime awareness. International Journal in Multidisciplinary and Academic Research, 2(2), 1-7.

Suriati, G., Jabil, M.J., Azilah, M.N., Narimah, S. & Jas Laile Suzana, J. (2012). Difusi ruangan budaya transeksualisme dan imaginasi geografi pelajar lelaki berpenapilan silang di universiti tempatan Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1), 252-266.

Thelwall, M., Sud, P., & Vis, F. (2012). Commenting on YouTube videos: From Guatemalan Rock to El Big Bang. Journal of the American Society for Information Sciences and Technology, 63(3), 616-629.

Wery, A., & Billieux, J. (2017). Problematic cybersex: Conceptualization, assessment, and treatment. Addictive Behaviors, 64(1), 238-246.

Wolak, J., Mitchell, K., & Finkelhor, D. (2006). Online victimization of youth, five years later. Retrieved from http://www.unh.edu/ccrc/pdf/CV138.pdf.

XiaoTong, Liu. (2018). Privacy exposure on WeChat from users’ perspective: A study among the university students in China. Retrieved from http://lnu.divaportal.org/smash/get/ diva2:1289642/ FULLTEXT01.pdf.

Yar, M. (2006). Cybercrime and Society. London: Sage.

Yar, M. (2012). E-Crime 2.0: the criminological landscape of new social media. Information & Communications Technology Law, 21(3), 207-219.

Young, K.S. (2000). Profiling cybersex addiction and true online pedophilia among virtual sex offenders. Poster presented at the 108th Annual Meeting of the American Psychological Association, August 4, 2000. Washington, DC.

Zakaria Ismail, Abdul Malik Habeeb Mohd, & Malani Achro. (2001). Gangguan seksual di tempat kerja: Definisi, kesan dan langkah mengatasinya. Dalam Wilson, F.M. (1995). Organization Behaviour and Gender. Retrieved from http://repo.uum.edu.my/449/1 /Zakaria_Ismail.pdf.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.